Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, November 25, 2013

JOM BURU TIKUS DEMI KESIHATAN.. TAHNIAH HOSPITAL KOTA TINGGI.

 
 

RM1 untuk seekor Tikus - Ahli Parlimen 

Kota Tinggi 

 

KOTA TINGGI 24 Nov.- Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) baru-baru ini memperhebat kempen membasmi tikus, terutama di kawasan berisiko seperti kedai makan dan pasar, termasuk menawarkan bayaran RM1.00 bagi seekor tikus sama ada hidup atau mati.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, beliau sokong dengan usaha dan kempen yang dijalankan adalah bagi mengatasi kacauganggu tikus di kawasan pentadbiran MDKT.
Menurutnya, selain bertujuan mengurangkan kadar populasi tikus, kempen ini juga adalah salah satu kaedah pencegahan penyakit ‘Leptospirosis’ yang berpunca dari air kencing dan najis tikus.
Katanya, orang ramai di sekitar sini Ini adalah digalakan untuk sama-sama menjaga kebersihan bandar ini, sekali gus dapat mengelak terkena penyakit ‘leptospirosis’ yang boleh membawa maut.
“Bagi mereka yang berjaya menangkap tikus boleh menyerahkan haiwan berkenaan di stor MDKT di Jalan Sungai Siput bagi menuntut bayaran pada hari Isnin hingga Khamis mulai 17 Sepetmber 2013.
“Setiap seekor tikus akan dibayar RM1.00 dan kempen ini akan tamat apabila mencapai dua ribu ekor tikus,” yang turut menawarkan ganjaran dengan kadar yang sama (RM1) kepada kepada MDKT sebagai galakan terhadap kempen itu.
Beliau ditemui berkata demikian selepas merasmikan program Kempen Kawalan Tikus dan Program Gotong Royong Perdanan Peringkat Daerah Kota Tinggi di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.
Yang turut hadir Yang DiPertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim dan Pengarah Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Dr. Hamimah Abadullah.
Pada masa sama, Ehsanuddin turut mengingatkan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai akta berkaitan menguatkuasakan peraturan yang ada.
“Jangan mengambil sikap sambil lewa atas tahap kebersihan di premis masing-masing, lebih-lebih lagi Kota Tinggi adalah merupakan daerah pelancongan dan jika penyakit seperti ini menular pasti akan memberi impak kepada jumlah kehadiran pelancong.
“Saya berharap kempen ini dapat menyedarkan semua pihak mengenai bahayanya penyakit kencing tikus dan perlu dibasmi untuk memastikan kita semua dapat menjalankan tugasan harian seperti biasa,” katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...