Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk
serenemaklong.blogspot.com
Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat
penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran
sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin
mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak
secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya
disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula
merasakan perubahan pada dirinya seperti demam
berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera
makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima
rawatan.
Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan
sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang
rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat
menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air
tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat
rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia
berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan
lagi.
Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan
sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan
keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel
kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada
peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang
aktif ini.
Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang
merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam
turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan
menang.
Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton
Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua
kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang
disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet.
Kumpulan kedua
makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang
dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk
itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana
pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet
hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.
Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan
makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai
kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding
kumpulan tikus yang lain.
Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh
memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih
berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes
ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan
itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari
makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.
Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang
dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita.
Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran
bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh
menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas
kehendak Allah SWT jua.
Kongsi ilmu...
Search dulu sblm post, jgn main hentam je.. http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml
ReplyDelete