Pakatan Rakyat Johor tidak menggunakan PAS kerana pertukaran cuti ini memudahkan urusan ibadat...
Jadi mereka
menggunakan proaksi DAP untuk menunjukkan tidak senang terhadap
keputusan pertukaran cuti ini...alasan si Boo ni menjurus kepada kesan
terhadap ekonomi Johor...punyalah berlapik alasannya..kata Wilayah
Pembangunan Iskandar akan menghadapi masalahlah...cakap terus terangkan
senang...Bangkang!!!
Taukey2 cina pasti
tak senang sebabnya jika cuti sabtu dan ahad..kedua2 cuti ni orang akan
soping maaa....jadi jika cuti jumaat sabtu..nak harapkan ari sabtu
jer...ari Jumaat orang Islam beribadat dan rehat...
Kalau nak katakan
ekonomi merudum sebab cuti Jumaat dan Sabtu adalah satu pembohongan
besar!!!negeri Kelantan bawah PAS cuti jumaat sabtu MAJU jer!!!aktiviti
perdangangan sungai golok berjalan lancar jer....hehehe
Pesst...Wilayah
Pembangunan Iskandar DAP buat ke?tak payah nak terpekik terlolong lah
kononnya DAP berusaha keras sampai tercetusnya usaha Wilayah Pembangunan
Iskandar...baik duduk diam2!!!
Nak ambil kira pandangan laa apalah...tu semua alasan jer...nak suh tanya pandangan DAP ke?haha!
Nak ambil kira pandangan laa apalah...tu semua alasan jer...nak suh tanya pandangan DAP ke?haha!
Berikut ialah petikan dari berita Sinar...
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mahu pandangan rakyat dari sektor swasta sepatutnya diambil kira terlebih dahulu kerana pelaksanaan dasar berkenaan akan memberi kesan kepada pelbagai aspek.
Menurutnya, penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi negeri ini khususnya pembangunan Wilayah Iskandar yang sedang pesat membangun pada masa kini.
“Pendirian DAP Johor, kami akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana negeri kita sedang bersaing dengan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura dari segi pelaburan.
“Pertukaran ini memerlukan jangka masa panjang untuk diketahui mereka dan disesuaikan kerana pasti pelbagai pertukaran urusan juga perlu dilaksanakan. Selain itu, pandangan sektor swasta perlu diambil kira serta turut memberi kesan kepada sektor pelancongan.
“Ini disebabkan pelbagai urusan eksport dan import yang dijalankan memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak baik sektor kerajaan mahupun swasta seperti jabatan kastam dan eksais dan Jabatan Imigresen,” katanya.
No comments:
Post a Comment