Muhasabah diri sebelum terlambat !! itulah pesan Pisau Kedah kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan politik PAS.
Demi
kuasa PAS sudah hilang maruah perjuangan sehinggakan sanggup menjadi
pencacai kepada PKR dan DAP, sanggup menjadi penjilat kesalahan yang
telah di lakukan PKR dan DAP, sanggup memperdagangkan Islam demi PKR dan
DAP.
ISTILAH
Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British,
Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama
William Temple semasa Perang Dunia Kedua.
Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state).
Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh
ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar
1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana
Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara
Sosial.
Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial(Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).
Negara
berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP,
dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara
Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama,
pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu
yang susah.
Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang
pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah
ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil
tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia,
satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain
dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan
PAP.
Negara
berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara
Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP
kelak.
Jika
dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu
kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum
seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.
Kita amat
bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan
mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan
sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP
dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh
memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.
Ahli-Ahli
Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu
meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci
kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.
Apakah mereka
menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah
sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang
bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup
melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu
biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap
lebih layak mengikut acuan meritokrasi?
Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.
Ternyata, niat
mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata
untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan
satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.
Jika itulah
yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan
dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.
Malaysia bukan
seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun
Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.
Di negara itu,
mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita.
Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak
begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.
Di
negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala
yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari
negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu.
Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada
rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang
majoriti.
Apa yang mahu
kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan
berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak
kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.
Perkhidmatan
kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara
berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat
kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya
RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.
Cubalah pergi
ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun,
perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.
Apa yang
diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya
supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.
Kita berharap
Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita
semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.
Moto 1Malaysia
iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan
satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal
berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.
Kata-kata
Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia
lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.
Yang peliknya
bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat
negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang
model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor
hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan
pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan
memberi sedikit sumbangan.
Pulau Pinang,
negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri
gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.
Semakin marak
kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan,
terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.
Sebaliknya
dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo
mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu,
menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan
pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.
Kedah dan
Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak
nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan,
dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah
setiap Jumaat.
Negara
berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat
kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana
mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.
Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.
Golongan
pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi
dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak
bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh
kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa
petrol di UK ialah RM6.70 seliter.
Kesimpulannya,
apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan
perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.
Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.
Malangnya, PKR
terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela
dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment