PKR Selangor Desak Faekah Husin Disiasat, Gantung Kerja
Perkara
ini dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie
dimana Pengerusi PKR Selangor diterajui oleh Azmin Ali, Timbalan
Presiden PKR.
"Saya
rasa adalah lebih baik digantung dulu tugas pegawai yang terlibat
(Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Untuk mengelakkan rasa tidak
puas hati… saya berpandangan elok digantung dulu seperti kes-kes sebelum
ini dan tindakan itu dilihat jauh lebih konsisten.
"Jadi tidaklah nanti menjadi tuduhan-tuduhan besar, Menteri Besar melindungi Setiausha Politiknya," katanya kepada Antarapos.
Pada
21 Jun lalu, laman sel13.com mendedahkan dua dokumen berupa dua pucuk
surat iaitu sepucuk surat dari firma guaman yang bernama Sidrek Zeenat
Asyiqin & Associates kepada Faekah untuk memohon agar dilantik
sebagai panel peguam kepada GLC negeri Selangor, manakala sepucuk surat
lagi adalah dari Faekah Husin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan
Negeri Selangor Berhad, Dato' Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan kepala
surat Pejabat MB Selangor meminta agar firma guaman tersebut diberi
peluang sebagai panel peguam PNSB.
"Permohonan
itu dilakukan oleh salah seorang peguam yang menjadi rakan kongsi
kepada firma berkenaan yang bernama Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad
Zaki . Surat permohonan yang bertarikh 27 Jun 2011 itu dihantar melalui tangan dan diterima pada 28 Jun 2011 .
"Semakan
yang kami lakukan , didapati Zeenat Asyiqin Binti Dato'Ahmad Zaki
adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato' Ahmad
Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR
satu masa dulu,"lapor sel13.com
Berdasarkan surat itu, Ketua Penerangan PKR Selangor meminta Khalid merujuk kepada perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB itu:
Perenggan
itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan
bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin &
Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."
Kata
Shuhaimi ayat dalam perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana
boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB
melantik panel guamannya.
"Cuma dalam para keempat (surat
Faekah kepada PNSB), sepatutnya tidak harus wujud begitu. Dia
sepatutnya terus mengatakan mesti tiada halangan meyokong tertakluk
kepada syarat-syarat tertentu dan itu lebih lunak dan tidak mengganggu
syarikat (PNSB)," kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.
Katanya
lagi Khalid juga harus dilihat konsisten dalam tindakannya, di mana
dalam kes-kes sebelumnya, mana-mana kakitangan yang melakukan perkara
yang sama seperti Faekah akan dikenakan tindakan.
"Kalau
kita lihat seperti kes sebelum ini, maka adalah lebih baik kita
konsisten dengan keputusan itu dan sewajarnya pegawai yang terlibat
digantung daripada tugasnya untuk diadakan satu sisatan dalaman bagi
membersihkan nama pegawai yang terlibat," katanya.
Pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Khalid memecat seorang Ahli Majlis Perbandaran Kelang kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya untuk mendapatkan kontrak pungutan sampah.
Sebelum
itu, Khalid Ibrahim juga menggantung tugas Pegawai Khas beliau sendiri,
Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor
untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari
pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.
Mohd Yahya Sahri juga dituduh menyalahguna kepala surat
berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di
kawasan Petaling Jaya. Beliau meletak jawatan pada Jun 2008.
Shuhaimi berkata Khalid harus konsisten dalam menangani isu penggunaan kepala surat Menteri Besar oleh Faekah demi mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri.
Seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dari PAS turut menyokong gesaan PKR Selangor.
"MB sendiri perlu mempertimbangkan perkara ini. Bukan sahaja surat ini, malah jika ada surat-surat yang sebelum ini, (juga) perlu diteliti. Kenapa surat ini sahaja yang menjadi isu," katanya.
Iskandar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan daripada pejabat Menteri Besar tidak harus digalakkan.
No comments:
Post a Comment