ABBY ABADI JADI SAKSI KESESATAN DERMA PAS SUMBANGAN PADA ALLAH !
Jika
dahulu Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam, kini memberi derma dan
sumbangan kepada Pas sama memberi sumbangan kepada Allah. " Memberi
sumbangan kepada Allah " ?, Subhanallah, Allah tidak berhajat kepada
makhluk dan Allah berdiri dengan sendirinya.
Adakah
Ustaz Pas yang menyebut " memberi sumbangan kepada Allah" itu jahil
atau sesat ? Tidak pasti untuk mengiyakannya, bagaimanapun segala macam
mantik dan penjelasan boleh diberikan, tapi itulah hakikatnya, seperti
juga jika bertanya kepada Ayah Pin berkaitan dengan ajarannya, maka Ayah
Pin juga turut mempunyai hujah untuk mempertahankan ajarannya walalupun
ia jelas ajaran yang menyesatkan.
Sebelum mengutip derma
adalah rutin pemimpin Pas untuk membaca nas-nas Al-Quran dan Hadis yang
berkaitan derma supaya dapat mempengaruhi hadirin yang hadir agar
memberikan derma kepada mereka, tidak cukup nas-nas agama, artis dan
selebriti, kita khuatir jika Allah Taala pun sanggup mereka seertikan
dengan makhluk demi memenuhi hajat mereka.
Ini kerana berdasarkan kenyataan ucapan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin Pas sepertimana klipvideo tersebut ianya jelas merendahkan Allah Taala dengan mengatakan sumbangan derma itu kepada Allah sedangkan Allah Maha Kaya yang memberi rezeki kepada kita hambanya. Sedutan dari klipvideo itu bermula dengan ............
" Biasanya tuan puan nak jumpa
dengan selebriti ni kena bayar tiket, ya...kena tiket, Abby dulu datang
bawa tiket Rm10, Rm20 tuan puan tak tengok, jadi tuan puan malam ni kita
tak kenakan tiket, jadi sendiri mahu ingatlah tuan puan sekalian, sebab
tu malam ini tiket tak kena tuan puan sekalian, cuma kita minta
sumbangan derma daripada tuan puan ".
" Nabi pernah menyebut
dalam suatu keadaan menyatakan bahawa barangsiapa yang mewakafkan
tanahnya untuk jalan orang beriman, maka apa jugak yang lalu disitu
pahalanya akan sampai kepadanya sehingga ke hari kiamat ".
" Nabi juga pernah
mengatakan pada sahabat, siapa yang mewakafkan satu belanja untuk
minuman manusia terutamanya orang Islam, Allah tidak akan dahagakan dia
pada hari kiamat dan ketika dia mati tuan puan sekalian ".
" TUAN-PUAN SEKALIAN,
BILA SETENGAH PIHAK KATA KITA NI MINTA SEDEKAH, KITA TAK MINTAK SEDEKAH
TUAN PUAN, KITA BUKAN PAKSA, TUAN PUAN ADA DERMA, KALAU TAK DERMA PUN
TAK APA, TAK DER MASALAH, SEBAB INI ADALAH SUMBANGAN KITA PADA ALLAH SWT ".
Kita boleh terima lagi jika Ustaz Pas itu mengatakan sumbangan derma kepada jalan
Allah walaupun jalan Pas itu terdapat banyak keraguannya, kerana ia
tidak menjejaskan akidah sepertimana mengatakan sumbangan derma itu pada Allah,
hal sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana perwatakan alim
pemimpin Pas itu sudah dianggap maksum sekaligus pemahaman itu akan
diterima bulat-bulat oleh penganutnya.
Gk
anggap ini adalah satu percubaan Pas untuk terus memesongkan pemikiran
umat Islam demi kepentingan partinya, sebenarnya hal ini agak terlewat
sedikit di post kerana Gk terlebih dahulu bertanya dan meminta pandangan
dari beberapa orang Ustaz Pas dan tabligh tanpa memberitahu kepada
mereka siapa yang mengatakan demikian, namun kesemuanya sependapat
mengatakan ia terpesong dan boleh merosakkan akidah sekiranya ia sedar
dan disengajakan, lebih-lebih lagi didalam usaha untuk mempengaruhi
seseorang bagi mendapatkan sesuatu 'laba' atau keuntungan.
Pada masa sama artis yang
terkenal dalam wataknya sebagai Inspektor Haliza atau nama glamour-nya
Abby Abadi turut mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah
'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk
berkongsi rezeki dengannya.
Bagaimanapun bukanlah niat kita
untuk mempertikaikan sumber rezeki tersebut, kerana itu tidak salah
disisi Islam selagimana bercakap mengenai ISLAM (bukan Pas) tanpa memaki
hamun fitnah dan sebagainya. Apapun pihak Pas WAJIB untuk tampil
memperjelaskan kedudukan yang sebenar supaya kekeliruan tersebut dapat
dirungkaikan dengan sewajarnya...Anda mampu Mengubahnya.
.....Google search pun tidak menjumpai penggunaan ayat " Sumbangan kepada Allah "......
Setengah lelaki stim tgk pompuan pakaian uniform, misalan setengah lelaki tak tahan wanita pakai pakaian jururawat, polis atau apa2. Setengah wanita mcm tu juga, stim tengok org pakai mcm pak lebai, jubah dan mcm2.
ReplyDelete