Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 2, 2012

SERANG: Kepimpinan Dalam Kelambu PKR. Setia Dalam Kelambu dan Mencaci Sesama Sendiri Bila Berada Luar Kekambu???



Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang) hairan persoalan-persoalan tentang moral, sahsiah dan kekayaan yang luar biasa yang dimiliki Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui pemilikan saham dan isu-isu peribadinya, hubungan intimnya dengan pemimpin-pemimpin tertentu dan hubungan intim antara pemimpin tertentu dengan isterinya, sehingga kini masih diperkatakan namun masih tidak dijawab dan dielak oleh Azmin sendiri.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, namun sehingga ke hari walaupun sudah hampir lapan ke sembilan tahun mendengar berita ini, namun Azmin masih tidak menjawab persoalan ini.

"Sebenarnya kita nak tuntut, rakyat sendiripun nak dengar sendiri. Saya fikir ini bukanlah yang dikemukakan oleh mereka di luar parti, tetapi ini dikemukakan oleh Dr Hassan Ali yang dahulunya pernah bersama-sama mereka membina kerajaan negeri Selangor.

"Saya lihat kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim ini mengamalkan kepimpinan 'Kelambu'. Ketika mereka bersama dalam kelambu, mereka tidak usik satu benda, tidak akan sebut pun satu perkara. Tetapi bila pasangannya itu sudah tidak ada di dalam kelambu, macam-macam perkara dia ceritakan," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Persoalan ini, tambah beliau lagi jelas memperlihatkan kepimpinan dalam pakatan pembangkang ini tidak dapat menyaingi kepimpinan BN dari segi permuafakatan melainkan saling ada dendam dan tidak ada kasih sayang.

Ujar beliau lagi, sehingga ke saat ini pun, jika masih ingat isu berkaitan kamera video yang ditemui di pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum diketahui siapa sebenarnya yang meletakkan video tersebut.

"Saya juga melihat pertembungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, ianya bukanlah menjadi rahsia umum. Kalau kita lihat juga dalam satu kes melibatkan Dr Hassan, soal RM300 ribu untuk kos pengubahsuaian pejabat yang Azmin bangkitkan, namun akhirnya ditutup oleh Menteri Besar.

"Saya fikir sesama mereka ini pun ada pertembungan dan saya tidak nampak mereka boleh kekalkan kestabilan kerajaan yang mereka ada. Saya cukup yakin bahawa BN boleh mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor pada PRU yang akan datang," tambahnya lagi. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...