Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 2, 2012

LIVE ... Hasan Ali DEDAH VIDEO MURTAD, PARASIT PAS MUSUH ISLAM YANG NYATA????

Hasan Ali Tayang Video Murtad - Kecam Dr. Rani.

alt



Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan,beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Pengundi Hantu.Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Maklumat Lanjut Layari
http://www.klpos.com/ekslusif/3434-hasan-ali-tayang-video-murtad-kecam-dr-rani

DAMANSARA 2 April - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu.

Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Rasuah.

Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.

Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di Negara ini terutamanya di Selangor.

Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.

Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.

http://www.klpos.com/ekslusif/3434- Hasan Ali Tayang Video Murtad - Kecam Dr. Rani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...