KRONOLOGI INSIDEN KERINCHI !! NURUL IZZAH DAN ADAM ADLI THE GANGS SENGAJA PROVOK ?
Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul
KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.
Kronologi Flat 4 Tingkat Kampung Kerinchi yang mencetuskan kontroversi apabila mahasewel dihentak penduduk tempatan!!?? Apa kaitan Nurul Izzah buat field trip dengan mahasewel!?!?!
Adam Adli sudah menjadi budak jambu Nurul Izzah pula sekarang?!?!! Mahasewel dibawa ke Kampung Kerinchi untuk membuat penyelesaian atau provokasi?!?! Ikutilah kronologi tragedi Nurul Izzah dan Adam Adli!?! Terima kasih kepada rakan blogger Berita Lembah Pantai!?!?!
Gambar: Perkarangan Flat 4 Tingkat Yang Menjadi Medan Pertempuran
Malam semalam, wartawan BLP terima SMS daripada rakan-rakan yang mengatakan akan berlaku protes di kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi pagi ini.
Berdasarkan makulmat serba ringkas tersebut, wartawan BLP berkumpul di kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi untuk menyaksikan dengan sendiri perkembangan pembangunan Flat 4 Tingkat Kerinchi yang sudah lama mendapat liputan media massa. Rugi kalau miss beb, headline story ni.
Gambar: Penduduk Mula Berkumpul. Ramai pak cik dan mak cik yang sudah berumur
8 pagi – Wartawan BLP mula lihat Penduduk Flat 4 tingkat Kerinchi berkumpul di perkarangan Flat 17 Tingkat. Pada mulanya wartawan BLP nampak ramai Pak Cik yang berkopiah dan mak cik yang hadir. Terkejut jugak, ingatkan protes ni selalunya anak-anak muda.
Rupa-rupanya mereka ini sebenarnya terdiri daripada 433 keluarga yang sudah hampir dua tahun berpindah dan sehingga sekarang menanti pelaksanaan pembangunan semula kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi ini. Mereka nampak tenang dan suasana boleh diibaratkan seperti majlis kahwin, terutama kerana mereka merupakan jiran tetangga yang sudah berdekad tinggal bersama.
Wartawan kami menerima maklumat sekumpulan siswa seramai 15 orang sudah berkumpul di LRT Universiti menunggu kehadiran MP yang tiada tolok bandingnya, Nurul Izzah.
8.40 pagi - Beberapa anak muda yang memakai baju biru dengan logo Persatuan Penduduk hadir membawa beberapa kain rentang dan mengedar risalah yang menceritai keperitan mereka yang sudah menunggu begitu lama. Keadaan masih tenang.
9 pagi - Penduduk yang hadir diketuai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Tuan Hj Aziz mula mengangkat sepanduk dan melaungkan agar kerja pengosongan dijalankan secepat mungkin. Mereka ini bukanlah terdiri dari kalangan siswa atau orang luar tetapi semua dari kalangan majority besar penduduk yang telah memilih untuk membangunkan kawasan mereka. Permintaan ini, BLP dimaklumkan bukanlah baru malah ia mula-mula dicetuskan lebih daripada 20 tahun lepas. Lihat sahaja gambar ini, makcik yang naik kerusi roda pun turut turun untuk meluahkan perasaan mereka.
930 pagi - anak-anak muda pula mengambil giliran dengan melaungkan “kami nak pembangunan!”. “jangan haling hak kami!”. Keadaan sudah mula terasa panas. Tiba-tiba sekumpulan daripada mereka berpecah, ada diantara mereka yang bergegas menaiki anak tangga dari perkarangan Flat 17 tingkat menuju ke Flat 4 Tingkat. Rupa-rupanya mereka mendengar khabar bahawa MP paling hebat dalam dunia, Nurul Izzah sudah sampai di Flat 4 Tingkat bersama 10 orang yang kebanyakannya berbangsa Cina dari NGO Permas, Kumpulan Siswa dan beberapa orang berbangsa India. “Orang Luar dah masuk tanah kami!” keluh seorang pak cik. Dalam masa kurang 15 minit kumpulan Penduduk yang berkumpul di 17 tingkat sudah berada di railing menghadap Flat 4 Tingkat. Jumlah penduduk ketika ini berjumlah lebih dari 300 orang. Kami lihat ada pak cik, pak cik yang tidak mahu turun. “Semalam kita dah bincang, tak mahu pergaduhan”. “Tapi lihatlah, itu bukan orang kampong kita dengan Nurul Izzah. Entah siapa yang dibawanya” jawab mereka. Keadaan sudah semakin genting.
Gambar: Nurul bersama orang luar berbangsa India masuk ke Kampong
10 pagi – Mak cik-mak cik yang membawa kain rentang bertindak dahulu untuk turun ke perkarangan Flat 4 Tingkat. Kemudian semua penduduk turun dengam membawa kain rentang. Mereka ditahan oleh pihak polis yang menyekat mereka agar tidak turun berhadapan dengan kumpulan seramai 50 orang yang bersama Nurul Izzah. MP yang paling power dalam dunia ketika itu sedang memberi wawancara kepada laman-laman portal milik mereka. Anak-anak muda dari Persatuan Penduduk mula melaungkan “Buat apa Tanya dia? Tanya kami yang telah dianaiya!”
Gambar: Persatuan Penduduk turun ke perkarangan Flat 4 Tingkat, berdepan dengan orang luar yang dibawa oleh Nurul Izzah
11 pagi – Penduduk mula berang apabila ahli NGO Permas yang bukan berbangsa Melayu dan tidak pernah turun ke Flat 4 Tingkat sebelum ini memberi wawancara. Tetapi keadaan masih terkawal. Namun, melihat keadaan yang tidak ada apa-apa pergerakan ini, beberapa pelajar yang dikerah oleh Nurul Izzah, diketuai oleh Adam Adli mula naik keatas Flat tersebut dan mula memeriksa bilik-bilik satu persatu. Sesetengah daripada mereka mula melaung-laungkan slogan PKR dan mengibarkan bendera hitam. Wartawan BLP sendiri melihat provokasi terhadap penduduk ini. Hakikatnya, orang awam memang tak boleh berada di tapak masa operasi sedang di jalankan. Adam yang diiringi oleh Ekhsan Bukharee dan rakan-rakan mereka dengan selamba terus masuk ke rumah-rumah.MP terhebat seantaro dunia mengetuai mereka menaiki Flat ini.
Gambar: Wakil NGO Permas berbangsa Cina memberi wawancara mengenai Flat 4 Tingkat, menaikkan kemarahan Penduduk
Wartawan BLP sendiri melihat provokasi yang dilakukan oleh kumpulan Adam Adli ini mengundang kemarahan penduduk setempat.
Benteng polis yang menahan ratusan Penduduk ini mula longgar dan ramai diantara mereka terutama anak-anak muda mengikuti jalan tepi untuk berhadapan dengan kumpulan Adam Adli yang terus melaungkan provokasi.
Beberapa anak muda yang memakai seragam Persatuan Penduduk berwarna biru mula naik ke atas untuk meminta Nurul Izzah dan orang-orang luar ini untuk tidak memasuki tanah mereka.
Pergaduhan bermula apabila dalam kemarahan beberapa orang anak muda dari Persatuan cuba untuk mengambil bendera hitam yang tergantung di bangunan. Kumpulan Adam Adli yang memang sudah terkenal dengan provokasi bendera mula bertindak liar. Insiden tolak menolak berlaku. Beberapa orang sempat mengambil rakaman video insiden bendera yang memulakan pergaduhan ini (Editor: pihak BLP sedang berusaha untuk mencari video ini dan jika anda mempunyai rakaman diharapkan dapat berhubung terus dengan wartawan kami.)
Seorang daripada anak muda Persatuan penduduk terkena tumbukan kumpulan Adam Adli dan kami terima laporan ada yang terkena ludahan kumpulan siswa ini. Ini merupakan tindakan luar batasan yang membuatkan pergaduhan tidak dapat dielakkan. Dua orang Pemuda dari Persatuan Penduduk yang berada di tingkat bawah yang sempat menyaksikan insiden ini naik amuk dan mula menuju keatas.
Gambar: Rakan-rakan Adam Adli terus memberi provokasi kepada Penduduk Polis yang berada disitu bertindak untuk mengiringi Adam Adli dan orang kanannya Ekhsan turun dari Flat 4 Tingkat.Diakui wartawan BLP sendiri menyaksikan bagaimana anak-anak muda dari Persatuan Penduduk mula “naik angin” dan seorang daripada mereka melepaskan tumbukan kepada Adam Adli ketika beliau turun dari tangga. Tetapi lihat sahaja gambar Ekhsan yang walaupun diiringi dengan begitu tertib oleh pihak polis yang khuatir akan keselamatan beliau sempat lagi melakukan provokasi terhadap penduduk.
1145 pagi - Keadaan kembali reda apabila FRU masuk ke kawasan dan menyuraikan kumpulan yang sedang berkumpul. Wartawan BLP sempat menemuramah beberapa warga ibu, ada yang menangis melihat perlakuan siswa dan NGO yang datang dari luar hanya untuk membuat kacau di tempat orang. Anak-anak muda yang masih berang cuba dikawal oleh rakan-rakan mereka tetapi apa yang nyata ialah percaturan politik Nurul Izzah untuk menidakkan hak majoriti penduduk di situ tidak boleh lagi dipandang dengan sebelah mata.
Persoalan yang mungkin anda tanya, kenapa Nurul Izzah melakukan provokasi dengan membawa orang dari luar Flat 4 Tingkat?. Kenapa Adam Radli dan konconya yang sebelum ini tidak pernah berada di kawasan itu boleh tiba-tiba muncul?
Sedangkan jelas dan nyata yang dibenarkan disitu pada hari ini ialah penduduk dan penjawat awam yang berkaitan?.
Dah kena penumbuk sebijik, baru la nak sibuk - sibuk bagi alasan yang bukan - bukan!!! Ingat orang nak simpati la dengan dia konon. Ceit!!! Pigidah!!! Patut bagi je dia duduk terus dalam Hospital, Baru Padan Muka Dia!!!
SHAH ALAM – “Salahkah saya ke sana untuk melihat sendiri apa yang berlaku,” demikian kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim mengulas mengenai pihak yang mempersoalkan kehadirannya semasa operasi pecah unit kosong Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kelmarin.
Menurutnya, dia bersama 12 lagi rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia hadir ke kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat apakah yang sebenarnya berlaku di kawasan tersebut.
“Semasa di sana, saya dan rakan tidak protes. Kami hanya duduk di bawah pokok melihat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja pecah rumah.
“Saya datang dengan niat hendak tahu isu dan lihat sendiri apa yang berlaku. Saya juga penduduk di kawasan Lembah Pantai,” katanya.
No comments:
Post a Comment