Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad menyifatkan orang yang percaya dengan dakwaan bahawa beliau keluar UMNO dan menyertai Pas, tidak mengenali karakternya sebagai ahli politik.
Menurutnya, mereka yang benar-benar mengenalinya tahu perkara itu tidak akan berlaku.
"Mereka yang percaya tentang 'lawak' itu sebenarnya lebih kelakar kerana tak kenal saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beberapa blog hari ini melaporkan kononnya Shahrir dalam satu 'sidang media berdarah' mengumumkan keluar dari UMNO untuk bersama Pas dengan membawa lebih 2,000 penyokong beliau.
Antara yang melaporkan perkara itu adalah adukataruna.blogspot.com yang mana pautan sumber di bahagian bawah cerita tersebut disambungkan kepada laman web Wikipedia mengenai 'April Fool'. Sementera itu adik kepada DS Sharir, Khalid Samad juga menafikannya. Katanya, kalau dia (Sharir) ingin masuk Pas, dialah orang pertama yang akan tahu. Dan, IBM berkeyakinan besar bahawa DS Sharir tidak masuk Pas, itu hanyalah satu guruan politik. Biasalah, dah nak dekat PRU ke-13 ni, macam-macam cerita yang kita dengar dan pembangkanglah yang sangat sibuk mengarang cerita untuk dibuat modal untuk memancing undi. Memang dasar pembangkang, HAMPEHHH!!! - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment