Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 15, 2011

Video Konspirasi UMNO Keatas Anwar Ibrahim Didedahkan




Video diatas wajar ditonton kita rakyat Malaysia bagi menilai sendiri siapa Anwar Ibrahim yang sebenar. Dengar tutur katanya dalam isu Liwat dan anda nilaikan nya sendiri sama ada apa yang dijanjikan Anwar Ibrahim telah ditunaikan mahupun tidak.

Ada Bukti Cukup & Alibi

Sampai sekarang, Anwar terpaksa menjawab kenapa beliau memilih untuk memberi keterangan dari Kandang Tertuduh semasa proses bela diri kes liwat II, 22 Ogos lalu.

Ibarat lemparan boomerang akhirnya terpantul ke muka sendiri.

Ini kerana sejak kes liwat II terdedah kepada umum pada 28 Jun 2008, Anwar mendakwa tuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah satu fitnah dan beliau mendakwa mempunyai cukup bukti termasuk alibi untuk membuktikan beliau tidak terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.

Lebih menarik lagi, ketika wartawan Dateline dari Australia, Mark Davis mewawancara Anwar sejurus selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing, Ketua Umum PKR itu menafikan kesemua tuduhan tersebut.

Mark Davis bertanya Anwar: “Dalam kes (liwat) ini, pada petang Khamis itu (pada 26 Jun 2008), anda bersama lelaki muda itu (Mohd Saiful) ? Apakah anda bekerja bersama-samanya ?

Anwar menjawab : “Saya mempunyai semua bukti, semua alibi atau apa yang saya lakukan (pada masa itu)..Saya tidak pernah bersamanya dalam keadaan berdua, di mana-mana tempat (sekalipun)..Selain itu, peguam nasihatkan saya – tunggu, biarkan mereka buktikan kes mereka. Tetapi adalah cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya”.

Jawapan Anwar itu menyebabkan wartawan Australia itu terkasima kerana menurut wartawan Australia itu sepatutnya Ketua Umum PKR itu menjawab secara jelas iaitu “Tidak, saya (Anwar) tidak berada di kondominium itu”, namun apabila Anwar menjawab seperti di atas ia akan menimbulkan keraguan. Klik di sini dan sini

Hakim Beri Tiga Pilihan

Pada 22 Ogos lalu, sebelum Anwar memberi keterangan bela diri, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menawarkan kepada Anwar tiga pilihan untuk memberi keterangan.

Pertama, keterangan dari Kandang Saksi yang perlu bersumpah dan terbuka untuk disoal balas oleh pihak pendakwa.

Kedua, keterangan dari Kandang Tertuduh, tidak perlu bersumpah dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Ketiga, Berdiam Diri iaitu menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk membuat keputusan.

“Saya difahamkan Datuk Seri (Anwar) hendak beri keterangan dari Kandang Tertuduh ?”, kata hakim dan dijawab ‘ya’ oleh Anwar.

Dalam keterangan dari Kandang Tertuduh itu Anwar membacakan kenyataan bertaip setebal 32 muka surat, seumpama satu ceramah politik dengan menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran yang diselang seli dengan bidalan Latin dan kata-kata falsafah dari Nelson Mandela (bekas Presiden Afrika Selatan), Jean Racine (penyair agung Perancis) dan Shakespeare (penyair besar Inggeris) untuk menyedapkan pidatonya itu.

Kira-kira satu jam 45 minit diambil Anwar untuk membacakan kenyataan tersebut yang secara keseluruhannya menyalahkan semua pihak, dari hakim, pendakwaraya, polis, doktor, media dan lain-lain yang kononnya berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Namun, di celah-celah kritikan yang bersifat hanya dirinya tidak bersalah itu, terselit pengakuan tersirat yang mengesahkan beliau bersama-sama pengadu, Mohd Saiful di tempat yang dituduh dalam mahkamah iaitu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, di antara 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun 200.

Dalam keterangannya, Anwar turut bersetuju dengan keterangan Mohd Saiful iaitu bekas pembantunya itu membawa bahan pelincir, KY Jelly semasa menemuinya pada tarikh, masa dan tempat didakwa serta berbual dan minum kopi dan makan karipap selepas selesai melakukan adengan seks luar tabie tersebut. Klik di sini

Pilihan Anwar Dikritik

Bekas salah seorang peguambela Anwar dalam kes liwat I, YB Datuk Zulkifli Noordin menyelar keputusan Anwar memilih memberi keterangan dari Kandang Tertuduh itu yang disifatkan sebagai pengecut dan takut untuk disoal balas oleh pihak pendakwa serta mahu menyembunyikan sesuatu.

“Contoh dalam kes ini, Anwar mungkin tak boleh nak menjawab bukti, macam mana kesan air mani dia (boleh) ada dalam dubur Saiful. Apakah Saiful yang hanya seorang “pembancuh kopi” di pejabatnya boleh berada di kondominium tersebut?

“Juga mengapa dia membawa Saiful keluar negara, seperti ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura, apa (sebenarnya) pekerjaan Saiful ?

“Eh, banyak benda (yang) Anwar nak kena jawab dan perjelaskan, jadi ringkas cerita, tak payah angkat sumpah (semasa) bagi keterangan (iaitu beri keterangan dari kandang tertuduh)”, katanya dalam blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Menurutnya, keterangan dari Kandang Tertuduh itu tidak mempunyai nilai di sisi mahkamah, kerana Anwar boleh bercakap apa sahaja, termasuk berbohong kerana keterangannya tidak terikat dengan etika sumpah di mahkamah.

Katanya keterangan bela diri seperti itu hanya bersifat syok sendiri, seperti buurng kakak tua bercakap atau seumpama memasang cakera padat (CD) dalam mahkamah.

“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh OKT (Orang Kena Tuduh) sebab tiada nilai perundangan”, katanya.

Pengamal undang-undang memahami maksud dan implikasi disebalik keterangan dari Kandang Tertuduh itu, sebab itu pada keesokan harinya, 23 Ogos, Anwar melalui peguamnya, N Surendran berusaha menjustifikasikan kenapa Ketua Umum PKR itu membuat keterangan seperti itu.

Rayuan Karpal & Hujah Balas Mohd Yusof

Ketua Peguam Bela Anwar, Karpal Singh amat memahami implikasi keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh itu, sebab itu dalam hujah penggulungan, 12 Disember, merayu kepada mahkamah agar menerima keterangan bela diri anak guamnya itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujah penggulungan balas, 13 Disember membantah rayuan Karpal itu.

Dengan memetik kata-kata dari seorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Yusof berkata keterangan dari Kandang Tertuduh yang tidak membenarkan untuk disoal balas tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan keterangan dari Kandang Saksi.

Mohd Saiful, selaku pengadu memilih memberi keterangan dari Kandang Saksi, manakala Anwar selaku tertuduh memilih beri keterangan dari Kandang Tertuduh.

Kata Mohd Yusof, keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh itu walaupun banyak melemparkan tuduhan namun ia “seumpama berdiam diri” kerana tertuduh tidak mengemukakan bukti material kepada mahkamah.

“Ini (keterangan Anwar) adalah satu pembohongan semata-mata. Ini tidak mempertikaikan bukti bahawa Anwar telah meminta pengadu Mohd Saiful pergi ke kondo itu … tidak mempertikaikan ketua staffnya meminta Saiful untuk pergi ke kondo itu… tidak mencabar rakaman CCTV,” katanya.

Menurut Mohd Yusof keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya menyerah sekeping sampul surat kepada Anwar di kondominium itu.

Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di Unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Anwar tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.

“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.

Katanya apabila Anwar tidak mempertikaikan kenyataan-kenyataan tersebut, bermaksud ia adalah satu pengakuan atau persetujuan.

Mohd Yusof berhujah Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful.

“Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan,” katanya.

Ada Sebab Anwar Takut Peguam Cara II

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...