Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 14, 2011

Bila Ketua2 Agama Islam engkar Perintah Allah Surah An Nur Ayat ke 31

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.





Bilamana Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 pada tahun 2006 dahulu, saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya kita mendapat Raja Permaisuri Agong yang kedua tahu menutup aurat baginda bila muncul dikhalayak ramai selepas Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Almarhum Sultan Salahudin Shah, Sultan Selangor sebelum ini.


Tidak lupa saya turut mengaminkan doa para khatib semasa Solat Jumaat untuk kesejahteraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selama Tuanku Sultan Mizan bertugas memikul amanah memimpin negara.


Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Agong pertama berhijab di dalam Malaysia
Ada kalanya saya merasa terkilan bilamana Baginda Sultan Mizan tidak tegas bersuara menangani hal ehwal urusan Agama Islam tatkala pemimpin kaffir harbi didalam negara kita berani mempersoalkan kedudukan agama Islam atau berkata nesta terhadap institusi agama rasmi negara? Namun, saya serahkan perkara itu kepada pertimbangan Allahu Ta'ala untuk menghakimi 'Ketua Agama Islam' negara ini di Yaum al Mahsyar nanti.


Kekhuatiran saya mengenai nasib dan masa depan umat Islam seMalaysia untuk jangkamasa 5 tahun akan datang, bertambah sebaik sahaja diumumkan bahawa Sultan Kedah telah dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke 14 bermula semalam.


Ini disebabkan kegagalan baginda untuk memastikan yang Raja Permaisuri akur terhadap Perintah Allahu Ta'ala didalam Surah An Nur ayat ke 31 yang mewajibkan mana mana perempuan yang sudah mencapai akli baligh untuk menutup aurat masing masing bila di hadapan mereka yang bukan muhrim bagi nya seperti diwahyukan dibawah:



24:31
Transliteration
Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon
Terjemahan:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Sadaqallah hal Adzhim!


Perintah Allah didalam Surah An Nur ayat ke 31, Al Qur'anul Karim.


Amat malang sekali bagi umat Islam negara ini bilamana kita menyaksikan pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini oleh mereka yang menjadi isteri kepada Ketua2 Agama Islam negara Malaysia semberono sahaja tampil duduk dengan megah didalam Majlis Santapan Di Raja sempena Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke14 dengan tidak menutup aurat masing masing secara sempurna selayak kedudukan masing masing sebagai Raja Permaisuri negeri masing masing dan juga isteri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong terkini!


Apakah Duli Duli Tuanku berkenan tidak tahu akan kewajipan baginda masing masing untuk memastikan permaisuri tuanku tuanku berkenaan menutup aurat dengan sempurna bila hadir didalam upacara majlis rasmi kerajaan dan negara?


Saya khuatir bahawa pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini akan di ikuti kebanyakan mereka yang juga merupakan isteri para pembesar negara yang lain?


Isteri Perdana Menteri dan juga isteri Menteri Penerangan sudah pasti riang gumbira mendapat Raja Permaisuri Agong bersanggul karan kerana mereka sekian lama ini semberono sahaja keluar dikhalayak ramai tanpa hijab atau jilbab! Nak kata mereka miskin tak mampu membeli kain tudung, harta masing masing melimpah ruah tak cukup tas tangan untuk menyimpannya?


Saya sudah bertekad bahawa sekiranya keadaan ini tidak ditangani oleh Ketua2 Agama Islam berkenaan dengan kadar segera untuk menurunkan tangan dan tidak akan mengaminkan kesejahteraan bagi mereka yang terbabit semasa doa di dalam Solat Jumaat atau mana mana majlis yang meraikan mereka.


Saya rasa sekelian mufti dan penasihat agama di istana istana berkenaan GAGAL mentarbiyyah kaum kerabat di raja dan para pembesar pemerintah negara ini.


Sia sia sahaja masing masing gah berbangga dengan ilmu pengetahuan mencakupi sekelian bab bab pengajian agama Islam tetapi ternyata lemah dan tidak berguna untuk membimbing yang terlibat.


Apatah lagi golongan ulama kaki ampu dan pembodek yang menghalalkan kelemahan para pemimpin negara berkenaan demi untuk mendapatkan apa apa keistimewaan dan kedudukan didalam susun galur siyasah pemerintahan negara?


Minta maaf le. Tok Mamu tak reti nak kipas mereka yang gagal memimpin isteri masing masing tetapi ada hati nak mengaku ketua begitu begini terutama didalam bab Agama Islam negara kita.


Matlamat tidak menghalalkan cara beb. Sembang deraih lah macamana pun?


Yang haram tetap haram dan sia sia lah kehidupan sesiapa sahaja yang mendiamkan perkara melibatkan maruah umat Islam seperti ini hanya kerna takut kehilangan kedudukan atau darjat duniawi.


Buat pedoman kaum wanita yang mengaku dirinya beriman, ini saya lampirkan pedoman buat anda:


Sila klik di atas imej diatas untuk melihatnya didalam saiz paparan yang jelas.


Sebarkan lah kepada semua rangkaian siber anda.


Mudah2an bermanfaat pada semua. Insya Allah.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
"Kebenaran itu wajib dinyatakan jika Keadilan hendak di tegakkan!"
Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...