Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 11, 2011

Kenapa 9 peguam tinggalkan Anwar?

Sunday, December 11, 2011


PEGUAM Zulkifli Nordin, antara yang pertama membela Anwar Ibrahim yang berhadapan kes liwatanya pada tahun 1998. Beliau bersungguh-sungguh mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan dan sanggup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam kurungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malah beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk Anwar dan pernah digelar Panglima semasa ditahan di bawah ISA kerana begitu taksub dengan bosnya itu.Itu dahulu,kini, beliau sudah pusing 360 darjah daripada penyokong dan pembela Anwar dan kini pusing merata tempat untuk menentang bekas idolanya itu.

Kenapa peguam yang kini bergelar Datuk dan menjadi ahli parlimen bebas di Kulim Bandar Baru meninggalkan pakatan rakyat dan menentang mereka?

Sebabnya adalah beliau tidak mahu ditipu, dibohongi dan diperdaya lagi dan tidak mahu rakyat memberi sokongan kepada Anwar yang disifatkannya orang yang paling tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi bergelar Perdana Menteri.

Katanya, bukan beliau sahaja yang tidak mahu lagi bersama-sama Ketua Pembangkang itu malah kesemua lapan orang lagi peguam bela yang mempertahankan Anwar kes liwat pertama tidak lagi bersamanya dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Beliau juga meminta orangramai berfikir kenapa semua sembilan orang peguam yang membela Anwar pada tahun 1998 tidak kembali membantunya dalam kes liwat 2008 melibatkan Saiful yang juga bekas kakitangannya.

"Anwar pembohong,dia tipu. Dulu saya percaya. Dua belas tahun saya kena tipu.. tetapi Tun Dr. Mahathir terkena 20 tahun," katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Rukun Tetangga Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, Jumaat malam.

Kini barisan peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh kebanyakan terdiripada dari bukan Islam.

Dalam ceramahnya kira-kira 90 minit itu Zulkifli, bekas pemimpin PAS yang bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya 2008 itu mendedahkan pelbagai pembohongan seperti kes 16 September yang diuar-uarkan sebagai tarikh pengambilalihan Putra Jaya, majlis angkat sumpah di Istana Negara dan kononnya pihak Angkatan Tentera juga berada di belakang pakatan pembangkang.

Beliau juga cerita bagaimana Anwar pernah mendakwa Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu menemui beliau kerana mahu memohon maaf.

"Apabila saya tanya pada Zaid Md Arip (cucu Ghafar), Zaid kata memang dia yang aturkan temujanji tetapi Anwar yang mahu memohon maaf kerana melawan Tun Ghafar dalam UMNO. Akhirnya Zaid minta datuknya batalkan sahaja pertemuan itu,'' ujarnya.

Menurut Zulkifli, beliau berpaling kerana meragui pendirian Anwar terhadap agama dan sangggup berbuat apa saja demi memenuhi hasratnya.

"Kini PAS sudah gadaikan perjuangan Islamnya kerana itulah yang Anwar mahu. Fikirkanlah betapa bahayanya Anwar jika menjadi Perdana Menteri.

"Saya dah tengok dia rungkaikan pakatan rakyat dan PAS. Saya tidak akan duduk diam-diam,"Sebagai ahli parlimen, saya ada amanah. Saya kenal Anwar dan akan tentang dia secara terbuka kerana saya perlu beritahu," ujarnya.

Zulkifli juga mendakwa Anwar ada berjanji yang mahu melantik beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal Islam semasa pelan 16 September.
Juga dakwannya janji seumpama itu juga ditabur pada Ahli Parlimen BN yang cuba dipancing sertai pelan 16 September itu.

Mengulas lagi tentang kes liwat Saiful, Zulkifli berkata Anwar tidak berani bersumpah di mahkamah dalam kes liwatnya dan memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh sahaja.
Katanya, dengan berada di kandang, peguam atau hakim sendiri tidak boleh mengemukakan pertanyaan.

"Tetapi dia pusing keliling bagitau dia belasah hakim dan sebagainya di mahkamah. Betullah tak ada yang jawab sebab tidak dibolehkan. Dia cakap seorang sahaja, tetapi orang kampung percaya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...