MENGAMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAM DI NUSANTARA & PERMASALAHAN YANG TIMBUL PADA HARI INI.
Hamba menyeru kepada semua kembali memperingati apa yang pernah berlaku di nusantara sewaktu di awal pengembangan dakwah Islam pada jaman Wali Sangga. Haruslah kalian mengerti bahawa pada jaman itu di nusantara sudah ada ajaran yang menyimpang dinamakan Wahdatul Wujud yang pada jaman ini dikenali sebagai Pluralisma dan Liberalisma dalam bentuk yang baharu.
Pembawanya adalah syeh syaithi Jenar atau Syeh Lemah Abang. beliau mengambil ajaran dari kitab Al Haq tanpa sebarang guru yang benar. Pengamal ilmu ini memang memiliki keluarbiasaan dan mampu mengelirukan akidah orang banyak seperti yang berlaku pada hari ini di Malaysia oleh PAS dan PKR. Ajaran ini telah di tentang habis-habisan oleh para Wali Sangga terutamanya Sunan Kalijaga.
Para Wali Sangga telah mengambil keputusan bermesyuarah terlebih dahulu dengan syeh syaithi Jenar bagi memastikan apakah keyakinannya itu dan apakah perlaksanaan ajarannya. Klip video di bawah. Berlaku perbincangan yang begitu menarik seperti di bawah ini.
Sunan Kalijaga menawarkan dirinya untuk menangkap syeh syaithi Jenar lalu berlakulah pengejaran yang melahirkan cerita menarik seperti yang diceritakan semula dalam klip video di bawah ini. Setelah beradu ilmu barulah Sunan Kalijaga berjaya menangkap syeh syaithi Jenar. Setelah diadili maka hukuman hudud pancung sampai mati dikenakan ke atas syeh syaithi Jenar di atas kesalahan menyebarkan ajaran yang merosakkan akidah rakyat.
Namun adakah ajaran Wahdatul Wujud itu sudah hilang? Syeh syaithi Jenar mempunyai ramai anak murid. Ajaran dan kefahamannya turut menyebar sehingga ke hari ini. Sampailah kepada Anwar Ibrahim mempelajarinya dan menyebarkannya pula kepada anak-anak muda di dalam PKR dan diikuti oleh PAS.
Disebabkan itulah anda melihat bagaimana celarunya dan kelirunya masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini. Bagaimana dalam isu-isu mengenai akidah. PKR dan PAS mengambil pendekatan yang jauh berbeza dengan fahaman ahlissunnah wal jamaah.
Anda berfikirlah sendiri setelah mengambil iktibar dari pengajaran sejarah. Lihatlah sendiri bagaimana Anwar Ibrahim beserta anak-anak didiknya merosakkan akidah dan kefahaman Islam di dalam PAS sehingga tiada seorang ulama' mahupun pemimpin di Malaysia pun mampu mengalahkan hujahnya.
Keangkuhan dan kesombongan dalam tuturkata, tindakan dan pemikiran PKR, bekas Reformasi 98 dan PAS yang mendapat didikan daripada Anwar Ibrahim jelas terlihat oleh kita.
Bukan sahaja Anwar Ibrahim patut dipenjarakan malah kesemua pengikut setianya wajib diperbetulkan semula akidah mereka.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
No comments:
Post a Comment