Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, September 11, 2011

TUN CHIN PENG: WIRA REPUBLIK MALAYSIA? ANUGERAH PASKOMUNIS






(Wira-hero kaum PaLut dengan "takbeer" versi baru)


(Ah Cheng, lu tak mau lekemen itu Saboo kasi Latuk Silly kah)

Salam 2 all.

Teman cukup yakin jika kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e memerintah (na'uzubillah), kepala bapak kominis Chin Peng akan dibawa balik dari tanah besar, mungkin didokongkan atas bahu Mat Sabu dan dikompangkan daripada sempadan Bukit Kayu Hitam dan diarak sampai ke Tambak Johor. Dan Presiden Republik Malaysia masa tu (yup, dema memang nak hapuskan Raja-Raja Melayu yop) akan menganugerahkan gelaran Tun Chin Peng disamping sesalinan kebaya cheong sari dan sebijik China Doll sebagai habuan buat Tun Chin Peng! Dan Tun Chin Peng akan diisytihar sebagai pejuang dan hero Republik Malaysia, dan satu ceramah umum akan diadakan dengan Mat Sabu sebagai penceramah utama, dan tak lupa derma jahat..ooops..derma jihat akan dilancarkan!!!

Kenapa teman kata begitu? Sebab kalau tengok gelagat kaum Anwarinas, daripada yang berserban sampai yang berturban dalam isu kominis Mat Indra dan peristiwa Bukit Kepong jelas bagaimana dema sanggup spin cerita sampai yang baik jadi jahat, yang jahat jadi baik! Siap dengan flavor sirah Nabawi lagi untuk memantapkan spin.

Cuba mike bayang yop, adakah kisah fathul Makkah, pembukaan kota Makkah oleh Rasulullah saw boleh disamakan dengan serangan, pembunuhan dan kekejaman Mat Indra dan kominis keatas anggota dan keluarga polis Balai Bukit Kepong? Sambil mengurut janggut dan menghentak serban, ada Pak Yangoat yang putar sirah macam mana Nabi serang kaum dia sendiri Quraisy dalam fathul Makkah, macam tu lah Mat Indra dan kominis menyerang, membunuh, membakar dan menzalimi anggota polis Melayu-Muslim dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong. Tak kah kerja gila babi tu yop, babi gila pun tak buat kerja gila macam ni. Tapi bagi para pak yangoat yang rakus ni, semuanya halal belaka sekarang ni!!! Teman tak menjangka tahap kebiolan dan kebangangan pak yangoat dan kaum Anwarinas ni akan sampai ke peringkat terencat aqal begitu cepat!

Apa dema dah buta ke sampai tak tahu nak beza perjuangan risalah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah saw dengan perjuangan anti-tuhan kominis? Rasulullah memasuki Kota Makkah dengan aman dan memberi keamanan; Mat Indra dan pasukan kominisnya bukan sahaja membunuh rakus anggota polis Islam, malah membakar hidup-hidup anggota dan ahli keluarga mereka. Jauh bebenor Rasulullah saw dengan Mat Indra; tapi bagi pak yangoat kaum Anwarinas yang celaka ini, kerakusan kuasa politik menjadikan mereka PBB - pekak, bisu & buta kepada haq dan kebenaran!

Teman sebenarnya malas nak melayan sangat isu kenyataan Mat Sabu mendewa-dewakan Mat Indra dan gerombolan kominis ini, tetapi nampak dema ni makin meroyan dan merapu jadinya. Kenapa lah nak bagi muka sangat dengan Mat Sabu ni. Teman dari semasa dok dalam kepimpinan PAS lagi tak pernah pandang Mat Sabu ni sebagai "political asset". Paling tinggi pun, dia dianggap sekadar penglipur lara, kaki maki hamun dan untuk diperguna untuk buat kutipan derma jihat.

Teringat teman dalam satu mesyuarat untuk mencari dana, seorang AJK cadangkan buat ceramah panggil Mat Sabu. Teman membantah (dan memang teman ni cukup tak setuju dengan cara Mat Sabu ni sejak dalam PAS lagi). Alasan teman, ceramah Mat Sabu takde isi, takat pantun-pintun sana-sini dan maki orang sana-sini. Apa respon dema? Memang itulah yang ahli nak dengar pun. Kalau Mat Sabu datang, crowd ahli akan ramai sebab dema suka maki hamun dan sumpah seranah dia, walaupun ceramah takde isi sebutir pun. Dan crowd ahli pasti akan bagi derma lebih punya kalau Mat Sabu datang.

Kalau tak caya yop, cuba tanya orang lama PAS, apa yang dema ingat tentang perjuangan Mat Sabu? Apa pelajaran dan pengajaran yang mereka dapat? Teman gerenti kat mike yop, dema akan menyeringai sambil menjawab..Hikayat Kamar 121 dan maki hamun Mat Sabu, mungkin akan ada yang sikit teringat pantun-pintun yang pernah dema dengar! Lain pada tu, elek..kosong..zero..sifar, hapak abuk pun takde!

Memang selama ini kedangkalan dan gelagat Mat Sabu kurang diberi perhatian sebab dia dok kat saf belakang. Tapi hari ini dia No. 2 dalam PAS. Kalau Haji Hadi padam, Mat Sabu jadi Pemangku Presiden yop, sama taraf dengan Wan Azizah dan Obama tu yop; boleh jadi Obabu dia yop. Jadi tumpuan mula diberi, dan barulah terbongkar satu demi satu kedangkalan dan gelagat Mat Sabu ni.

Cuba tengok gelagat Mat Sabu sejak jadi Timbalan Presiden. Dia sanggup menjadikan Ambeega kafir harbi la'natullah yang parti dia maki hamun berkajang tu sebagai kalipah dia dalam himpunan haram 09 Julai. Walaupun Ambeega sikit pun tak pandang Mat Sabu, bau saree pun Mat Sabu tak dapat yop. Jumpa Tuanku YDP Agong pun Ambeega buat donno je dengan Mat Sabu ni, walaupun Mat Sabu Timbalan Kalipah dia!

Jangan lupa ni lah Mat Sabu yang memberi dan mempopularkan label Al Juburi kepada Anwar Ibrahim! Sampai dulu dema maki Tun Mahathir kerana UMNO menyimpan seorang "Kaki Kunyit". Hari ni dema peluk cium gumpal-gumpal lagi yop. Orang macam ni mike nak bagi coverage beriya sangat buat apa yop? Ngabihkan beras kunyit je!

Ni lah jugak orangnya yang menipu dan membohongi rakyat dan negara apabila mendakwa dilanggar oleh landrover polis semasa membonceng motor pada 09 Julai lepas. Bila polis buktikan itu pembohongan melalui videoklip cctv (alhamdulillah ALLAH jadikan ada cctv kat situ yop), dah dia tukar cerita pulak kata yang langgar kereta Waja polis. Sedangkan videoklip tu jelas tunjuk penunggang motor yang bawak Mat Sabu tersebut terbalik dan tertonggeng sendiri dipercayai cuba melarikan diri daripada polis!

Tup..tup..Mat Sabu kuar spital dengan kerusi roda, siap balut kaki. Ramai kengkawan menangis yop. Bukan sedih apa yop, cuma dema teringat drama sandiwara Mat CD yang hampir sama, menaiki kerusi roda konon sakit belakang.

Sekarang dah terbongkar Mat Sabu buat claim kos rawatan dia daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Cuba bayang yop, dia pi buat kerja haram. Hadir himpunan haram. Jatuh motor sendiri. Tau-tau rakyat Pulau Pinang kena tanggung?! Elok juga check masa Mat Sabu gi Kamar 121 Hotel Perdana dulu sape yang bayar tu yop?

Jadi cuba mike bayang orang macam ni nak diberi coverage berlebihan. Pada teman elok toksah layan yop. Cuba tengok bila ditanya mengapa dia membuat ucapan mendewa-dewakan Mat Indra dan kominis yang membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong, Mat Sabu tiba-tiba pitam lupa diri; "tak tau, cek tak ingat!". Itu respon awal Mat Sabu. Cuba bayangkan! Bakal Presiden PAS boleh terlupa ucapan sendiri? Jangan nanti kalu berpeluang berucap depan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (na'uzubillah mintak disimpangkan) dia buat lupa pulak, naya Malaysia yop!

Ni sampai cabar nak berdebat pulak. Mula-mula cabar menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin. Bila KJ menunjukkan kejantanan dengan menyahut cabaran itu, siap tegas "berdebat didalam kandang PAS di Balai Islam Lundang pun no problemo!"; tiba-tiba Mat Sabu buat u-turn dan suruh Pemuda PAS pulak berdebat dengan KJ. Peh tu dia cabar pulak TPM Tan Sri Muhyiddin. Nasib baik Tan Sri bo-layan dengan cabaran bodoh ini! Pada teman, elok Mat Sabu sahut cabaran debat oleh Ummi Hafilda, yang mencabar Mat Sabu berdebat dalam isu label "Anwar Al-Juburi". Tu pun kalau Mat Sabu ada teloq lah yop!

Pada teman, isu kominis didewa-dewakan ini hanya sekadar gimik politik untuk mengalihkan umat Islam dan rakyat daripada dua isu yang lebih besar, iaitu isu dakyah kristian dan gejala murtad yang membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama dan isu pembohongan dalam himpunan haram 09 Julai. Sebenarnya kaum PaLut dah terperangkap. Mereka dah jem tak tau nak buat macam mana untuk handle dua isu besar ni! Dakyah dan temberang mereka makin terbongkar. Rakyat dah makin muak dan jelak dengan politiking melampau kaum PaLut dan puak Anwarinas ni!

Dalam isu dakyah gereja Methodist, MB bangang kaum PaLut dah tunduk mintak maaf daripada gereja walaupun belum menerima lapuran daripada JAIS. Isu yang mereka cuba putarkan sebagai tindakan anti-hak asasi kemanusiaan oleh JAIS tiba-tiba makan diri bila pemimpin PAS merangkap Exco Hal Ehwal Islam Selangor Datuk Dr. Hasan Ali sendiri mendedahkan memang JAIS ada bukti gereja tersebut terlibat secara langsung dengan dakyah kristian dan cubaan memurtadkan umat Islam! Terkedu dema yop! Bertambah terkedu dema bila YB Datuk Hasan Ali cabar dengan rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam! Apa dema buat..booomm..gag order..semua Exco disuruh tutup mulut! Konon berjuang untuk kebebasan bersuara..poodah!!!

Dalam dema dok nak mencari alasan mempertahankan gereja la'natullah ni, terbongkar pulak kisah rupanya gereja itu haram, langsung tidak ada kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk dijadikan gereja. Bukan kita yang bongkar, penyokong PaLut sendiri yang dedahkan.

Bila YB Datuk Hasan Ali umumkan penubuhan Unit Siasatan Aqidah bagi menangani gejala murtad dan dakyah anti Islam, tetiba MB paling bangang ni mengumumkan Tuanku Sultan Selangor memperkenankan penubuhan Majlis Penasihat Agama Selangor. Bila Istana menafikan kenyataan itu, dema jadi kelam-kabut. Tukar pulak jadi badan, peh tu entah amende, agaknya last-last jadi kelab parti tupperware aje yop.

Sebelum tu isu pembohongan himpunan haram 09 Julai. Mula-mula terbongkar cerita YDP Agong dibohongi konon mereka nak mengadap kerana dah tarik balik rancangan himpunan haram itu. Peh tu terbongkar pembohongan rupanya hanya seciput sahaja pengikut yang turun, walaupun sebelum tu berdegar-degar kata ratusan ribu akan turun. Kemudian terbongkar agenda jahat mahu menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan haram, senjata ditemui dan lain-lain. Peh tu pembohongan konon daripada ramai yang hadir, hanya seorang Mat CD je yang masuk hospital, siap gambar nazak yop! Peh tu pembohongan kematian Baharudin terbongkar, rupanya mati sakit jantung. Setitik gas pun tak kena yop. Tau-tau muncul isu pelakon mati jadian, siap kutip derma jihat lagi. Isyk..isyk..isyk..banyak bebenor pembohongan dan penipuan dalam isu himpunan haram 09 Julai. Tu belum masuk kisah dana asing dan penglibatan badan asing saperti Open Society milik Yahudi George Soros. Memang puak kaum PaLut ni dah jem giler yop, tak tau nak jawab macam mane!

Jadi cuba mike bayangkan, dengan dua isu besar iaitu isu penipuan dan pembohongan dalam isu himpunan haram 09 Julai kepada isu dakyah Gereja Methodist dan gejala murtad, tak campur isu Mat CD dengan videoklip nyonDOLL dan kes liwat staf sendiri; kaum PaLut memang dah jem giler yop. Dema memang dah tak tau nak buat apa! Sumber maklumat teman dalam kaum PaLut bagitahu macam mana pening kepala pemimpin kaum PaLut ni nak kasi setel semua isu besar ni..tup..tup..mai isu kominis Mat Indra dan peristiwa Bukit Kepong.

Bagi dema, takat korbankan Mat Sabu sorang tak pe. Lagipun kaum Anwarinas memang sengaja naikkan Mat Sabu, sebab dema tahu Mat Sabu bukan "political asset", setakat jadi badut mainan mereka aje. Dema bukan tak tahu sejarah Mat Sabu. Tapi daripada Ustad Nasaruddin yang bijak dan cerdik tapi dema tak boleh kontrol, baik Mat Sabu. Kaum Anwarinas punya agenda lebih besar sebenarnya.

Matlamat mereka nak "bunuh" Haji Hadi, tapi mesti pelan-pelan, jangan sampai nampak. Mat Sabu ni sekadar pengisi "waktu iklan" je yop. Sampai masa nanti, kaum Anwarinas pasti akan terajang Mat Sabu dan "bunuh" Haji Hadi. Itulah agenda besarnya. Sementara itu, bagi Mat Sabu enjoy puas-puas. Teman dengar cerita dari sumber cukup sahih, sudah ada usaha untuk memberi angerah Datuk Seri kepada Mat Sabu melalui Kerajaan Pulau Pinang. Agaknya ni sebagai habuan buat Mat Sabu atas kesediaan dia menjadi badut politik kaum Anwarinas. Samada Mat Sabu sedar atau tidak, sebenarnya itulah tanggapan kaum Anwarinas terhadap dia. Bagi kaum Anwarinas, Mat Sabu ni hanya badut mainan mereka sahaja!

Bagi teman, episod Mat Indra dan kominis pembunuh anggota polis dan keluarga mereka di pos Bukit Kepong membuktikan betapa kaum Anwarinas ni sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai nafsu serakah politikus rakus yang terpukau dengan kilauan kuasa mahkota Putrajaya; mereka muncul menjadi politikus kalkatus rakus yang tidak mengenal sempadan akhlak dan etika kemanusiaan. Mereka muncul menjadi haiwan politik yang sanggup menggadai agama dan bangsa mereka!

Daripada menggadai kalimah ALLAH kepada kristian dengan ideologi triniti, kepada menggadai anak bini dalam bai'ah talaq tiga atas nama politik kepartian, kepada membuang perjuangan negara Islam kerana "takde dalam Quran", tidak mahu menerima bukti terang videoklip Mat CD kononnya bukan bukti tapi sekadar besi sejuk je, kepada membela gereja dalam isu dakyah kristian dan gejala murtad, kini membela dan mempertahankan kominis yang anti Islam dan anti-tuhan! Terbongkarnya pekong ini ALLAH jadikan untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya membuka mata dan jiwa masing-masing!

JANGANLAH JADI KAUM YANG PEKAK, BUTA & BISU dengan bukti dan keterangan yang telah ALLAH berikan! Kalau dengan bukti-bukti dan keterangan yang ALLAH berikan ini ada lagi umat Islam dan bangsa Melayu yang menjadi PBB - pekak, bisu & buta; janganlah esok bila bala dan la'nat diturunkan kita menyalahkan ALLAH pulak. Salahkan diri sendiri.

Sebab itu teman seru kepada semua umat Islam bangsa Melayu, marilah kita bersatu untuk berhadapan dengan segala ujian dan dugaan yang sedang mencabar agama, bangsa dan negara kita. Kita umat Islam bangsa Melayu tidak ada tempat lain yang boleh kita pergi melainkan inilah sahaja tanah air yang kita ada! Pertahankan maruah dan survival agama, bangsa dan tanah air kita walaupun dengan nyawa sekalipun!!! Itu sumpah kita insyallah!!!

Jangan nanti satu pagi 16 Sept kita bangun, sedang Lee Kuan Yew sambut birthday dia yang jatuh pada 16 Sept, dan kaum Anwarinas memperingati pembohongan besar 16 Sept 2008, tau-tau kita tengok di Dataran Merdeka kepala bapak kominis Chin Peng dinobatkan sebagai hero & wira Republik Malaysia dan dianugerahkan gelaran Tun oleh Presiden Republik Malaysia!!! Masa tu, airmata darah pun dah tak berguna! Jangan sampai nanti anak cucu mike meludah dan kencing diatas kubor mike kerana pengkhianatan dan kecurangan mike semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

MENENTANG MURTAD ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JIHAD!!!
BERJUANG MELAWAN MURTAD ITU JIHAD!!!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Syawal 1432
08 Sep 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...