Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 12, 2011

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BUKIT KEPONG DAN KOMUNIS !!!

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BUKIT KEPONG DAN KOMUNIS !!!


SOALAN : Apakah kaitan Datuk Seri dengan peristiwa Bukit Kepong ???

J.J RAJ: Sebelum saya pergi lebih jauh saya mahu berikan fakta asas berhubung peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950 dan sehari sebelum itu iaitu pada 22 Februari masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina.Pada masa itu saya merupakan Ketua Polis Daerah (OCPD) Pagoh.Sebagai Ketua Polis Daerah saya diberi tanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis dan Balai Polis Bukit Kepong adalah salah satu daripadanya.


Datuk Seri J.J RAJ

Difahamkan sehari sebelum peristiwa menyayat hati itu berlaku,Datuk Seri dilapor telah melawat Balai Polis Bukit Kepong.Boleh Datuk Seri ceritakan ???

J.J RAJ: Ya, pada 22 Februari (1950) saya telah melawat Balai Polis Bukit Kepong bersama 10 anggota. Kami bertolak daripada Balai Polis Daerah Pagoh menuju Balai Polis Lenga dengan cara menaiki kenderaan. Masa yang kami ambil antara satu hingga dua jam. Pernah terjadi dalam pertengahan jalan ketika kami ke Lenga, berlaku serang hendap daripada pihak komunis. Sebab itu kita sentiasa berwaspada. Apabila sampai di Balai Polis Bukit Kepong saya menemui Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anggota-anggotanya serta tidak ketinggalan Tok Penghulu kawasan tersebut. Tok Penghulu Bukit Kepong pada masa itu bernama Penghulu Ali. Kami kemudian makan tengah hari bersama dan kemudian saya melakukan rondaan di Pekan Bukit Kepong bersama Sarjan Jamil, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata dengan menggunakan basikal. Pekan Bukit Kepong tidak besar. Di sini terdapat kita-kira 30 buah kedai yang para peniaganya terdiri daripada orang Cina. Dari segi komposisi penduduk pula saya anggarkan penduduk Melayu lebih kurang 1,300 dan mereka tinggal di kampung-kampung.


Seterusnya apa yang berlaku ???

J.J RAJ: Kira-kira pukul 7 malam saya tamatkan lawatan saya di Bukit Kepong dan bersedia untuk pulang semua ke Pagoh. Ketika berada di Jeti Bukit Kepong untuk pulang saya sempat meninggalkan pesan kepada Sarjan Jamil. Saya kata kepada Sarjan Jamil 'Tok Jamil jaga diri baik-baik'. Pada masa itu Tok Penghulu, Sarjan Jamil dan orang kampung turut mengiringi kepulangan saya.

Adakah itu kata-kata terakhir Datuk Seri kepada Sarjan Jamil sebelum berlaku peristiwa Bukit Kepong pada pagi esoknya ???

J.J RAJ: Saya anggap begitulah. Ia umpama pesanan akhir saya kepada Sarjan Jamil dan semua anggota polis di Bukit Kepong sebelum berlakunya peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada keesokannya. Saya masih ingat jawapan Sarjan Jamil: "Jangan bimbang tuan OCPD, kita akan jaga, biar putih tulang jangan putih mata''. Ketika ayat ini diungkapkan saya kurang faham dan saya mula faham selepas peristiwa ini berlaku. Sebenarnya semasa kita meronda pada petang 22 Februari terdapat 180 pengganas komunis telah mula mengepong di belakang balai polis. Kita tidak nampak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan hutan.

Peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apa yang berlaku pada pagi 23 Februari 1950 di Bukit Kepong ???

J.J RAJ: Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.

Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.


Sarjan Jamil menjawab yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang tetapi jangan putih mata. Ketika itu ramai di kalangan anggota telah meninggal dunia dan ada juga yang cedera parah. Sebaik sahaja Sarjan Jamil berkata demikian, pihak komunis meniup trompet buat kali ketiga dan selepas itu berlaku serangan bertali arus daripada kumpulan pengganas itu. Kali ini serangan bukan setakat di belakang balai malah ia meliputi sekeliling balai. Walaupun begitu komunis tetap gagal memasuki kawasan bala sehinggalah mereka melakukan serangan dengan molotov cocktail hingga menyebabkan balai terbakar. Ketika itu barulah Sarjan Jamil dan anggota-anggota yang lain lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah diri. Mereka terus melakukan serangan terhadap komunis. Namun begitu ada anggota yang terkorban semasa melarikan diri ke kubu lain akibat tembakan pihak komunis. Ketika itu juga komunis berjaya masuk ke kawasan balai dan membunuh saki baki anggota polis kita termasuk Sarjan Jamil. Berdasarkan rekod kita seramai 27 orang terkorban dalam peristiwa itu. 14 anggota polis, lima anggota polis bantuan, empat isteri polis dan empat anak-anak polis. Empat lagi anggota polis mengalami cedera parah.

Pukul berapa Datuk Seri dapat tahu peristiwa serangan itu ???

J.J RAJ: Saya terima laporan kejadian ini kira-kira pukul 6 pagi daripada Balai Polis Lenga. Laporan ini diterima hasil daripada maklumat orang Kampung Durian Chondong. Kampung ini terletak antara Lenga dan Bukit Kepong. Dahulu kami adalah sebuah keluarga besar. Kami amat mengenali penghulu-penghulu di kampung-kampung berdekatan. Saya diberitahu, Penghulu Kampung Durian Chondong terkeliru sama ada bunyi tembakan yang didengar itu adakah bunyi tembakan atau mercun. Akhirnya penghulu kampung tersebut mengambil keputusan menghantar dua orang anak buah menaiki sampan membuat laporan ke Balai Polis Lenga mengenai bunyi tembakan itu. Dari Lenga, laporan terus sampai ke pengetahuan saya di Pagoh.
Selepas menerima laporan saya serta 10 anggota lain bergegas ke Balai Polis Bukit Kepong dan perjalanan memakan masa hampir tiga jam. Sesampai di sana saya lihat balai polis sudah terbakar dan beberapa mayat anggota polis yang terkorban juga turut hangus. Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Onn Jaafar turut datang melawat. Saya tabik hormat kepada Datuk Onn dan Datuk Onn terus mengarahkan saya menguruskan anak-anak buah saya terutama yang mengalami kecederaan. Empat anggota polis yang tercedera telah dihantar ke hospital dengan segera dengan menaiki bot. Hasil tinjuan saya juga mendapati bot polis milik Balai Polis Bukit Kepong juga terbakar.


Datuk Seri J.J Raj (empat dari kiri) ketika menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Pagoh bersama sebahagian anggota Balai Polis Bukit Kepong.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...