Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih
Wan Ahmad Wan Omar berucap pada program Ceramah Makan Tengah Hari bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR di Kuala Lumpur, semalam. |
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil, telus serta bebas daripada campur tangan kerajaan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, buktinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pada 2008 pihak pembangkang berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan menguasai lima negeri.
Beliau berkata, satu lagi fakta yang harus diambil kira ialah kemampuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan partinya mempertahankan pemerintahan di Kelantan selama 21 tahun.
"Peraturan yang sama digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 (2004) yang mana Barisan Nasional (BN) menang besar. Peraturan ini juga yang digunakan untuk PRU Ke-12.
"Pada pilihan raya itu berlaku tsunami politik hingga menyebabkan BN hilang majoriti apabila pembangkang menang di 82 kerusi Parlimen. Lima negeri jatuh kepada mereka. Apa lagi yang kotor?,'' katanya.
Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.
Wan Ahmad berkata, jika keadilan bukan menjadi dasar SPR sudah tentu kemenangan mereka akan dinafikan dan tidak mungkin Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar selama 21 tahun.
"Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang tanpa diduga dan begitu juga dengan beberapa negeri lain. Ini bukti paling jelas bahawa pilihan raya di Malaysia ini adil tidak ada tersembunyi. Tuan-tuan fikirkanlah,'' ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mengakui keadilan yang menjadi pegangan SPR itu tidak dipandang oleh pihak pembangkang, sebaliknya mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan kerajaan terutama isu daftar pemilih.
"Tujuannya supaya rakyat membenci SPR. Nampaknya apa yang mereka lakukan ini berjalan seperti mana mereka kehendaki. Bagi menterjemahkan kebencian itu rakyat akhirnya akan mengundi pembangkang pada pilihan raya,'' ujarnya.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya Bersih terus berkeras mahu terlibat di dalam politik, organisasi itu perlu didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan kemudian bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Daftarkan Bersih sebagai parti politik sekiranya mahu terbabit dengan politik dan bukan anjurkan perhimpunan. Perhimpunan hanya mengundang kesan buruk kepada negara dan menjejaskan hidup rakyat.
"Jika tidak, Bersih dan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu segera pisahkan diri daripada parti politik. Perkukuhkan agenda Bersih," katanya.
Mengenai senarai daftar pemilih, beliau berkata, dalam sistem pendaftaran sekarang adalah mustahil seseorang pengundi boleh mengundi sebanyak dua kali.
- Utusan
SATU MELAYU:
Peluang untuk mamat ni tunjuk hebat... |
Setelah Pas tidak lagi menggunakan slogan Negara Islam, puak pembangkang ‘haramjadah’ berasa selesa untuk meneruskan agenda mereka dengan memperalatkan Melayu Pas dan PKR.
Yang malangnya, apa yang dirancangkan itu membuktikan betapa bangan dan bebalnya sebahagian umat Melayu/Islam yang sanggup menjadi pengkhianat negara kerana termakan umpan dan gula-gula yang ditabur oleh pemimpin Pas seperti Mat Sabu.
Mungkin inilah kejayaan pertaman Mat Sabu setelah menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini. Dia terpaksa buktikan kepada mentornya bahawa dia benar-benar mampu ‘memurtadkan’ ahli dan penyokong Pas dan seterusnya menyokong gerakan merampas negara ini melalui tunjuk perasaan jalanan.
Mereka ingat apa yang berlaku di Mesir mampu dan akan berjaya diterapkan di negara bertuah ini.
Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/07/pilihan-raya-kotor-spr-persoal-bersih.html#ixzz1QsyQGUl6
No comments:
Post a Comment