Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, May 6, 2012

ZULKIFLI NORDIN SAHKAN AZMIN DIDAJJALKAN OLEH PKR SENDIRI . MAHFUZ PERNAH BERKATA KALAU NAFI CARA MCM AMIN ,MEMANGLAH DIA YANG BUAT.

 

 KENA DAJJAL DEK ORANG PKR SENDIRI 

 


KUALA TERENGGANU – Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan “orang dalam parti PKR” sendiri.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.
Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.
“Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan ‘pelakonnya’ memang orang yang tak disangka-sangka,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.
Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.
“Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam…buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam),” katanya.
Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

UTUSAN NAK SAMAN YB JAMBAN !!! WARGA MEDIA UTUSAN WAJIB BACA NI !!!


Belum pun reda kisah Bershit 3.0 Sit And Shit, Malaysia digermparkan pula dengan 9 keping gambar porno yang diekstrak dari 4 buah video dari penjuru berbeza dalam sebuah kediaman.


Jika dilihat dari sudut pandangan dekorasi kediaman berkenaan ianya nampak seperti sebuah kondominium atau mungkin apartment. Yang pasti ianya bukan hotel.

Apa yang menggemparkan, bukanlah kerana ianya gambar pornografi sedutan video tetapi kerana pelaku kali ini bukanlah Anwar Ibrahim sebaliknya pelaku ini mirip dengan seorang pemimpin parti politik pembangkang.

Wajah dan penampilan pelaku dari imej pornografi itu saling tidak tumpah seperti Azmin Ali. Mirip sangat.

Tak percaya ??? Tengok sendiri 9 keping imej berkenaan dibawah....











Sama tak ???

Semuanya bermula dengan pendedahan sebuah blog scandalazminali.blogspot.com (KLIK SINI) dan kemudian isi blog berkenaan dibongkar oleh hampir beberapa blog buat pertama kalinya pada awal pagi (lewat malam) sekitar jam 1 pagi 1 Mei 2012.

Dipercayai full version video juga keluar pada masa lebih kurang yang sama (KLIK SINI). Aku tak sempat pula tengok sebab video tersebut telah didelete oleh Youtube.

Mungkin owner video yang upload video lupa nak letak age restriction, sebab tu kena remove dengan Youtube.

Apa yang aku tahu, kes gambar berkenaan disiarkan tanpa henti silih berganti di blog dari lewat tengah malam seperti masa yang aku sebut kat atas tu sampai ke hari ni.

Ianya juga turut aktif dimainkan di laman Facebook dan Twitter. Myspace aku belum sempat nak bukak lagi.

Macam aku cerita tadi, 1hb Mei kecoh gambar tu keluar. Rata-rata kenyataan yang dikeluarkan di blog, facebook dan twitter tidak menyatakan itu adalah Azmin Ali sebaliknya mengatakan ianya MIRIP Azmin Ali.

Setakat pemantauan aku kepada sebaran gambar dan video berkenaan di laman-laman sosial media, tiada yang membuat sebarang tuduhan.

Agak pelik bila tengahari itu pada hari yang sama (1hb Mei 2012), Azmin Ali melantun dan buat penafian atas tuduhan dan fitnah gambar berkenaan.

Persoalan pelik aku, siapa yang menuduh ??? Serious... aku pelik gila sebab tak sampai 24 jam dah melantun...

Bilamana ada sidang media Azmin Ali buat penafian, jadi amat wajar bila penafian berkenaan diberitakan didalam media cetak beserta gambar berkenaan.

Pada 2hb Mei 2012, kebanyakan media cetak mengeluarkan berita penafian Azmin Ali dan juga gambar berkenaan. Ada yang keluarkan kesemua 9 gambar dan ada yang keluarkan sebahagian gambar.

Pada aku, tak ada yang salah jika gambar berkenaan dikeluarkan bersama penafian Azmin. Bukan dia pun (kalau ikut cakap Azmin la).

Aku tengok gambar berkenaan dan penafian Azmin didalam Utusan Malaysia, Kosmo dan Sinar Harian dengan tajuk besar "BUKAN SAYA". 3 media cetak ni memang wajib beli kat rumah aku ni.

Tetapi, sesuatu yang mengejutkan terjadi !!!

Pada petangnya pula (2hb Mei 2012), adik kandung (satu emak dan satu bapak) membuat kenyataan media di Georgetown.

Ummi Hafilda dalam kenyataannya mengesahkan dan yakin 99.9% bahawa lelaki didalam gambar pornografi yang diekstrak dari video itu adalah abang kandungnya Azmin Ali !!!

Pada aku cukup tinggi keyakinan Ummi tu. Sidang media berkenaan disiarkan dalam laporan Buletin Utama jam 8 malam.

" Saya kenal abang saya. Potongan rambutnya, susuk badannya dan cara dia berpakaian, itu memang Azmin Ali " memetik kenyataan Ummi.

Selain itu dalam kenyataan media berkenaan, Ummi turut mencabar Azmin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang sebarkan fitnah sekiranya ianya fitnah.

Tempoh 7 hari diberikan Ummi kepada Azmin untuk Azmin mengambil tindakan dan sekiranya enggan, Ummi sendiri akan mengambil tindakan untuk mencari kebenaran berkaitan gambar berkenaan.

Azmin mesti membersihkan semula nama keluarga. Ummi turut menambah bahawa Azmin turut mengabaikan ibunya dan tidak pulang melawat ibunya.

Bila aku fikirkan secara logik, macam mana Azmin nak saman media-media berkenaan. Sebab media berkenaan bukan keluarkan fitnah. Berita penafian Azmin terhadap gambar terbabit bukannya fitnah.

Yang logiknya, Azmin angkat wudhu dan pegang Al-Quran. Lepas tu lafaz sumpah laknat. Allah tu maha besar, kalau benda tak betul nak takut apa pula kan...?

Tetapi, lain pula halnya.

Azmin menuntut gantirugi RM100 juta dari Utusan Malaysia !!!

Apsal RM100 juta je ??? Tuntut la sekali dekat Sinar Harian dan Kosmo. Dah boleh dapat RM300 juta. Aku rasa ada akhbar lain juga yang keluarkan gambar tu. Buatlah tuntutan juga. KAYA BEB !!!

Ini yang disiarkan Utusan Malaysia...



Ini pula dari Sinar Harian...



Kat mana fitnah media cetak berkenaan ??? Apakah penafian Azmin Ali tu yang palsu ??? Aku musykil sekarang ni....

Apa pun, kepada Utusan, korang jangan risaulah. Biarkan Azmin nak saman ke apa ke...

Kes ni senang-senang korang pulun la. Lepas tu saman balik Azmin ye, mungkin penafian Azmin tu yang palsu !!!

Aku dengar, tak lama lagi video tu akan keluar part by part... Hehehehe....


Lanjut : KLIK SINI

Saturday, May 5, 2012

AZMAN ANAK DERHAKA : AZMIN HANCURKAN HATI SAYA...KELUHAN SEORANG IBU . PEMIMPIN PAS DAN PENYOKONG PAS BAHALOL NAK JADIKAN ANAK DERHAKA SEBAGAI PEMIMPIN


KELUHAN SEORANG IBU

 


Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.


Namanya Che
Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.


Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.


Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.


Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.


” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.


Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.


Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.


Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.


Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.


” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya… melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.


” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.


” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.


Menurut Che Tom, Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin.


Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa.


Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.


Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.


” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar,
saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman
blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.


Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan
kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.


Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.


Cuma Che Tom berkata, beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari ‘kumpulan’ yang disertainya sekarang.


” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.


Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.


” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my) 

Gambar skandal Assmin

Pejuang Bangsa










Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana. Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka. "Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno. "Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa? "Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam. 

ANWAR MENGATAKAN DEMIKIAN KERANA DIA YANG MULAKAN PERMAINAN SEPERTI INI UNTUK MENJATUHKAN RAMAI PEMIMPIN UMNO DAHULU. IBARAT KATA .. PAKU DULANG PAKU SERPIH , NGATA ORANG AKU YANG LEBIH-LEBIH LAGI .. 
INGAT .... HUKUM KARMA ....

ZURAIDAH PKR BERANG KEPADA PENGERUSI Portfolio AGAMA Selangor, Khalid TIDAK mengarahkan Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk menyiasat kesahihan maksiat yang dilakukan Azmin.


   

 Lokasi Aksi Azmin Di Shah Alam? Pengerusi Portfolio Agama Selangor Akan Ambil Tindakan Bila Zuraidah Kamarudin secara terbuka menzahirkan kekecewaan terhadap reaksi "no comment" oleh MB Khalid Ibrahim, jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan PKR, khususnya di peringkat Majlis PimpinanNegeri Selangor dalam menangani foto aksi Azmin Ali yang disebarkan di internet. Dalam sidang media anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara PKR sebagai tanda sokongan kepada Azmi dalam mendepani isu Azmin Ali, ternyata mereka dalam keadaan kelam kabut memperbetulkan damage yang telah . Malangnya, dek kerana terlalu emosi dan tertekan dengan pendedahan yang mendatangkan mudarat yang amat besar keatas PKR, Zuraidah kelihatan mensasarkan serangan keatas MB yang mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini. Hakikatnya, kenyataan 'no comment' darri Khalid sebenarnya lebih baik bagi diri Azmin. Apakah Zuraidah dan Azmin terlupa bahawa Khalid adalah Pengerusi Portfolio Agama Selangor? Dengan kedudukan ini, Khalid punya kuasa buntuk mengarahkan Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk menyiasat kesahihan maksiat yang dilakukan Azmin. Ada desas-desus mengatakan aksi yang didedahkan berlaku di kondominium baru di Seksyen 15, Shah Alam. Betulkah?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan pendirian untuk menerima pengakuan Mohamed Azmin Ali bahawa Timbalan Presiden itu difitnah apabila dikaitkan dengan gambar lelaki melakukan aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam beberapa laman blog dan akhbar sejak beberapa hari lalu.
Parti itu juga begitu yakin dengan pengakuan Mohamed Azmin malah menegaskan tidak akan mempercayai siasatan polis sungguhpun dakwaan tersebut dapat dibuktikan.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata parti itu begitu pasti bahawa Mohamad Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.




Badi Lombong Gombak

 Apa Nak Jadi Wakil Rakyat Aku ni!

Itu hari isu Hassan bin Ali, sekarang Azmin bin Ali dah macam adik abang pulak. Apa punya puaka duduk kerusi Gombak ni. Memang majal betul tempat ni.

Dulu Dr umno yang pakai spek bingkai tebal tu kena, sebelumnya Dato Saidin. Agaknya jin kat Gombak ni mengamuk sebab lombong tempat dorang bertendang habis sekarang ni dah jadi Appartment, Condo, Flet dan rumah teres tempat orang jadian dari luar melenjan.

Siapa saja nak jadi calon akan datang ingat sikit, tak kira parti ataupun tempat asalkan berdekatan dengan Gombak (Selayang pun) kena fikirkan BADI GOMBAK

Gambar jin dibawah diciplak dari sini







 











Persoalannya, adakah kedua2 jin diatas join Bersih 3.0 baru ni??

 Skandal scandal seks sex main azmin ali member parlimen oral kote batang tetek awek

Cantik awek ni ye... hehe
Rugi rasanya korang tak join kan kan

Gambar awek sekadar hiasan.

Friday, May 4, 2012

HAJI HADI BERFATWA WAJIB SEBARKAN AIB PEMIMPIN PAKATAN HAPRAK @ TIDAK BERMORAL




Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009-

Haji Hadi berkata:
“Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”
Lantaran dari penegasan dan kenyataan yang ikhlas dari Haji Hadi ini, maka sebagai penulis, aib yang dilakukan oleh semua yang melibatkan pemimpin tidak bermoral pakatan haprak wajib didedahkan.
Pembaca juga wajib diberi pendedahan secara eksklusif dengan segala cerita peragai dan kelakuan tidak bermoral pakatan haprak.





 pendedahan yang sangat mengaibkan..tetapi wajar didedahkan kerana ini adalah FATWA Haji Hadi…


AZMIN ALI MINTA CUTI KERANA 'AIS KRIM' ??? WAJIB BACA !!!


Menurut sumber dalaman PKR,Azmin Ali telah menghantar notis cuti dari semua penugasan parti serta merta berkuat kuasa Semalam berikutan pembabitan beliau di dalam video skandal 'Ais Krim' bersama seorang wanita.Berlaku desakan di dalam dan luar parti agar Azmin menyelesaikan isu skandal seks beliau yang tersebar di seluruh Blog dan internet.

Sebelum ini adik beliau Ummi Hafilda mengesahkan individu seorang lelaki didalam gambar tersebut adalah abang kandung beliau sendiri.Namun seperti yang didedahkan sebelum ini ada seorang wanita membuat penafian beliau bukanlah individu yang dikaitkan bersama Azmin Ali

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA


Azmin Perlu Sumpah Laknat Nafi Tuduhan


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi panas bersama seorang wanita yang didedahkan, baru-baru ini.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Azmin sepatutnya berbuat demikian supaya rakyat benar-benar yakin 100 peratus bahawa individu terbabit bukan dirinya.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/05/azmin-perlu-sumpah-laknat-nafi-tuduhan.html#ixzz1txR1CFpH

Thursday, May 3, 2012

Gambar Lucah Azmin Alii Permainan Politik PKR

MELETUP! PENGAKUAN BEKAS PEGAWAI KHAS ANWAR TENTANG AZMIN MUDAH TERTARIK KEPADA PEREMPUAN!!


KUALA LUMPUR  – “Selaku orang yang pernah rapat dengan Azmin, saya berani cakap orang di dalam gambar itu 100 peratus mirip Azmin. Saya juga tidak terkejut gambar-gambar itu tersebar sebab saya kenal siapa Azmin dan bagaimana perangainya.

"Dia memang mudah tertarik dengan perempuan,” ujar Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman ketika diminta mengulas mengenai gambar kontroversi aksi panas seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Rahimi, di sebalik rasa tidak terkejut akan tersebarnya gambar-gambar tersebut, beliau turut melahirkan rasa tertanya-a bagaimana Azmin boleh menjadi alpa sehingga terperangkap di dalam aksi panas esperti ini kerana Azmin yang dikenalinya secara rapat semasa di dalam PKR dahulu adalah seorang yang sangat teliti.

"Ketelitian Azmin boleh disamakan seperti ketelitian Tun Mahathir. Dia tidak mudah alpa malah sikap ini jauh berbeza dengan Anwar sendiri. Sekiranya berada di dalam sebuah bilik contohnya, Azmin akan memeriksa setiap ruang untuk memastikan tiada satupun benda yang boleh diragui.

"Tetapi itulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Allah nak tunjukkan rupa Azmin yang sebenar. Dia memang pandai berpua-pura selama ini… berlagak baik dan alim di hadapan orang ramai tetapi sebenarnya… Saya tahulah macamana sikap Azmin. Saya sangat rapat dengan dia dahulu,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah pandangannya apabila Azmin menafikan individu tersebut adalah dirinya dan mengaitkan UMNO dalam penyebaran gambar tersebut, Rahimi menjelaskan itu semua adalah strategi pakatan pembangkang.

Jelas beliau apa sahaja yang berlaku dan tidak menyebelahi mereka, sudah pasti UMNO akan dipersalahkan dan menuduh semua ini adalah satu konspirasi menjatuhkan mereka.

"Tak hairan kalau dia menuduh UMNO sebagaimana mereka menuduh UMNO bersalah ketika video seks Anwar disebarkan. Apa sahaja yang berlaku sudah pasti UMNO yang akan dipersalahkan. Ini memang taktik mereka bagi menutup setiap kesalahan mereka.

Tetapi bagi yang mengenali mereka secara dekat, pasti akan tahu perihal sebenar.“Kononnya hanya mereka yang betul dan baik. Yang buruk itu semua UMNO.

Azmin sendiri sudah terperangkap dengan kealpaan diri sendiri. Untuk menyelamatkan tengkuk, sudah pasti jalan paling selamat adalah menuding jari kepada UMNO kononnya UMNO sudah hilang modal kerana Pilihan Raya Umum (PRU) sudah hampir. seterusnya


Sudah menjadi kezaliman PKR, PAS dan DAP jika apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka maka muncung senapang akan dihala kepada Umno. Amalan lazim itu dipratikkan sekali lagi oleh Azmin dua hari lepas apabila gambar-gambar skandal moralnya tersebar. Blogger-blogger pro BN juga tidak terlepas menjadi mangsa tuduhan Azmin dan PKR.

Bila sebut bab skandal terbaru Azmin, masyarakat akan terus teringatkan blogger Papa Gomo, House PK , MPP , dan ramai lagi yang lain. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa rakan-rakan saya tersebut sebenarnya menjadi alat atau kambing hitam kepada PKR.


Kenapa saya kata begitu ? Nanti saya terangkan.....


Dalam politik yang boleh bunuh kita hanya dua.


1) Musuh politik kita


2) Kawan / orang kita sendiri.


Pertarungan musuh lawan musuh masih boleh ditandingi dan amat-amat jarang musuh mendedahkan pekung busuk kita atau dipanggil kes moral . Ini kerana amat jarang bagi musuh mengetahui hal-hal sedemikian.


Manakala kawan lawan kawan cukup merbahaya. Ini kerana kebiasaannya kawan-kawan kita yang tahu pekung busuk kita. Sebabnya kita sering berhati-hati dengan musuh dan menjaga gerak geri kita agar tidak diketahui musuh. Tetapi apabila dengan kawan kita atau orang-orang kita maka kita akan berkata "ah takpe ini orang kita, ini kawan kita".


Banyak kes-kes yang melibatkan moral tidak kira dari parti mana sekali pun kebanyakkan datang dari orang yang rapat atau sekeliling individu yang menjadi mangsa pendedahan.


Contoh yang jelas boleh dilihat dalam kes Anwar Ibrahim. Sejak kes liwat Azizan tahun 1998 kepada kes liwat Saiful tahun 2008 sehinggalah kepada kes skandal video, semuanya didedahkan oleh orang sekelilingnya.


Orang yang dedahkan kes liwat tahun 1998, bukannya musuh politik Anwar ketika itu seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Kit Siang atau pembangkang yang lain. Yang mendedahkannya adalah orang yang berada dalam linkungan Anwar ketika itu, Umi Hafilda dan Azizan sendiri. Kini disambung oleh Nallakaruppan, Ezam dan ramai lagi. Semuanya orang keliling Anwar sendiri.


Begitu juga kes gambar Elizabeth Wong satu masa dulu. Siapa musuh yang mampu masuk kedalam rumahnya untuk merakam gambar berkenaan jika bukan orang yang rapat dengannya sendiri yang lakukannya ?


Kes Badrulamin,orang yang rapat dengan wanita berkenaan iaitu suaminya yang tahu tentang hubungan isterinya dengan Badrul. Kalau musuh yang tahu , dah lama perkara itu terbongkar. Belum sempat kena tangkap khalwat dah kecoh satu dunia.


Begitu juga dalam kes Mat Sabu dengan Normah dalam bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Siapa musuh yang boleh tahu Normah akan ke bilik Mat Sabu ? melainkan orang-orang keliling Normah atau keliling Mat Sabu sendiri.


Dalam hal Azmin Ali, siapa musuh yang mampu masuk ke rumah berkenaan untuk memasang kamera ?


Semalam saya berjumpa dengan Kickdefella. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam industri perfileman beliau tahu hal-hal berkenaan gambar, kamera dan video. Saya tanyakan dia berhubung gambar Azmin yang sedang tersebar sekarang.


Katanya, gambar tersebut bukannya dirakam CCTV kerana mempunyai 3 sudut yang berbeza. Satu sudut di pintu masuk. Satu sudut di depan sofa dan satu sudut lagi di belakang sofa. Katanya CCTV tidak mampu untuk merakam dari sudut-sudut yang begitu. Dan jika ada CCTV Azmin Ali pasti akan sedar kewujudan CCTV berkenaan.


Menurut Kickdefella, kemungkinan besar dan beliau mengesyaki rakaman dilakukan menggunakan spy camera yang saiznya lebih kurang sebesar butang baju, tanpa wayar. Jika mengikut sudut dari gambar-gambar yang tersiar ianya menunjuk tiga kamera digunakan. Maksudnya ada tiga kamera yang dipasang dalam rumah berkenaan berdasarkan kepada gambar-gambar yang tersebar sekarang. Manakala untuk rakaman di dalam tandas 1 kamera digunakan.


Kamera mungkin dipasang di celah lampu, bingkai gambar, bunga hiasan dan tempat-tempat tersembunyi lain yang tidak disangka oleh suspek. Maknanya ia memerlukan kerja yang teliti supaya suspek tidak boleh mengesan kewujudan kamera pengintip berkenaan.


Apabila perlu dilakukan dengan teliti maksudnya bukan benda mudah untuk pasang kamera berkenaan dan ianya memerlukan kerjasama tuan rumah. Jadi kesimpulannya boleh dikatakan 99.9 % perempuan yang dalam gambar tersebut memberi kerjasama kepada pemasang kamera samada dalam rumah atau dalam tandas. Perempuan dalam gambar berkenaan juga kelihatan sudah tahu di sudut mana dia patut beraksi supaya mudah dirakam kamera.


Sebab itu jika dilihat kepada gambar yang di dalam tandas bahagian muka perempuan (jarak dekat) dikaburkan. Maknanya sudah ada MOU antara perakam dengan perempuan berkenaan.


Kamera juga dipasang ke arah jam untuk dijadikan bukti kukuh. Gambar pertama yang menunjukkan Azmin masuk jam di dinding jam 11 . Manakala gambar keempat sewaktu Azmin nak keluar menunjukkan jam 11.45.


Ini sekali lagi membuktikan orang yang rapat dengan individu berkenaan sahaja yang mampu mendedahkan pekung busuk individu itu. Musuh tak mampu untuk masuk ke rumah itu nak pasang 3 kamera dengan begitu teliti.


Dalam kes ini saya yakin 100 % apa yang terjadi ke atas Azmin adalah permainan politik sesama PKR. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Azmin pula ramai musuh. Dalam DAP ramai yang tak suka dia, dalam PAS pun sama dan dalam PKR lagi ramai. Apatah lagi di Selangor.


Cuma apa yang nak saya beritahu kepada rakan-rakan pembaca sekalian, percayalah cakap saya apa yang terjadi ke atas Azmin bukannya kerja Umno atau BN. Itu kerja sesama PKR sendiri. -
RBF

Dah terang lagi bersuluh, ini semua memang kerja orang "dalam" PKR. Biasalah dalam politik macam macam ada. Tapi itulah macam yang aku cakapkan dulu, penyokong PR ni sebenarnya kesian. Kena kencing je dengan pemimpin sendiri.

Suruh berdemo, dorang pergi. Suruh bagi derma, dorang bagi. Suruh berguling atas jalan, dorang berguling. Sampai kes macam inipun dorang disuruh pertahankan.  Tapi dorang tak tahu permainan licik pemimpin dorang. Tak pasal pasal dorang jadi bodoh macam lembu. Lembu kak Ijatpun tak bodoh macam dorang hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...