MELETUP! PENGAKUAN BEKAS PEGAWAI KHAS ANWAR TENTANG AZMIN MUDAH TERTARIK KEPADA PEREMPUAN!!
KUALA LUMPUR – “Selaku orang yang pernah rapat dengan Azmin, saya berani cakap orang di dalam gambar itu 100 peratus mirip Azmin. Saya juga tidak terkejut gambar-gambar itu tersebar sebab saya kenal siapa Azmin dan bagaimana perangainya.
"Dia memang mudah tertarik dengan perempuan,” ujar Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman ketika diminta mengulas mengenai gambar kontroversi aksi panas seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Menurut Rahimi, di sebalik rasa tidak terkejut akan tersebarnya gambar-gambar tersebut, beliau turut melahirkan rasa tertanya-a bagaimana Azmin boleh menjadi alpa sehingga terperangkap di dalam aksi panas esperti ini kerana Azmin yang dikenalinya secara rapat semasa di dalam PKR dahulu adalah seorang yang sangat teliti.
"Ketelitian Azmin boleh disamakan seperti ketelitian Tun Mahathir. Dia tidak mudah alpa malah sikap ini jauh berbeza dengan Anwar sendiri. Sekiranya berada di dalam sebuah bilik contohnya, Azmin akan memeriksa setiap ruang untuk memastikan tiada satupun benda yang boleh diragui.
"Tetapi itulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Allah nak tunjukkan rupa Azmin yang sebenar. Dia memang pandai berpua-pura selama ini… berlagak baik dan alim di hadapan orang ramai tetapi sebenarnya… Saya tahulah macamana sikap Azmin. Saya sangat rapat dengan dia dahulu,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah pandangannya apabila Azmin menafikan individu tersebut adalah dirinya dan mengaitkan UMNO dalam penyebaran gambar tersebut, Rahimi menjelaskan itu semua adalah strategi pakatan pembangkang.
Jelas beliau apa sahaja yang berlaku dan tidak menyebelahi mereka, sudah pasti UMNO akan dipersalahkan dan menuduh semua ini adalah satu konspirasi menjatuhkan mereka.
"Tak hairan kalau dia menuduh UMNO sebagaimana mereka menuduh UMNO bersalah ketika video seks Anwar disebarkan. Apa sahaja yang berlaku sudah pasti UMNO yang akan dipersalahkan. Ini memang taktik mereka bagi menutup setiap kesalahan mereka.
Tetapi bagi yang mengenali mereka secara dekat, pasti akan tahu perihal sebenar.“Kononnya hanya mereka yang betul dan baik. Yang buruk itu semua UMNO.
Azmin sendiri sudah terperangkap dengan kealpaan diri sendiri. Untuk menyelamatkan tengkuk, sudah pasti jalan paling selamat adalah menuding jari kepada UMNO kononnya UMNO sudah hilang modal kerana Pilihan Raya Umum (PRU) sudah hampir. seterusnya
Sudah menjadi kezaliman PKR, PAS dan DAP jika apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka maka muncung senapang akan dihala kepada Umno. Amalan lazim itu dipratikkan sekali lagi oleh Azmin dua hari lepas apabila gambar-gambar skandal moralnya tersebar. Blogger-blogger pro BN juga tidak terlepas menjadi mangsa tuduhan Azmin dan PKR.
Bila sebut bab skandal terbaru Azmin, masyarakat akan terus teringatkan blogger Papa Gomo, House PK , MPP , dan ramai lagi yang lain. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa rakan-rakan saya tersebut sebenarnya menjadi alat atau kambing hitam kepada PKR.
Kenapa saya kata begitu ? Nanti saya terangkan.....
Dalam politik yang boleh bunuh kita hanya dua.
1) Musuh politik kita
2) Kawan / orang kita sendiri.
Pertarungan musuh lawan musuh masih boleh ditandingi dan amat-amat jarang musuh mendedahkan pekung busuk kita atau dipanggil kes moral . Ini kerana amat jarang bagi musuh mengetahui hal-hal sedemikian.
Manakala kawan lawan kawan cukup merbahaya. Ini kerana kebiasaannya kawan-kawan kita yang tahu pekung busuk kita. Sebabnya kita sering berhati-hati dengan musuh dan menjaga gerak geri kita agar tidak diketahui musuh. Tetapi apabila dengan kawan kita atau orang-orang kita maka kita akan berkata "ah takpe ini orang kita, ini kawan kita".
Banyak kes-kes yang melibatkan moral tidak kira dari parti mana sekali pun kebanyakkan datang dari orang yang rapat atau sekeliling individu yang menjadi mangsa pendedahan.
Contoh yang jelas boleh dilihat dalam kes Anwar Ibrahim. Sejak kes liwat Azizan tahun 1998 kepada kes liwat Saiful tahun 2008 sehinggalah kepada kes skandal video, semuanya didedahkan oleh orang sekelilingnya.
Orang yang dedahkan kes liwat tahun 1998, bukannya musuh politik Anwar ketika itu seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Kit Siang atau pembangkang yang lain. Yang mendedahkannya adalah orang yang berada dalam linkungan Anwar ketika itu, Umi Hafilda dan Azizan sendiri. Kini disambung oleh Nallakaruppan, Ezam dan ramai lagi. Semuanya orang keliling Anwar sendiri.
Begitu juga kes gambar Elizabeth Wong satu masa dulu. Siapa musuh yang mampu masuk kedalam rumahnya untuk merakam gambar berkenaan jika bukan orang yang rapat dengannya sendiri yang lakukannya ?
Kes Badrulamin,orang yang rapat dengan wanita berkenaan iaitu suaminya yang tahu tentang hubungan isterinya dengan Badrul. Kalau musuh yang tahu , dah lama perkara itu terbongkar. Belum sempat kena tangkap khalwat dah kecoh satu dunia.
Begitu juga dalam kes Mat Sabu dengan Normah dalam bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Siapa musuh yang boleh tahu Normah akan ke bilik Mat Sabu ? melainkan orang-orang keliling Normah atau keliling Mat Sabu sendiri.
Dalam hal Azmin Ali, siapa musuh yang mampu masuk ke rumah berkenaan untuk memasang kamera ?
Semalam saya berjumpa dengan Kickdefella. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam industri perfileman beliau tahu hal-hal berkenaan gambar, kamera dan video. Saya tanyakan dia berhubung gambar Azmin yang sedang tersebar sekarang.
Katanya, gambar tersebut bukannya dirakam CCTV kerana mempunyai 3 sudut yang berbeza. Satu sudut di pintu masuk. Satu sudut di depan sofa dan satu sudut lagi di belakang sofa. Katanya CCTV tidak mampu untuk merakam dari sudut-sudut yang begitu. Dan jika ada CCTV Azmin Ali pasti akan sedar kewujudan CCTV berkenaan.
Menurut Kickdefella, kemungkinan besar dan beliau mengesyaki rakaman dilakukan menggunakan spy camera yang saiznya lebih kurang sebesar butang baju, tanpa wayar. Jika mengikut sudut dari gambar-gambar yang tersiar ianya menunjuk tiga kamera digunakan. Maksudnya ada tiga kamera yang dipasang dalam rumah berkenaan berdasarkan kepada gambar-gambar yang tersebar sekarang. Manakala untuk rakaman di dalam tandas 1 kamera digunakan.
Kamera mungkin dipasang di celah lampu, bingkai gambar, bunga hiasan dan tempat-tempat tersembunyi lain yang tidak disangka oleh suspek. Maknanya ia memerlukan kerja yang teliti supaya suspek tidak boleh mengesan kewujudan kamera pengintip berkenaan.
Apabila perlu dilakukan dengan teliti maksudnya bukan benda mudah untuk pasang kamera berkenaan dan ianya memerlukan kerjasama tuan rumah. Jadi kesimpulannya boleh dikatakan 99.9 % perempuan yang dalam gambar tersebut memberi kerjasama kepada pemasang kamera samada dalam rumah atau dalam tandas. Perempuan dalam gambar berkenaan juga kelihatan sudah tahu di sudut mana dia patut beraksi supaya mudah dirakam kamera.
Sebab itu jika dilihat kepada gambar yang di dalam tandas bahagian muka perempuan (jarak dekat) dikaburkan. Maknanya sudah ada MOU antara perakam dengan perempuan berkenaan.
Kamera juga dipasang ke arah jam untuk dijadikan bukti kukuh. Gambar pertama yang menunjukkan Azmin masuk jam di dinding jam 11 . Manakala gambar keempat sewaktu Azmin nak keluar menunjukkan jam 11.45.
Ini sekali lagi membuktikan orang yang rapat dengan individu berkenaan sahaja yang mampu mendedahkan pekung busuk individu itu. Musuh tak mampu untuk masuk ke rumah itu nak pasang 3 kamera dengan begitu teliti.
Dalam kes ini saya yakin 100 % apa yang terjadi ke atas Azmin adalah permainan politik sesama PKR. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Azmin pula ramai musuh. Dalam DAP ramai yang tak suka dia, dalam PAS pun sama dan dalam PKR lagi ramai. Apatah lagi di Selangor.
Cuma apa yang nak saya beritahu kepada rakan-rakan pembaca sekalian, percayalah cakap saya apa yang terjadi ke atas Azmin bukannya kerja Umno atau BN. Itu kerja sesama PKR sendiri. - RBF
Dah terang lagi bersuluh, ini semua
memang kerja orang "dalam" PKR. Biasalah dalam politik macam macam ada.
Tapi itulah macam yang aku cakapkan dulu, penyokong PR ni sebenarnya
kesian. Kena kencing je dengan pemimpin sendiri.
Suruh berdemo, dorang pergi.
Suruh bagi derma, dorang bagi. Suruh berguling atas jalan, dorang
berguling. Sampai kes macam inipun dorang disuruh pertahankan. Tapi
dorang tak tahu permainan licik pemimpin dorang. Tak pasal pasal dorang
jadi bodoh macam lembu. Lembu kak Ijatpun tak bodoh macam dorang
hahahaha.
relevankah cctv dalam tandas? permainan orang kamu shj umno..
ReplyDelete