Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 14, 2018

Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan

Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan

ULASAN l Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu 1MDB. Tetapi saya silap.



ULASAN l Seperti sebahagian besar
pembaca Malaysiakini, saya mengikuti skandal 1MDB selama bertahun-tahun
- bukan hanya di Malaysiakini, tetapi juga di laman web Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle-Brown, di The Edge (sebelum perdana menteri ketika itu Najib Razak cuba menutupnya), dan melalui The Wall Street Journal serta The New York Times.


Jadi saya tidak fikir saya akan mengetahui banyak apabila saya mendapat salinan awal buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World'. Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu itu.


Tetapi saya silap.



SELANJUTNYA BACA DI SINI

Tok Mat Hassan Tak Layak Lawan Anwar Ibrahim - Zaharin


Thursday, September 13, 2018

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi': Bekas perdana menteri dedah surat dan dokumen pemindahan wang yang didakwa jadi bukti membersihkan namanya.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beberapa
dokumen yang didakwa akan membersihkan namanya di tengah-tengah
pertuduhan terhadap beliau.

Najib memuat naik salinan sepucuk surat pada hantaran Facebooknya
yang dikatakan daripada putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud
dan dokumen mesej "Swift" antara bank.

Beliau berkata Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah
menyediakan untuk dirinya dan Malaysia berbagai bantuan termasuklah
derma kewangan tetapi meminta hal tersebut dirahsiakan.

"Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri dan Raja Abdullah telah
mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen
berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi
dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian
besar darinya.

Derma Arab Saudi

"Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama," tulis beliau.

Najib berkata pada masa akan datang beliau bakal menjawab lebih
banyak isu-isu secara terperinci dalam wawancara media atau hantaran
Facebooknya, termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank yang
sama pada 2013.

Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, beliau bertegas RM2.6 bilion di dalam akaunnya itu merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hantaran di Facebooknya itu, Najib menunjukkan sepucuk surat
dengan kepala surat bertulis pejabat peribadi “Prince Saud Abdulaziz
Majid al-Saud’s” tetapi bertandatangan “Prince Saud Abdulaziz
Al-Saud’s.”

Surat itu bertarikh 1 Februari, 2011 dan berjanji untuk memberikan
AS$100 juta kepada Najib bagi digunakan mengikut kesesuaian dalam
menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap dunia Islam,
seperti memperkenalkan semula nilai-nilai Islam ke seluruh dunia dan
melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Surat itu seakan sama dalam bentuk dan lenggok ayatnya dengan sepucuk surat yang didedahkan agensi penyiaran ABC Australia, tetapi surat yang ditunjukkan penyampai ABC itu bertarikh 1 November 2011 dan berjanji memberikan AS$375 juta.

Penyiaran ABC juga melaporkan Putera Abdulaziz Majid
telah berjanji berbagai jumlah tunai pada beberapa waktu, daripada
AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Dokumen lain yang dimuat naik Najib hari ini adalah empat mesej
perkhidmatan kewangan Swift yang memperincikan urusan transaksi pindahan
wang ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking pada 2011, berjumlah
hampir AS$100 juta.

Dua dokumen menamakan “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud”
sebagai pengirim wang, berjumlah AS$20 juta. Transaksi ini dibuat pada
23 Februari 2011 dan 10 Jun 2011, masing-masing sebanyak AS$10 juta.

Bagaimanapun, tidak jelas "Putera Faisal" daripada salasilah keluarga diraja Arab Saudi yang mana.

Terdapat Putera Faisal bin Bandar yang merupakan Gabernor Riyadh
sekarang dan Putera Faisal bin Turki, pengasas NGO alam sekitar pertama
negara itu, the Global Strategic Studies Institute, tetapi tiada rujukan
dapat ditemui berkenaan Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam pemfailan saman di
mahkamah mendakwa bank akaun Najib menerima AS$10 juta pada tarikh yang
sama sebagaimana transaksi Faisal pada 2011 itu.

Bagaimanapun, DOJ berkata wang itu datang daripada bank akaun atas
nama “Saudi Associates 1 & 2” yang dimaklumkan sebagai warga negara
Arab Saudi yang merupakan rakan niaga kepada Low Taek Jho dan sekutu Low
serta proksi Eric Tan.

DOJ kata duit di dalam bank akaun di Arab Saudi itu berasal daripada
1MDB dan telah diselewengkan dalam tempoh skandal yang dijuluki "Fasa
Good Star."

Sementara itu, dua lagi dokumen yang disediakan Najib menamakan
Kementerian Kewangan Arab Saudi sebagai sumber danan itu, berjumlah
hampir AS$80 juta.

Najib berkata hadiah derma wang ini merupakan tambahan berbagai hadiah lain yang tidak ternilai seperti kain kiswah Kaabah.

"Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain
kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja
Abdullah (gambar) pada 2010 di mana baginda turut meminta agar
ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya
dengan pembiayaan.

"Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat
2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara
sekutu Arab Saudi.

"Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak
membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang
banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling
tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

"Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu
kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga
negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

"Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011,
baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi
kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan,
sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan.

"Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan," katanya.



BACA:



SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion



Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh



Najib muncul dalam dokumentari BBC tentang korupsi Arab Saudi 



Operasi besar antirasuah di Saudi, 11 putera ditangkap 







Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi

Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi: Menurut wakil Almarhum Raja Abdullah, ia disalur secara berperingkat, sama ada dari akaun banknya atau sumber lain seperti Tanore Finance Corporation, kata Najib.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan wang berjumlah AS$681 juta
- atau RM2.6 bilion - dalam akaun peribadinya adalah daripada Almarhum
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, dan bukannya bersumberkan 1MDB.


Beliau berkata wang tersebut dipohonnya sebagai "dana luar jangka"
atas tanggungjawabnya untuk mencari dan menguruskan dana Umno selaku
presiden parti itu.


Katanya, beliau memohon bantuan itu bagi berdepan risiko pembangkang
ketika itu membeli anggota parlimen BN pada PRU ke-13, seperti percubaan
gagal "16 September 2008".


"Saya menerima laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau
Pinang sejak PRU ke-12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari
sumber dalam dan luar negara.


"Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008)
besar kemungkinan akan berulang pada PRU13," katanya dalam satu hantaran
panjang di Facebook, hari ini.


Justeru, katanya, beliau telah memohon bantuan Raja Abdullah pada awal 2013 dan beliau setuju.


Katanya, menerusi surat wakil Almarhum, Putera Abdulaziz Al-Saud,
bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat sama ada daripada
akaun bank Raja Abdullah atau sumber-sumber lain, termasuk Tanore
Finance Corporation.


"Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Wall Street Journal, wang daripada Tanore adalah dari 1MDB.


"Tetapi (menurut) Putera Abdulaziz inilah yang selama ini mewakili
Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya, termasuk pada
tahun 2011 dan 2012.


"Pada masa itu tiada sebab untuk saya atau bank menyoal atau
menyelidik sangat mendalam bagi mengenal pasti sumbernya, apatah lagi
wang itu diiringi surat wakil Raja Abdullah," katanya lagi.


Transaksi daripada Tanore - atau Fasa Tanore - dilaporkan berlaku
antara Mac hingga April 2013. DOJ mendakwa sumber dana Tanore daripada
bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu usaha
sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).


Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Long,
dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali
sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.



Baca: Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib



Kata Najib lagi, beliau memilih untuk memohon bantuan Arab Saudi
kerana enggan meminta bantuan taikun tempatan "sebagaimana dilakukan
perdana menteri keempat".


"Jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang
bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan
kronisme," katanya.


Beliau berkata sekian lama tidak mendedahkan sumber wang itu dan
tujuannya - walaupun ia menjadi senjata pembangkang ketika itu - sebagai
menghormati permintaan Raja Abdullah agar ia dirahsiakan.


"(Selain itu) Patutkah saya sebagai perdana menteri ketika itu
dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada aktiviti membeli ahli parlimen
dalam demokrasi Malaysia?" katanya lagi.

Tiada tuntutan keatas sitaan wang, barang berharga berkaitan Najib - Polis


 

2018-09-13 20:05:37

Pihak polis
belum menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak
berhubung sitaaan wang tunai bernilai RM114 juta dan barang berharga
yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sebelum ini, Najib mendakwa wang tunai
berkenaan milik Umno dan sedang dalam proses dipindahkan kepada
kepimpinan baru berikutan peletakan jawatannya sebagai presiden parti.

Rashid
juga berkata bahawa unit anti pengubahan wang haram Bukit Aman telah
mengenal pasti beberapa beg dan jam tangan yang disyaki diperolehi
dengan menggunakan hasil daripada wang haram.

Dalam beberapa
serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada awal bulan Mei,
polis merampas wang tunai, beg dan jam tangan aksesori mewah, yang
dianggarkan bernilai lebih RM1.1 bilion pada harga pasaran.


Walaupun
Najib mendakwa wang tunai itu milik Umno, kebanyakan barangan berkenaan
dikaitkan dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walau
bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Rosmah pada Ogos lalu mendakwa
bahawa kurang daripada separuh barang yang disita itu adalah miliknya.

Read more at https://www.kinitv.com/video/65523O74#1qQayPK28iSteo0V.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...