Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, September 13, 2018

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi': Bekas perdana menteri dedah surat dan dokumen pemindahan wang yang didakwa jadi bukti membersihkan namanya.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beberapa
dokumen yang didakwa akan membersihkan namanya di tengah-tengah
pertuduhan terhadap beliau.

Najib memuat naik salinan sepucuk surat pada hantaran Facebooknya
yang dikatakan daripada putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud
dan dokumen mesej "Swift" antara bank.

Beliau berkata Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah
menyediakan untuk dirinya dan Malaysia berbagai bantuan termasuklah
derma kewangan tetapi meminta hal tersebut dirahsiakan.

"Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri dan Raja Abdullah telah
mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen
berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi
dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian
besar darinya.

Derma Arab Saudi

"Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama," tulis beliau.

Najib berkata pada masa akan datang beliau bakal menjawab lebih
banyak isu-isu secara terperinci dalam wawancara media atau hantaran
Facebooknya, termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank yang
sama pada 2013.

Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, beliau bertegas RM2.6 bilion di dalam akaunnya itu merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hantaran di Facebooknya itu, Najib menunjukkan sepucuk surat
dengan kepala surat bertulis pejabat peribadi “Prince Saud Abdulaziz
Majid al-Saud’s” tetapi bertandatangan “Prince Saud Abdulaziz
Al-Saud’s.”

Surat itu bertarikh 1 Februari, 2011 dan berjanji untuk memberikan
AS$100 juta kepada Najib bagi digunakan mengikut kesesuaian dalam
menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap dunia Islam,
seperti memperkenalkan semula nilai-nilai Islam ke seluruh dunia dan
melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Surat itu seakan sama dalam bentuk dan lenggok ayatnya dengan sepucuk surat yang didedahkan agensi penyiaran ABC Australia, tetapi surat yang ditunjukkan penyampai ABC itu bertarikh 1 November 2011 dan berjanji memberikan AS$375 juta.

Penyiaran ABC juga melaporkan Putera Abdulaziz Majid
telah berjanji berbagai jumlah tunai pada beberapa waktu, daripada
AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Dokumen lain yang dimuat naik Najib hari ini adalah empat mesej
perkhidmatan kewangan Swift yang memperincikan urusan transaksi pindahan
wang ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking pada 2011, berjumlah
hampir AS$100 juta.

Dua dokumen menamakan “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud”
sebagai pengirim wang, berjumlah AS$20 juta. Transaksi ini dibuat pada
23 Februari 2011 dan 10 Jun 2011, masing-masing sebanyak AS$10 juta.

Bagaimanapun, tidak jelas "Putera Faisal" daripada salasilah keluarga diraja Arab Saudi yang mana.

Terdapat Putera Faisal bin Bandar yang merupakan Gabernor Riyadh
sekarang dan Putera Faisal bin Turki, pengasas NGO alam sekitar pertama
negara itu, the Global Strategic Studies Institute, tetapi tiada rujukan
dapat ditemui berkenaan Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam pemfailan saman di
mahkamah mendakwa bank akaun Najib menerima AS$10 juta pada tarikh yang
sama sebagaimana transaksi Faisal pada 2011 itu.

Bagaimanapun, DOJ berkata wang itu datang daripada bank akaun atas
nama “Saudi Associates 1 & 2” yang dimaklumkan sebagai warga negara
Arab Saudi yang merupakan rakan niaga kepada Low Taek Jho dan sekutu Low
serta proksi Eric Tan.

DOJ kata duit di dalam bank akaun di Arab Saudi itu berasal daripada
1MDB dan telah diselewengkan dalam tempoh skandal yang dijuluki "Fasa
Good Star."

Sementara itu, dua lagi dokumen yang disediakan Najib menamakan
Kementerian Kewangan Arab Saudi sebagai sumber danan itu, berjumlah
hampir AS$80 juta.

Najib berkata hadiah derma wang ini merupakan tambahan berbagai hadiah lain yang tidak ternilai seperti kain kiswah Kaabah.

"Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain
kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja
Abdullah (gambar) pada 2010 di mana baginda turut meminta agar
ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya
dengan pembiayaan.

"Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat
2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara
sekutu Arab Saudi.

"Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak
membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang
banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling
tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

"Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu
kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga
negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

"Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011,
baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi
kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan,
sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan.

"Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan," katanya.



BACA:



SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion



Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh



Najib muncul dalam dokumentari BBC tentang korupsi Arab Saudi 



Operasi besar antirasuah di Saudi, 11 putera ditangkap 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...