Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, September 13, 2018

Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi

Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi: Menurut wakil Almarhum Raja Abdullah, ia disalur secara berperingkat, sama ada dari akaun banknya atau sumber lain seperti Tanore Finance Corporation, kata Najib.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan wang berjumlah AS$681 juta
- atau RM2.6 bilion - dalam akaun peribadinya adalah daripada Almarhum
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, dan bukannya bersumberkan 1MDB.


Beliau berkata wang tersebut dipohonnya sebagai "dana luar jangka"
atas tanggungjawabnya untuk mencari dan menguruskan dana Umno selaku
presiden parti itu.


Katanya, beliau memohon bantuan itu bagi berdepan risiko pembangkang
ketika itu membeli anggota parlimen BN pada PRU ke-13, seperti percubaan
gagal "16 September 2008".


"Saya menerima laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau
Pinang sejak PRU ke-12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari
sumber dalam dan luar negara.


"Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008)
besar kemungkinan akan berulang pada PRU13," katanya dalam satu hantaran
panjang di Facebook, hari ini.


Justeru, katanya, beliau telah memohon bantuan Raja Abdullah pada awal 2013 dan beliau setuju.


Katanya, menerusi surat wakil Almarhum, Putera Abdulaziz Al-Saud,
bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat sama ada daripada
akaun bank Raja Abdullah atau sumber-sumber lain, termasuk Tanore
Finance Corporation.


"Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Wall Street Journal, wang daripada Tanore adalah dari 1MDB.


"Tetapi (menurut) Putera Abdulaziz inilah yang selama ini mewakili
Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya, termasuk pada
tahun 2011 dan 2012.


"Pada masa itu tiada sebab untuk saya atau bank menyoal atau
menyelidik sangat mendalam bagi mengenal pasti sumbernya, apatah lagi
wang itu diiringi surat wakil Raja Abdullah," katanya lagi.


Transaksi daripada Tanore - atau Fasa Tanore - dilaporkan berlaku
antara Mac hingga April 2013. DOJ mendakwa sumber dana Tanore daripada
bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu usaha
sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).


Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Long,
dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali
sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.



Baca: Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib



Kata Najib lagi, beliau memilih untuk memohon bantuan Arab Saudi
kerana enggan meminta bantuan taikun tempatan "sebagaimana dilakukan
perdana menteri keempat".


"Jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang
bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan
kronisme," katanya.


Beliau berkata sekian lama tidak mendedahkan sumber wang itu dan
tujuannya - walaupun ia menjadi senjata pembangkang ketika itu - sebagai
menghormati permintaan Raja Abdullah agar ia dirahsiakan.


"(Selain itu) Patutkah saya sebagai perdana menteri ketika itu
dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada aktiviti membeli ahli parlimen
dalam demokrasi Malaysia?" katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...