Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 13, 2016

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man @ PAS tolak cadangan Muhyiddin, tak mahu DAP dan AMANAH

                           
Dec 12, 2016
Ceramah Mega Rakyat telah berlangsung di Paya Jaras, Selangor pada 12 Disember 2016. Ribuan rakyat telah hadir ke ceramah ini yang terdiri dari pelbagai bangsa. 

PAS tolak cadangan Muhyiddin, tak mahu DAP dan AMANAH
 http://mk-cdn.mkini.net/1066/9d92bb8198f9f2fe422a7a63b317ac94.jpg  
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.
Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.
"Kita tidak ada hubungan dgn DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan," ujar beliau semasa ditemui pemberita.
Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.
"Ya, itu syarat compulsory (wajib).
"Setiap kali kita tanding, PAS korbankan kerusi, ok, enough is enough (Cukup-cukuplah).
"No compromy (Tiada kompromi), kerusi PAS kena hormat, kamu boleh bincang dia boleh bincang, kerusi lain, PAS tak ambil semua kerusi, kita tanding pun 70 kerusi dulu," katanya.
Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.
Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS akan kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya.
[Baca berita penuh]

Monday, December 12, 2016

'Pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya: Memperkuat Undang-undang di Malaysia ".

'Asing peranan pendakwaraya dari AG untuk elak konflik':
Ini kerana pertindihan kedua-dua peranan itu menyebabkan masalah dan konflik kepentingan, kata Ideas.
 http://mk-cdn.mkini.net/902/43a1e3f26e93ce0ab61323cc4bf73126.jpg 
Sebuah badan pemikir menggesa pengasingan peranan peguam negara sebagai penasihat kerajaan dan pendakwa raya kerana kedua-dua peranan itu menyebabkan masalah dan konflik kepentingan.
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) membuat gesaan itu melalui kertas terbaru bertajuk 'Pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya: Memperkuat Undang-undang di Malaysia ".
"Apabila (Tan Sri) Abdul Gani Patail disingkir sebagai peguam negara semasa siasatan 1MDB terdapat bantahan awam yang besar.
"Terdapat peningkatan kebimbangan orang ramai mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi bagi memastikan bahawa keadilan dikuatkuasakan dengan adil dan saksama.
"Ia tidak begitu banyak mengenai AG tetapi tentang peranan Pendakwa raya. Tetapi dalam kes ini, kedua-duanya keliru kerana jawatan itu dipegang oleh orang yang sama," kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan .
Beliau berkata dua pertindihan peranan itu pada masa ini menyebabkan konflik kepentingan terutama dalam kes-kes di mana peguam negara perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa kes terhadap kerajaan.
"Bagaimana seseorang peguam juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa anak guamnya?" soal beliau.
[Baca berita penuh]

Mahathir lawan cita-cita Bangsa Johor

Mahathir lawan cita-cita Johor
ULASAN Suatu ketika dulu kami beri ruang untuk Mahathir jadikan Malaysia negara berjaya.
http://mk-cdn.mkini.net/1034/db5f1f51618101a69c2cae85e3d1c6ad.jpg
ULASAN Saya merujuk entri terbaharu Tun Dr Mahathir dalam blog beliau, chedet.cc bertarikh 6 Disember 2016.
Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi sebagai tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.
Untuk rekod, dakwaan Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.
Dakwaan melulu Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas, malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dan mana-mana sumber yang sahih.

Pemilikan hartanah oleh kepentingan asing
Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit. Angka tersebut adalah bagi pemilikan hartanah jenis bertanah (landed property) dan strata.
Jumlah pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor, iaitu sebanyak 1,452,931 unit.
Sekiranya kita mengambil kira empat orang bagi setiap unit hartanah, berdasarkan anggaran Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.
Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti didakwa Mahathir.
Malah dalam entri terbaharunya, Mahathir menganggarkan Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. Jelas Mahathir tidak konsisten dengan angka yang digunakannya.
Percanggahan angka tersebut dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat jahat untuk mengelirukan rakyat.

Pemberian kerakyatan Malaysia
Mahathir yang pernah menjadi seorang perdana menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.
Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti kerajaan dalam pelbagai aspek.
Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di negara ini begitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.
Kita juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di dalam negara, untuk layak memohon kerakyatan Malaysia. Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi sebarang keistimewaan dalam proses memohon status kewarganegaraan.
Mahathir perlu bersikap objektif dengan hakikat bahawa membuka peluang untuk pemilikan hartanah oleh warga asing di negara kita sama sekali berbeza dengan memberi kerakyatan Malaysia kepada mereka.
Jika sekalipun beliau mempunyai bukti sahih daripada sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan Malaysia dalam masa terdekat, beliau boleh sahaja merujuk perkara tersebut kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini kerana Muhyiddin masih lagi seorang anggota parlimen dan boleh membawa usul tergempar mengenai perkara itu di parlimen.

Laporan negatif media Barat
Saya juga amat kesal dengan sanjungan tinggi dan sikap pilih bulu Mahathir terhadap segala laporan media barat.
Apabila Bloomberg melaporkan sesuatu yang negatif mengenai negara, Mahathir memilih untuk merujuk dan mempercayai laporan berkenaan tanpa usul periksa.
Sebagai seorang negarawan bagi Malaysia yang moden, beliau pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang telah beliau perkenalkan.
Apakah Mahathir lupa tentang serangan konsisten dan sistematik media barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya serta pembinaan Menara Berkembar Petronas Twin Tower? Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat.
Begitu juga sewaktu Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menerima preskripsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan sewaktu Mahathir menyingkirkan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, amatlah wajar untuk Mahathir, sebagai seorang yang sangat patriotik kepada tanah air, untuk mengambil pendirian dengan meminta penjelasan objektif daripada kerajaan Johor. Benarkah ada 60 projek yang boleh diduduki seramai 1.5 juta warganegara asing?
Malah, sekalipun terdapat sehingga 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru seperti yang didakwa beliau, mana mungkin dapat diterima oleh akal yang ia akan dihuni oleh 1.5 juta warganegara asing. Jumlah kependudukan Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan satu juta sahaja.
Dan jika mengikut perkiraan Mahathir itu, ia bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni. Jumlah tersebut amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada lazimnya memuatkan hanya setakat 2,000 hingga 2,500 penghuni sahaja.
Hakikat yang perlu diterima oleh Mahathir adalah media asing akan terus ragu dengan apa jua kemajuan yang terlihat di Johor dan Malaysia. Bagi mereka, Malaysia yang berjaya adalah di luar kelaziman.

Meneroka peluang pertumbuhan baharu
Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Johor perlu terus meneroka serta membongkar peluang pertumbuhan baharu dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor hartanah dan perumahan.
Ini bagi memastikan pertumbuhan pesat itu dapat disokong dengan pelbagai kemudahan, sekali gus memastikannya berlaku dengan terancang dan mapan.
Malah inilah juga yang telah dilakukan oleh Mahathir sewaktu memimpin negara suatu ketika dahulu. Mahathir melawat ke seluruh dunia, meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang dan projek.
Jadi apa yang kami lakukan di Johor adalah meneruskan formula pertumbuhan yang ditunjukkan oleh Mahathir sendiri.
Pada masa yang sama, dasar kemasukan pelaburan terus asing kita tidak pernah bersifat terpilih. Tidak ada ada negara yang menjadi keutamaan. Mana-mana pelaburan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia amat dialu-alukan dan ini termasuk dari China. Saya ingin jelaskan mengapa pelaburan dari China sangat terlihat di Johor.
Pertama ialah kerana China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah dalam sedikit masa lagi, ia akan menjadi kuasa ekonomi utama global.
Justeru, adalah munasabah melihat pelaburan China di Malaysia lebih terserlah. Pergilah ke mana jua, termasuk di Afrika dan Amerika Latin, pelaburan dari negara itulah yang telah menjadikan ekonomi benua-benua itu tumbuh dengan dinamik.
Kedua, China mempunyai kelas menengah seramai 250 juta orang. Ini adalah jumlah kelas menengah yang terbesar di dunia, malah hampir menyamai jumlah penduduk Amerika Syarikat.
Peningkatan secara mendadak semenjak 10 tahun lepas telah mewujudkan keinginan dan minat yang tinggi di kalangan rakyat negara Tembuk Besar itu untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar negara.
Malah rakyatnya adalah pelabur dalam hartanah yang paling besar di Australia, Portugal, Paris, California, Dubai, Abu Dhabi, Singapura dan banyak lagi kota raya besar di dunia.
Ini adalah fenomena global dan adalah wajar untuk pelbagai usaha dilakukan, lebih-lebih oleh pihak swasta dalam menarik pelaburan dari China, khususnya ke Johor. Apatah lagi, Johor hanyalah bersebelahan dengan Singapura.
Adalah sangat tersasar untuk menyatakan hartanah di Johor hanya untuk pelabur dari China. Sedangkan semua pemaju yang beroperasi di Johor tidak menumpukan rakyat China semata-mata.
Strategi pemasaran mereka bersifat global termasuk termasuk menerusi pengiklanan stesen penyiaran paling berpengaruh dunia, CNN. Sasaran mereka pastinya turut mengambil kira potensi pelaburan dari pelbagai kewarganeraan termasuk Indonesia, India, Korea, Jepun dan Australia.
Pada saya, telahan Mahathir dalam isu ini, tidak ubah seperti kecaman tidak berasas yang sering dilakukan oleh DAP ke atas Johor. Semuanya kelihatan seakan-akan tidak senang untuk melihat kejayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh seluruh warga Johor.

Dasar ‘Malaysia My Second Home Program’
Malaysia juga memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di sini.
Dasar itu turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing mengikut kadar dan syarat-syarat ketat tertentu yang telah ditetap dan disemak dari semasa ke semasa.
Ia mahu menjadikan Malaysia lebih kosmopolitan dengan menawarkan kualiti kehidupan yang setanding dengan negara maju, tetapi dengan keunikan tersendiri.
Dasar tersebut diperkenalkan sejak era pentadbiran Mahathir sendiri dan kini diteruskan oleh pentadbiran semasa negara.
Apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar tersebut. Kita mahu menjadikan Johor Bahru destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarakat global.
Bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi!
Lihat sahaja ratusan ribu pemilik hartanah di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, Melbourne, Sydney. Mereka hadir dengan memberi nilai tambah kepada semua kota-kota besar tersebut.
Mereka menjadikan kota-kota itu maju dan berdaya saing, bukan sahaja melalui pelaburan, tetapi juga melalui kehadiran, pengetahuan, gaya hidup, keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.
Johor Bahru mesti menjadi sebahagian dari cerita kejayaan global. Dan ia tidak akan sekali-kali digagalkan oleh rakus permainan politik Mahathir dan sekutunya.
Untuk Mahathir, berilah ruang untuk Johor menjayakan cita-citanya menjadikan selatan tanah air ini moden, sejahtera dan maju. Seperti suatu ketika dahulu, kami memberi ruang untuk Mahathir menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN menteri besar Johor.

'Sistem pemerintahan beraja M'sia, England tak sama'

'Sistem pemerintahan beraja M'sia, England tak sama':
'Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu.'
http://mk-cdn.mkini.net/950/41729c6332c55d4799bbaff5afb9b613.jpg 
 
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia, adalah umpama payung yang menaungi rakyat dan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan fahaman di negara ini.
Pada 14 Okt yang lepas, Majlis Raja-Raja telah memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.
http://mk-cdn.mkini.net/1046/4874fc915f71eefc4d73b2d6f0c0e496.jpg 

Rakyat Kelantan iringi keberangkatan Sultan Muhammad V

Rakyat Kelantan akan berbaris di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, esok.

Baginda, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bakal menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada hari ini.

http://mk-cdn.mkini.net/868/3528c2b79eaa775fbfd076a75dc497b7.jpg

Istiadat keberangkatan balik Tuanku Abdul Halim simbolik

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas penuh istiadat diraja pada 8.20 pagi.


http://mk-cdn.mkini.net/983/6dfce9a47daf2653ad05151e088f7eb5.jpg

Perpaduan amat berharga, tak boleh dijual beli - Agong

"Jika yang retak menjadi belah dan genting menjadi putus, segalanya yang terbina selama 60 tahun ini, akan hancur binasa dan tidak ada ertinya lagi"
11 Dis 2016
Sehubungan itu, bagi menyempurnakan proses penerimaan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan mengangkat sumpah jawatan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Baginda akan melafaz sumpah itu dengan disaksikan Raja-raja Melayu dalam satu Mesyuarat Majlis Raja-raja (Khas) di Istana Negara pada esok, 13 Disember ini.

Menurut Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, kebanyakan perkara dalam proses pertabalan seperti ucapan 'Daulat Tuanku', jumlah pengiring, dan sebagainya, adalah perkara adat atau protokol.

"Apa yang dituntut oleh perlembagaan bagi menyempurnakan pelantikan (Yang di-Pertuan Agong) ialah sumpah jawatan seperti yang tertera dalam perkara 37, Bahagian Tiga, Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan," kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu kepada Bernama baru-baru ini.

Sumpah itu merangkumkan secara keseluruhan tanggungjawab besar yang dipikul Yang di-Pertuan Agong, yakni meliputi empat perkara iaitu:

*mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada dan akan datang;
*menegakkan kedaulatan undang-undang;
*menjalankan pemerintahan dengan adil dan aman;
*memelihara agama Islam.

Shamrahayu berkata peranan baginda diramal akan lebih menyerlah pada masa hadapan berikutan situasi masa kini yang semakin mencabar.

"Mungkin sebelum ini rakyat tidak nampak fungsi Yang di-Pertuan Agong itu dalam keadaan politik yang stabil.

"Bagaimanapun keadaan dahulu berbeza daripada sekarang, situasi perpaduan orang Melayu telah berbeza, begitu juga perpaduan antara kaum, turut berbeza.

"Saya fikir penyerlahan peranan dan kuasa raja itu akan berlaku lebih besar lagi pada masa akan datang, mengikut kehendak perlembagaan," kata beliau.

Katanya kedudukan Yang di-Pertuan Agong sering disalah tafsir sebagai simbol adat semata-mata.

Malah ramai yang menyamakan sistem pemerintahan beraja di tanahair dengan sistem pemerintahan beraja di England.
Shamrahayu menafikan dakwaan itu.

"Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu.

"Ini berbeza dengan sistem raja berpelembagaan di negara kita yang telah ditulis dalam perlembagaan.

"Bermakna, kalau kita ada perlembagaan bertulis, kita kena ikut perlembagaan bertulis itu, dan ia adalah undang-undang tertinggi negara," katanya.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam cabang eksekutif baginda mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri dan tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Menghuraikan perkara itu, Shamrahayu berkata perlembagaan tidak menetapkan sebarang syarat pada Yang di-Pertuan Agong, misalnya dalam menjalankan fungsinya melantik Perdana Menteri, untuk membuktikan bahawa pilihan baginda benar-benar meraih sokongan majoriti Anggota Parlimen.

"Biasanya orang faham bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

"Betul, baginda boleh bertindak atas nasihat Perdana Menteri, tetapi ada perkara-perkara di mana Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut hemat baginda sendiri, menurut peruntukan perlembagaan," katanya.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Bagi cabang kehakiman pula, Yang di-Pertuan Agong berperanan besar dalam melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim lain berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

Baginda juga diberi kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Yang di-Pertuan Agong turut berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, selain memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Baginda sendiri.

"Kita mempunyai perlembagaan yang meletakkan raja sebagai Ketua Utama Negara dan memberikan setengah-setengah kuasa kepada baginda.

"Pada masa yang sama kita ada kerajaan demokrasi. Dua sistem ini sepatutnya mengimbangi antara satu sama lain," tegas Shamrahyu.
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Apabila genap tempoh itu, baginda hendaklah turun dari takhta dan akan digantikan oleh seorang raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang sama.

Menurut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan seseorang Raja adalah layak untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika:

*ia adalah seorang remaja, atau
*telah diberitahu kepada Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja bahawa ia tidak berkehendak dipilih, atau
*Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa ia adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh kerana apa-apa sebab yang lain.

Dalam proses pemilihan, Majlis Raja-Raja terlebih dahulu akan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang negerinya ialah pertama dalam senarai pemilihan.

Jika raja itu tidak menerima jawatan berkenaan, Majlis Raja-Raja dikehendaki menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negerinya selepas negeri pertama dalam senarai pemilihan, dan seterusnya, sehinggalah seorang Raja menerima jawatan itu.

Raja-raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintahan Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.

Ini adalah kali kedua Sultan Kelantan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Al Marhum Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam pada 1976 hingga 1979.

"Harapan kita sebagai rakyat tentulah supaya Yang di-Pertuan Agong akan memayungi seluruh warga Malaysia untuk kemakmuran negara, dari segi perpaduan kaum, ekonomi, dan kesejahteraan politik.

"Dan yang utama juga adalah perpaduan dalam golongan agamawan.

"Kita mengharapkan takhta Yang di-Pertuan Agong akan menjadi titik rujukan untuk orang Islam bersatu," kata Shamrahayu.

- Bernama

Jelajah Keretapi Tenom

                       
Sep 9, 2012
*Maaf jika anda pening ketika melihat video ini...amatur sangatt lagipun majoriti shot dari atas train. :)

Siri menaiki keretapi Sabah yang bermula dari Beaufort ke Tenom melalui beberapa hentian dan terminal kecil seperti Saliwangan Baru, Halogilat, Rayoh & Pangi. Rayoh & Pangi merupakan hentian utama pelancong untuk aktiviti lasak water rafting & canoeing di Sungai Padas. Pengalaman yang patut dicuba memandangkan sistem pengangkutan ini masih menggunakan cara lama. 


May 16, 2011
Sabahkini.net - Saksikan aksi 'stunt' yang sentiasa dihadapi oleh pelancong-pelancong ke Tenom, Sabah demi menikmati 'White Water Rafting' di Pangi. Masalah ini menghantui Ahli Parlimen Tenom, YB. Datuk Raime Unggi. Beliau lantang menyuarakan ketidakpuasan 'hal keretapi' ini pada pihak kerajaan. Syabas YB!

Aug 15, 2016
Pengalaman pertama ketika menggunakan perkhidmatan keretapi negeri sabah dengan jarak terjauhnya dari stesen Tenom ke stesen Tanjung Aru.. bertolak seawal 7.30 pagi dari Tenom akhirnya saya tiba di pusat bandar Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tengahari.. 6 jam dalam train memang buat saya pening, tapi satu pengalaman yang seronok.. hahaa..

Sep 1, 2016
The experience walking on a railway track for interchanged between two different trains during the maintenance for upgrading the current railway.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...