Habis,balun boss Khalid MB kuat sangat kena buang lar dulll
- Azmin Ali
SHAH ALAM – Isu pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
kini semakin hangat apabila ura-ura sejak Oktober lalu menyatakan
Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal digugurkan dari memegang
jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS mewakili komponen parti PKR untuk
penggal ini bakal terjawab.
Menurut sumber, PKNS telah menghantar surat kepada Azmin memberitahu
beliau tidak dipilih semula menganggotai ahli Lembaga Pengarah PKNS
untuk penggal baru, kira- kira jam 11 pagi semalam.
Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab 'Ya' ketika ditanya mengenai perkara itu.
Selain Azmin, wakil komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dipilih
menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ialah bekas Adun Kinrara, Teresa
Kok mewakil DAP manakala Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili
Pas.
Menurut sumber dari PKNS, Menteri Besar yang juga Pengerusi PKNS, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga
Pengarah PKNS pada 20 Januari ini, di mana mesyuarat ini amat
dinanti-nantikan bagi merungkai persoalan barisan pengurusan baru yang
dirombak.
Sumber berkata, dijangkakan Abdul Khalid akan membuat pengumuman rasmi
dua keputusan besar dalam mesyuarat tersebut iaitu pelantikan pengurus
besar PKNS yang baharu dan pengumuman wakil komponen Pakatan Rakyat yang bakal menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal ini.
Katanya, DAP dijangka akan mengumumkan wakil baharunya sebagai Ahli
Lembaga Pengarah PKNS menggantikan Teresa yang digugurkan secara
automatik kerana sudah tidak menjadi wakil rakyat di Selangor.
Mengenai jawatan pengurus besar, Pengurus Besar PKNS, Omar Othman
sebelum ini menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui kontrak beliau
yang bakal berakhir 31 Januari ini. Difahamkan Othman telah menghantarsurat itu kepada pejabat Menteri Besar.
Status mengenai individu yang bakal menerajui PKNS sehingga kini masih
menjadi tanda tanya selagi Menteri Besar belum membuat pengumuman rasmi.
Bagaimanapun, belum pun keputusan rasmi diumumkan, difahamkan sudah ada
pemangku Pengurus Besar PKNS iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
Darul Ehsan (KDEB), Azlan Md Alifiah dan beliau juga dikhabarkan bakal
menggantikan Othman pada Februari.
Desas-desus pengganti Othman itu didakwa diputuskan dalam mesyuarat
Menteri Besar Incorporated (MBI). Keputusan itu juga dikatakan wujud
campur tangan MBI, sedangkan PKNS bukan anak syarikat di bawahnya dan
mengikut enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), ia
seharusnya diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri ahli lembaga
pengarah perbadanan itu sendiri.
Difahamkan juga, pelantikan pengurus besar baru turut dipertikaikan
kerana jawatan Pengurus Besar PKNS perlu dipilih daripada penjawat awam
yang dilantik daripada satu jawatankuasa perjawatan yang dipengerusikan
oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukannya campur tangan MBI. SH
Satu sumber memberitahu
Malaysiakini bahawa surat yang memaklumkan kepada Azmin mengenai penggugurannya itu dihantar pada jam 11 pagi semalam.
PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah utama dan pelabur dalam perniagaan utama di Selangor.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.
Alasan yang diberikan oleh menteri besar ialah Azmin telah memulangkan
kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya
umum lepas, kata sumber itu yang mengetahui mengenai kertas exco
mengenai perkara itu.
Sambil menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai "tidak masuk akal",
sumber itu berkata, Azmin memulangkan keistimewaan itu selaras dengan
garispanduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN)
dibubarkan.
Menurut sumber itu, Abdul Khalid yang juga pengerusi PKNS, telah
mempengerusikan dua mesyuarat lembaga pengarah perbadanan itu selepas
pilihan raya umum tetapi enggan menjelaskan kedudukan Azmin dan dua
orang lagi penyandang yang dilantik oleh kerajaan.
Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian tiba-tiba meminta surat exco
mengenai kedudukan mereka dalam lembaga pengarah PKNS - ADUN Cempaka
Iskandar Abdul Samad, bekas ADUN Kinrara Teresa Kok dan Azmin - kata
sumber itu.
'Seorang penyandang dikekalkan '
Kertas exco diminta adalah kerana wujud kekaburan berhubung peraturan
mengenai tempoh tepat ahli lembaga PKNS yang dilantik dalam agensi
kerajaan negeri itu dan juga pelantikan semula mereka.

Kertas exco itu disampaikan kepada Abdul Khalid pada 13 November
tahun lalu dan beliau membuat keputusan untuk menggugurkan Azmin pada 4 Disember, kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, Iskandar, yang juga ADUN PAS di Selangor, dikekalkan dalam lembaga pengarah PKNS.
Pengguguran Kok, bekas exco kanan kerajaan negeri yang menyerah kerusi
DUN beliau di Selangor untuk memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen di
Kuala Lumpur, memang telah dijangka.
Azmin merupakan pengkritik kuat Abdul Khalid, yang menggesa menteri
besar itu supaya berbelanja untuk pembangunan dan bukannya terkumpul
rizab negeri ini yang berjumlah hampir RM3 bilion tahun lepas.
Azmin pernah meletak jawatan dalam lembaga pengarah PKNS pada tahun
2010, tetapi menafikan ia disebabkan oleh perselisihan dengan Abdul
Khalid.
Sebaliknya, beliau menegaskan ia untuk memberi laluan kepada calon-calon
yang lebih muda yang "lebih disukai" oleh menteri besar.
Pengguguran terbaru Azmin itu berlaku hanya dua bulan sebelum pemilihan
parti PKR, yang bakal menyaksikan perebutan jawatan tertinggi di
kalangan pemimpin utamanya.