Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, June 28, 2012

Wawancara Business FM, bersama Khalid Ibrahim dan Tony Pua.


SELANGOR MASIH LAGI BERRASUAH DAN PENYELEWENGAN


Thursday, June 28, 2012


Kisah Peha Yang Membuatkan Khalid Gagap TerGAGAP

 

Blog ini malas nak tulis panjang-panjang kali ni, hanya nak membenarkan para pengunjung untuk menilai dua wawancara yang dibuat Business FM, bersama Khalid Ibrahim dan Tony Pua.

Secara ringkasnya, pengacara, Zara Khan banyak bertanya tentang situasi rasuah di Selangor; dan MB mengakui bahawa SIFAR RASUAH hanyalah ‘idealisme’. Idealisme? Oleh yang demikian, apa yang nak kecoh sangat bahawa UMNO Selangor ini BERSIH, transparent dan sebagainya. MB sendiri maklumkan kepada semua, itu hanyalah idealisme. Idealnya. Tapi rasuah dan salahguna kuasa masih ada dan berleluasa.

Dalam wawancara inipun kita dapat lihat bagaimana MB sendiri tidak ‘committed’ dengan agenda pembasmian rasuah. Sebab dia tahu bahawa pejabatnya sendiri pun kecoh dengan aktiviti rasuah dan salahguna kuasa.

Mungkin MB dan SUPOL kesayangan tidak; tapi rupanya ramai watak-watak rasuah lain yang timbul sewaktu PKR memerintah Selangor ini. Baguslah.

Tony Pua sendiri maklum bahawa Kerajaan Selangor tidak bersih. Ini boleh didengar dan dilihat dalam wawancaranya dengan BFM juga.

Cantiklah tu.... Kalau MB (PKR) dan MP (DAP) sendiri mengakui bahawa mereka rasuah. Siapa kita nak nafikan....?


Wednesday, June 27, 2012

Video....Kenapa Kami Masuk UMNO Iklas Dari Ustaz Fathul Bari



Ceramah Umum: Soal Jawab Isu Semasa
Tarikh: 21/06/2012 - Khamis
Lokasi: Langkawi, Kedah
Penyampai: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Tuesday, June 26, 2012

Dinar Emas satu lagi penipuan di Kelantan ??

Manusia ni kalau pakai serban besaq bakul sekali pun belum tentu menunjukan hatinya mulia dan bersih dari membuat dosa. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui niat dan perbuatan yang tersembunyi  makhluk ciptaannya.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka
tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat
makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan
kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi).




Dinar Kelantan - penipuan Pas, Nik Aziz atau Husam?


Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam

KOTA BHARU  - Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.

Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.

Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.

“Saya ingin nyatakan di sini, jangan terpedaya dengan kenyataan bahawa KGT adalah memperkenalkan mata wang syariah kerana sejak daripada awal mata wang syariah perlu diletakkan di bawah sultan atau baitulmal.

”KGT sebenarnya ditubuhkan oleh dua orang, kemudian saya dipanggil untuk membantu sebelum saya ‘ditendang’ apabila mereka mendapati saya tidak berguna lagi.

“Syarikat ini ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan, kalau di bawah baitulmal mereka tidak boleh mendapatkan keuntungan, jadi apa KGT buat ialah menjual dinar dan dirham melalui ejen atau wakalah, sekiranya baitulmal yang menempa dinar atau dirham maka rakyat boleh membelinya pada harga kos, maka tidak ada elemen keuntungan,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud skandal salah laku pegawai kanan KGT – syarikat yang mengeluar dan mengedarkan dinar dan dirham Kelantan selepas didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Nik Mahani mendakwa, KGT juga terpaksa membayar royalti antara satu sehingga dua peratus ke atas setiap syiling yang dikeluarkan kepada sebuah pertubuhan antarabangsa kerana menggunakan logo serta mengikut piawaian pertubuhan itu.

Dakwanya lagi, peneraju pertubuhan antarabangsa itu adalah individu yang sama menjadi tulang belakang kepada KGT sebelum beliau dipecat dan dibawa masuk semula untuk jawatan tertentu.

“Pada awal dulu kami menerima cadangan yang diberikan oleh individu ini agar dinar yang ditempa adalah di bawah piawaian pertubuhan tersebut kerana diberitahu bahawa ia adalah penting untuk keseragaman syiling sebab bila kita melangkah pada cara pembayaran elektronik akan lebih memudahkan kita untuk membuat transaksi antarabanga.

“Tetapi saya rasakan kenyataan ini meleset sebab yang dipiawaikan oleh Saidina Umar al-Khattab ialah tentang keberatan dinar dan dirham dan sepanjang kerajaan berkhalifah tidak ada satu syiling yang standard untuk sesuatu khalifah dan tidak ada satu logo pun yang menjadi logo kepada kerajaan berkhalifah semasa itu.

“Ini yang telah dimanipulasikan oleh individu tertentu, saya rasakan sekiranya kita mengambil pendekatan sedemikian kita akan mengambil kesempatan ke atas orang ramai yang tidak faham cerita ini, ia semacam penjajah atas mata wang Islam yang mahu kita bangunkan,” dakwanya yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sistem kewangan Islam serta terlibat secara langsung untuk penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad.

Dakwa Nik Mahani, atas sebab-sebab tersebut beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada awal tahun ini.

“Saya berpendapat KGT telah ditubuhkan atas maksud yang diberikan arah tuju oleh ‘dua orang yang berkenaan sahaja’ dan saya dipanggil untuk beri jasa saya dan apabila keadaan bertukar saya tidak dikehendaki lagi untuk menyumbang tenaga,” dakwanya.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubung salah laku seorang pegawai kanan KGT pada penghujung Januari lalu, Nik Mahani berkata, ia diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan enggan mengulas lanjut.- Utusan Malaysia

Akhirnya Dr Che Rosli Tewas Dan Buat U-Turn Berkaitan Isu Lynas. Lynas Bahaya .... Cakap bolak balik . Lagi Bahaya pakar temberang he..he..he

Akhirnya Dr Che Rosli Tewas Dan Buat U-Turn Berkaitan Isu Lynas. 

 LYNAS BAHAYA? TAPI LAGI BAHAYA DENGAN PAKAR TEMBERANG


Sebelum ni Dr Che Rosli kata PR hanya menakut-nakutkan orang ramai apabila mengatakan Lynas adalah loji nuklear.
Sebelum ni Dr Che Rosli kata loji Lynas tidak merbahaya kerana loji tersebut hanya memproses bahan tabiee...iaitu nadir bumi.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata radiasi yang dihasilkan oleh Lynas lebih rendah daripada radiasi yang dihasilkan oleh aktivi melombong bijih.

Sebelum ni YB Che Rosli kata tidak adil membiarkan PKR memanipulasi dan menyatakan fakta yang tidak benar berkaitan loji Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata tuduhan yang dilemparkan oleh PR tentang loji Lynas tidak saintifik dan tidak akedemik langsung.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata PKR hanya menggembar-gemburkan isu Lynas dan dia sudah lama bersabar melihat tindak tanduk pemimpin PKR tersebut.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata, sebagai saintis nuklear dan sebagai ahli PAS...dia malu dengan tindak tanduk PR yang memutarbelit fakta berkaitan Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata dia tidak peduli dan tetap akan menyatakan kebenaran walaupun dengan amaran Penerangan PAS yang meminta dia tutup mulut berkaitan isu Lynas.

Dan kerana sebab-sebab itulah Dr Che Rosli tampil untuk mengingatkan rakyat dan masyarakat yang mereka tak perlu takut tentang pembinaan loji Lynas. Dalam ertikata lain...apa yang cuba disampaikan oleh Dr Che Rosli, loji Lynas itu SELAMAT.

Tapi kini, mungkin oleh kerana tekanan pihak tertentu...akhirnya Dr Che Rosli tewas. Pendirian beliau berkaitan isu Lynas berubah.

Hari ni kata Dr Che Rosli, kenyataannya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja. Secara keseluruhan...operasi Lynas adalah TIDAK SELAMAT.

Hari ni Dr Che Rosli kata Lynas adalah MERBAHAYA.

Dan paling dahsyat...

Hari ini Dr Che Rosli kata dia akan ambil tindakan undang-undang pada mana-mana pihak yang menggunakan namanya...atau lebih tepat, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa loji Lynas itu tidak merbahaya.





Aduhai busuknya cara politik Pakatan......

 

"Negara Kebajikan "pakatan haram di perkenalkan Archbishop (Ketua Paderi)

Muhasabah diri sebelum terlambat !! itulah pesan Pisau Kedah kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan politik PAS. 

Demi kuasa PAS sudah hilang maruah perjuangan sehinggakan sanggup menjadi pencacai kepada PKR dan DAP, sanggup menjadi penjilat kesalahan yang telah di lakukan PKR dan DAP, sanggup memperdagangkan Islam demi PKR dan DAP. 


ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial(Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...