'Umno runtuh, PAS perlu ke depan perjuang agenda Melayu Islam':
PAS menyifatkan krisis yang melanda Umno kebelakangan ini
telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak
berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.
Setiausaha Agung PAS telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak
berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.
Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, PAS perlu
menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.
"Kalau dulu kita
lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang Umno yang menjuarai
perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada
dalam kerajaan.
"Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan
ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti
menyebabkan struktur Umno di beberapa peringkat sudah runtuh," katanya
dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar
Presiden, di Alor Setar hari ini.
Rabu lepas, hampir keseluruhan
barisan kepimpinan Umno Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar
parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Semalam, enam lagi wakil rakyat Umno meninggalkan parti.
Ikatan longgar PAS, Umno di Dewan Rakyat
Ditanyajika perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di
dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat Umno tidak
menentukan peranan dan pendirian PAS.
"Walaupun
kita (PAS dan Umno) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan
yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan Umno pendirian kita
jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa
kerajaan.
"Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur
apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan
anggota Umno dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar
kepada kita," katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar
parti oleh pemimpin Umno itu, anggota parlimen Kota Bharu itu berkata ia
memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan
akan berlaku lagi selepas ini.
"Mana-mana parti pun apabila berada
dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai
orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang," katanya yang
turut mengalu-alukan sekiranya ada anggota Umno yang ingin menyertai
PAS.
- Bernama
No comments:
Post a Comment