PANDUAN KINI |
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini beliau hanya akan
turun dari jawatannya jika perhimpunan agung luar biasa (EGM) dipanggil
dan dua per tiga daripada perwakilan menggesanya meletak jawatan.
Walau bagaimanapun, Sinar Harian memetik Zahid sebagai berkata hal ini tidak mudah dicapai kerana terdapat perwakilan "146,000".Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini beliau hanya akan
turun dari jawatannya jika perhimpunan agung luar biasa (EGM) dipanggil
dan dua per tiga daripada perwakilan menggesanya meletak jawatan.
Dalam edisi Panduan Kini, Malaysiakini meneroka proses yang diperlukan sekiranya Umno memilih untuk memecat presidennya.
Bolehkah seorang presiden Umno dipecat?
Ya,
boleh. Menurut Fasal 19.12 Perlembagaan Umno, ahli majlis tertinggi -
termasuk presiden dan timbalan presiden - boleh dipecat dengan sokongan
dua pertiga perwakilan dalam EGM.
Secara alternatif, dua pertiga perwakilan di EGM juga boleh membubarkan seluruh majlis tertinggi.
Perkara
9.11 menyatakan bahawa jika keseluruhan majlis tertinggi meletak
jawatan pada masa yang sama, maka pengerusi tetap atau timbalannya mesti
memanggil EGM dalam tempoh 60 hari untuk memperbaharui majlis
tertinggi.
Ini mungkin akan melibatkan pemilihan semula, walaupun
tiada peruntukan khusus mengenai pemilihan semula dalam perlembagaan
Umno.
Bagaimana EGM dipanggil?
Umno boleh mengadakan EGM melalui tiga cara, mengikut Fasal 8.5 perlembagaan parti.
Ia boleh dipanggil oleh presiden, atau dengan permintaan bertulis dua pertiga anggota majlis tertinggi Umno.
Sebagai
alternatif, EGM boleh diadakan atas permintaan separuh daripada 191
bahagian Umno, jika bahagian tersebut telah mengadakan EGM untuk
membincangkan perkara itu.
Sekiranya bahagian meminta EGM diadakan, maka setiausaha agung Umno mesti memanggil EGM dalam masa 14 hari.
Pengerusi
Tetap Umno atau timbalannya boleh memanggil EGM dalam masa 28 hari,
sekiranya setiausaha agung tidak mematuhi permintaan bahagian untuk
mengadakan mesyuarat agung tergempar itu.
Jika gagal kedua-dua pilihan ini, maka bahagian boleh mengadakan EGM sendiri.
Betulkah perlu 146,000 perwakilan untuk mengadakan EGM?
Ini tidak mungkin berlaku.
Pada 2017 dan 2018, hanya 5,739 perwakilan menghadiri perhimpunan agung Umno.
Pada
tahun ini, 2,760 perwakilan merupakan anggota badan utama; manakala 993
lagi dari Wanita, 997 dari Pemuda dan 989 dari Puteri.
Apa akan jadi jika presiden dipecat?
Sekiranya
kerusi presiden Umno dikosongkan, maka Perkara 9.9 perlembagaan parti
menyatakan bahawa jawatan itu akan diisi oleh timbalan presiden
sehinggalah pemilihan parti yang akan datang.
Sekiranya pemangku
presiden bertindak meletak jawatan, maka majlis tertinggi mesti melantik
salah seorang naib presiden untuk memegang jawatan tersebut.
[Baca KiniGuide]
Panduan Kini disusun oleh ZIKRI KAMARULZAMAN.
No comments:
Post a Comment