Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 22, 2018

KERANA SAMSENG MELAYU CEROBOH KUIL @ BERSATU VS DAP VS AMANAH VS PKR


SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA SYED SADDIQ, MENTERI BELIA & SUKAN, MALAYSIA

Kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Saudara Syed Saddiq,

Saya amat gembira mengetahui bahawa, Saudara tidak masuk politik untuk, playsafe, untuk jadi pak turut ataupun untuk tidak menjadi bisu atau pekak! Tetapi, saya sedikit terperanjat saudara tidak menjadi ahli politik untuk menegakkan kebenaran dan menidakkan kemungkaran. Saudara sendiri tahu bahawa rakan sejawat Saudara, Senator P. Waythamoorthy bukanlah punca sebenar rusuhan yang berlaku tempoh hari, dan kejadian susula, termasuk insiden arwah Adib diserang oleh sekumpulan perusuh.

Tetapi, nampaknya saudara turut termasuk perangkap pembangkang, yang ingin menggunakan insiden itu untuk ‘menyerang’ kerajaan Pakatan Harapan. Di manakah ‘conscience’ saudara sebagai seorang ahli politik, yang kononya menjunjung kebenaran? Kalau benar tuduhan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang dan beberapa NGO sayap kanan terhadap Waythamoorthy, tidakkah Tun Dr Mahathir sudah mengambil tindakan terhadapnya? Atau adakah anda meragui kebijaksanaan Tun dalam mempertimbangkan perkara sedemikian?

Saya tertanya, kenapakah Saudara tidak menjawab kenyataan YB Prof Ramasamy, sejurus beliau mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari Khamis, dan terpaksa menjawab pada lewat malam Jumaat. Mungkin saudara sibuk. Tetapi, kalau saudara merujuk kepada artikel asal YB Prof Ramasamy, mungkin saudara akan faham, konteks penulisan itu. (https://www.facebook.com/145582732146661/posts/2047183655319883/)
Individu yang terjemahkan artikel tersebut, mungkin tidak memeriksa maksud perkataan “reprimand” yang digunakan oleh Prof Ramasamy dalam artikelnya. Reprimand bermaksud teguran, dan bukanya ‘tindakan’.

Bukan sahaja Prof Ramasamy, ramai juga yang bersetuju dengan pandangan bahawa Saudara harus ‘ditegur’ jika benar menyertai delegasi yang menghantar memorandum menentang seorang rakan kabinet Saudara. Sebagai seorang pendebat terkenal, saya tidak ragu bahawa saudara boleh membezakan maksud perkataan “reprimand” dan action. Saudara menulis, seolah-olah anda telah dihalang daripada bersuara. Saudara tidak dihalang bersuara; saudara bolehlah bersuara sebanyak mana yang mahu, dalam mesyuarat Kabinet. Itulah ahli politik yang matang akan buat. Bezanya, YB Afif, pemuda Amanah ataupun Datuk Kadir Jasin dengan saudara adalah, tidak seorang pun daripada mereka menganggotai kabinet, seperti saudara.

Armada, mahupun Pemuda Sosialis DAP, Pemuda Amanah atau AMK tidak sesekali dihalang daripada bersuara ataupun menyatakan pandangan mereka. Memang lantang bersuara itu identiti sesuatu sayap pemuda parti politik. Tetapi, apabila sesuatu sayap pemuda itu dinampak telah mengikut rentak yang salah, sudah menjadi tanggungjawab Ketuanya untuk membetulkan mereka. Saudara, boleh membawa terus anak muda tersebut berjumpa dengan rakan sejawat saudara, Senator P. Waythamoorthy untuk mendengar penjelasanya sendiri. Kenapa saudara tidak berbuat demikian?Saudara dan rakan seperjuangan saudara dari Armada juga turut terikut rentak pembangkang yang ingin memainkan sentimen perkauman dan agama, untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia, dan melemahkan Pakatan Harapan. Armada bukanya sayap pemuda parti pembangkang, saudara. Kita, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan kerosakan dan menolak fitnah dan penipuan.

Saya amat setuju dan menyokong pendirian saudara untuk terus “berani bersuara”. Saya memang faham situasi saudara; Saudara hanyalah ingin menggunakan peluang ini untuk menjadi “hero”. Itu bukanya satu masalah; saudara boleh menjadi hero golongan belia jika saudara betul-betul berani bersuara dalam isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan para belia di negara kita. Ada banyak isu yang memerlukan keberanian saudara untuk diperjuangkan, seperti kekurangan rumah harga mampu milik kepada golongan belia, kekurangan pekerjaan untuk golongan muda, gaji permulaan yang rendah untuk graduan. Isu-isu itu akan menjadikan saudara sebagai seorang hero sebenar.

Bercakap tentang keberanian, saya juga akan tabik Saudara, jika saudara mempunyai keberanian untuk melawan penipuan dan permainan politik pembangkang, dengan menegakkan kebenaran dalam isu ini. Saya akan tabik saudara, jika saudara berani berhadapan dengan membuatkan rakan-rakan dalam Armada memahami bahawa keseluruhan isu ini adalah satu permainan politik mereka yang terdesak dengan perkembangan politik terkini. Adakah saudara berani?! Saya tunggu dan lihat.

Satees Muniandy
ADUN Bagan Dalam
Setiausaha Antarabangsa - Pemuda Sosialis DAP
016-4384767

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...