Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 17, 2018

Ucapan Penggulungan presiden Amanah


 

Yang besar, yang kecil dalam konvensyen Amanah

M Fakhrull Halim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 
ULASAN | Sekiranya terdapat
kelemahan besar sepanjang berlangsungnya Konvensyen Nasional (Amanah)
selama tiga hari mulai Jumaat lalu, perkara itu adalah proses perbahasan
usul yang menimbulkan banyak tanda tanya.

Contohnya usul solidariti masyarakat Islam untuk menyelamatkan Tabung Haji.

Untuk
apa usul itu susah-susah didebatkan sekiranya bertujuan untuk menyeru
umat Islam menyokong usaha kerajaan menyelamatkan Tabung Haji?

Adakah
terdapat mana-mana umat Islam yang tidak menyokong usaha tersebut? Apa
perlunya usul ini dibahaskan? Kenapa ia diterima sebagai usul pada
mulanya?

Bagi usul pembinaan semula ekonomi di bawah lembayung
Malaysia Baru pula, pembentang banyak membahaskan masalah (misalnya
harga komoditi utama turun, kos hidup melambung), lalu meminta kerajaan
lekas-lekas menyelesaikannya.

Walaupun gesaan itu ada benarnya,
tetapi ia kedengaran sangat klise dan tarafnya seperti komen-komen di
Facebook atau YouTube saja.

Perbahasan paling sengit ialah
terhadap usul perlunya konsep rahmatan lil alamin menjadi agenda utama
negara. Ia memancing 12 perwakilan tampil membahaskannya.

Terus dibayangi PAS
Nasib baik speaker campur tangan dan menamatkan sesi perbahasan kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Daripada 12 pembahas, lapan menyokong manakala empat membantah, memaksa undian dilakukan di kalangan perwakilan.

Tetapi itulah, sesi 'undian' berlangsung agak pelik. Speaker mengarahkan perwakilan yang menyokong supaya berdiri.

Selang beberapa saat kemudian speaker mengumumkan usul berkenaan diterima majoriti perwakilan tanpa perlu membuat kira.

Pada perhatian penulis, tidak sampai separuh pun perwakilan yang sempat berdiri semasa sesi 'undian' itu dijalankan.

Usul
Malaysia harus memainkan peranan proaktif memimpin masyarakat dunia
bagi menghentikan krisis di Yaman pula adalah usul yang masuk akal -
antara lain kerana menggesa gencatan senjata antara pihak yang terlibat.

Ia juga menggesa Arab Saudi menarik balik tenteranya dari Yaman.

Paling tidak, usul itu boleh dianggap sebagai suatu solidariti Amanah terhadap mangsa krisis di Yaman.

Satu
hal yang sangat mencuri perhatian sepanjang konvensyen di Ipoh itu
ialah, bagaimana sebahagian daripada Amanah masih dihantui oleh bayangan
PAS.

Jika perwakilan mengambil pendekatan dua naib presiden parti itu - Dr Mujahid Yusof dan Mahfuz Omar - pastilah tidak mengapa.

Mujahid
yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan sikap berpatah
arang dengan PAS, manakala Mahfuz - timbalan menteri di Kementerian
Sumber Manusia - mencadangkan PAS dibimbing supaya menyertai Amanah.

Masalahnya
ialah, kebanyakan perwakilan yang berucap tidak ubah seperti orang yang
baru putus cinta tanpa rela. Pada kesempatan yang ada mereka
bermati-matian tidak mahu menyebut PAS sebagai PAS, sebaliknya merujuk
parti itu dengan gelaran "parti silam" atau "parti lama".

Memang luculah, kerana PAS seolah-olah Voldemort di mata orang yang hidup dalam dunia magis Harry Potter.

Malah Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan, sampai perlu menyanyikan lagu Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara Sendiri - untuk membuat rujukan PAS (dengan beberapa kesalahan lirik).

Bersungguh-sungguh dia enggan menyebut nama PAS.

Biarlah bulan bicara sendiri

biarlah bintang 'kan menjadi saksi

takkan ku ulangi

hingga akhir hayat nanti

walau derita kutanggung sendiri.

Sany kemudian mengajak hadirin bernanyi bersama-samanya. Entah apa perlunya dia berbuat demikian.

Dengar teguran perwakilan
Keadaan
itulah barangkali yang mendorong seorang lagi Naib Presiden Amanah Dr
Hasan Bahrom - dalam ucapan penggulungannya - melahirkan rasa hairan
dengan sikap takut-takut perwakilan Amanah menyebut nama PAS.

“Saya amat berterima kasih kepada orang sebelah saya ini, Datuk Mahfuz yang berani (menyebut dengan jelas): parti PAS.

"Apa yang kita nak takut? Parti lama, parti lama. Sebut sajalah (PAS). Sonang cerito,” kata anggota parlimen Tampin itu dalam loghat Negeri Sembilan, disambut tawa para hadirin.

Sekiranya
sesi perbahasan mahu dijadikan kayu ukur kepada kejayaan Amanah kali
ini, maka konvensyen di Ipoh itu pasti mendapat status "gagal" oleh
pemerhati.

Pembahas tidak mampu mendukung isu-isu besar yang mereka sendiri usulkan.

Mujur
sekali konvensyen Amanah itu diselamatkan oleh perkara-perkara kecil
yang dizahirkan perwakilan sebelum tirai persidangan dilabuhkan.

Antara
yang menarik perhatian ialah perubahan yang dibuat serta-merta Amanah
selepas perwakilan menegur penyediaan hidangan makan yang dikelaskan di
antara pemimpin dan orang biasa.

Selepas
teguran dibuat, speaker terus mengarahkan urusetia konvensyen mengubah
lokasi tempat makan pemimpin Amanah supaya disekalikan dengan
perwakilan.

Begitu juga apabila masa ucapan pemimpin berstatus
menteri dan timbalan menteri yang dilanjutkan bagi memberi ruang kepada
mereka menjawab persoalan dibangkitkan perwakilan.

Pada asalnya, tiada masa khusus untuk mereka berbuat demikian.

Jawapan
menteri pun tidak mengarut, terus kepada persoalan yang dibangkitkan
perwakilan. Malah ada yang berani membayangkan tidak takut kalah pada
pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun depan demi prinsip.

“Ada sahabat yang menegur saya mengatakan tahun hadapan (ialah) tahun pemilihan, saya tidak akan dapat undi mereka… tak apa.

"Biar
saya kalah atas mendirikan prinsip menjamin kesihatan rakyat,” katanya
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Menteri Kesihatan.

Namanya 'panas' kerana membuat keputusan yang memanaskan hati ramai perokok.

Ada
juga kenyataan menteri yang menimbulkan kontroversi, seperti Pengarah
Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad mengenai nabi pun pernah tak
tunaikan janji.

Masa dapat keutamaan
Tetapi,
agak mengejutkan (dan melegakan), apabila Menteri Wilayah Persekutan
itu bersikap matang dan berjiwa besar kerana mengakui kesilapannya lalu
memohon maaf tanpa banyak alasan.

Langkah Khalid itu ternyata
berbeza benar dengan sifir sesetengah menteri yang suka melakukan
pusingan U setiap kali ucapan mereka mengundang kontroversi, atau
menyalahkan media kononnya tersilap lapor.

Dalam kenyataannya
semalam, Khalid menjelaskan beliau tidak berniat langsung untuk
menyandarkan kelemahan PH melunaskan manifestonya kepada peribadi Nabi
Muhammad SAW, atau menuduh baginda memungkiri janji.

“Jika ada yang faham begitu, saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah dan rasul-Nya itu.

“Apa
yang saya ingin sampaikan adalah manusia hanya mampu berusaha. Namun
bukan semua yang diusahakan akan dapat terlaksana dengan sepenuhnya,”
kata Khalid.

Mudah, bukan? Beri penjelasan, lalu memohon maaf.
Tiada kata-kata seperti "media tersalah lapor" atau "media tersalah
petik" seperti selalu kita dengar daripada mulut menteri lain.

Sikap
Khalid itu setidak-tidaknya menunjukkan kerendahan hati seorang menteri
dan rasa tanggungjawabnya terhadap kata-kata yang keluar daripada
mulutnya sendiri.

Akhir sekali, ialah soal ketepatan masa yang sangat positif ditonjolkan pada konvensyen kali ini.

Konvensyen
itu sehabis boleh cuba mematuhi masa yang mereka tetapkan dalam jadual.
Biarpun pada hari pertama berlaku sedikit kelewatan, tetapi kemudiannya
konvensyen berlalu dengan lancar.

Cuma
pada hari terakhir konvensyen berlanjutan sehingga petang (sepatutnya
tamat tengah hari) kerana memberikan ruang kepada menteri-menteri dalam
kalangan parti Amanah untuk memberikan ucapan dan maklum balas terhadap
isu dibangkitkan perwakilan.

Kelewatan atas sebab itu tidaklah menjengkelkan dan boleh diterima.

Di
Malaysia, sukar sekali berjumpa dengan penganjur konvensyen yang begitu
komited mahu menjaga masa terutamanya jika pesertanya ramai Melayu.

Jadi
apabila kesungguhan itu ditemui dalam konvesyen Amanah - yang merupakan
salah satu parti komponen PH - sedikit sebanyak omong-omong tentang
‘perubahan’ yang selalu dicanang oleh kerajaan sudah terzahir di depan
mata.

Walaupun kecil, ia tetap bermakna, kerana fitrah dunia begitulah - perubahan besar bermula daripada perubahan-perubahan kecil.

Namun, Amanah perlu sedar, perubahan bukan sahaja boleh terjadi kepada perkara positif, tetapi juga negatif.

Contohnya, ada rungutan remeh-temeh yang timbul termasuk tentang bilik hotel yang didakwa sempit
- sedangkan sebelum memegang kuasa dan jawatan, mereka tiada masalah
tidur di masjid dan markas PAS. Ia ditegur oleh Pengerusi Amanah Perak
Asmuni Awi.

Itu pun perubahan juga. Perubahan yang kecil, tetapi hodoh.

Sebagai
parti kerajaan jangan sampai perubahan kecil yang negatif itu dibiarkan
subur hingga memberi kesan besar kepada parti - dan negara - pula
nanti.


M FAKHRULL HALIM ialah wartawan Malaysiakini yang membuat liputan konvensyen Amanah di Ipoh baru-baru ini.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...