(OSA) telah digunakan untuk menyembunyikan fakta yang boleh menjejaskan
reputasi pentadbiran BN, seperti yang dapat dilihat pada laporan audit
1MDB sebelum ini.
Satu lagi dokumen yang diletakkan bawah akta itu adalah berhubung
program pendidikan teknik, vokasional dan latihan (TVET) - usaha
kerajaan dulu yang bertujuan melahirkan pekerja berkemahiran di kalangan
mereka yang tidak cenderung kepada akademik.
Akhir bulan lalu, anggota parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET.
Beliau kini mempunyai akses terhadap dokumen rahsia - yang turut ditunjukkan kepada Malaysiakini - berhubung pencapaian pusat TVET berdasarkan wawancara dengan orang awam dan institusi swasta.
"Apa yang mengejutkan dan kontroversi adalah mereka membuat senarai kedudukan institusi TVET berdasarkan produktiviti mereka.
"Tiada siapa yang mahu dikenali sebagai paling tidak produktif, lemah
kerana tidak menghasilkan graduan yang baik, tetapi kita ada data itu.
"Baik untuk rakyat Malaysia tahu perkara ini. Apakah anda tidak mahu
tahu institusi Mara mana yang berjalan dengan baik, yang menghasilkan
pekerja industri yang cemerlang? Hak kita untuk tahu dan kita tak boleh
sembunyikannya," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu.
Dokumen itu masih berstatus rahsia tetapi Nurul Izzah berkata akan berusaha agar ia dibuka.
Beliau menegaskan ia bukan untuk mengecam kumpulan tertentu yang
tidak menunjukkan pencapaian yang baik, tetapi sebagai langkah ke depan.
"Kita perlu tahu kedudukan sekarang baru kita dapat melangkah ke
depan untuk mungkin menyusun semula matlamat mereka atau mengadakan
kerjasama yang lebih baik dengan industri, atau mungkin menswastakan
mereka.
"Ada banyak pilihan yang saya akan kemukakan berdasarkan kajian kemapanan," katanya.
Terdapat sekurang-kurangnya 1,300 institusi TVET di seluruh negara.
Program itu bawah skop pelbagai kementerian antaranya Sumber Manusia,
Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kerja
Raya serta Pertanian dan Industri Asas Tani.
Berikut adalah wawancara lanjut Malaysiakini dengan Nurul Izzah berhubung isu ini.
Malaysiakini: Salah satu isu terbesar TVET adalah persepsi ia
untuk mereka yang tidak bagus dalam pelajaran. Bagaimana anda mahu
baiki persepsi itu?
Nurul Izzah: Pertamanya untuk mengubah persepsi ia
perlu bermula dengan diri anda sendiri, bermula dengan apa yang pemimpin
boleh lakukan. Jadi pada tiga minggu pertama ketika kita mengumpul
maklum balas, saya cuba yang terbaik untuk melawat dan berhubung dengan
pusat TVET yang cemerlang, dan ada banyak pusat yang sedemikian.
Ketika saya di Mersing, jelas mereka memang cemerlang. Mereka
mengeluarkan pakar keselamatan siber. Apa yang bagus adalah permintaan
terhadap mereka memang tinggi kerana memenuhi standard industri. Apabila
ia berlaku, akan ada kewujudan bersama yang baik antara graduan yang
dikeluarkan pusat itu dengan keperluan industri.
Jadi bagi saya, apa yang penting adalah untuk menonjolkan wira tak
didendang ini. Kisah kejayaan anak tempatan perlu diangkat dan itulah
perancangan saya.
Pada masa sama, jika anda ingin ubah persepsi, mahu gaji yang lebih
baik, anda perlu buat beberapa langkah dan keputusan sukar. Ini
bermakna, untuk sesetengah pusat yang tidak berjalan dengan baik,
peranan mereka perlu dilihat semula, perubahan sistemik dan struktural
perlu dilakukan.
Jika anda lihat laporan sebelum ini oleh PricewaterhouseCoopers,
Boston Consulting, dan juga PEMANDU, mereka berterus-terang terhadap
beberapa keputusan yang telah menghalang kemajuan TVET dan ia membawa
kepada masalah dan keadaannya pada masa ini.
Saya mahu sintesiskan semua laporan ini termasuk dengan yang
dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia, serta daripada perbincangan kita
sendiri, dalam satu laman web yang mengumpul semua dapatan ini.
Saya gembira apabila kabinet (berpandangan) laporan saya akan dibawa
ke tahap itu, tetapi untuk langkah seterusnya kita juga perlu ingatkan
semua kementerian tentang apa yang perlu dilakukan.
Malaysiakini: Adakah anda merancang untuk mengubah pemikiran ibu bapa - gred yang bagus adalah segalanya?
Nurul Izzah: Gred yang bagus penting. Sebagai ibu
saya tak mahu jadi hipokrit dan berkata saya tak kisah jika anak saya
tidak cemerlang dalam pelajaran.
Tetapi setiap anak adalah istimewa dan anda perlu berikan peluang
kedua. Setiap mereka ada kelebihan tersendiri. Mereka mungkin tidak
dapat menyerap sebahagian pelajaran secara automatik, tetapi tidak
bermakna walau dengan usaha mereka tetap tidak akan berjaya.
Tetapi yang penting bagaimana sebuah kementerian dapat menaikkan TVET
jika institusi anda sendiri tidak mengeluarkan sijil yang diterima
industri dan pihak akreditasi lain? Jadi perkara ini perlu dilihat.
Saya seorang graduan tetapi tidak akan dapat faham. Misalnya ketika
saya menggunakan penerbangan MAS, dalam pesawat baru Airbus, tandas
tiba-tiba tidak berfungsi. Dan pramugari sibuk mencari juruteknik untuk
membaikinya.
Kenapa? Kerana jurutera seperti saya tidak akan dapat membaiki apa
yang perlu dibaiki. Jadi bagi saya, ia satu peringatan kecil bahawa anda
mengeluarkan pekerja yang berguna, efektif untuk industri dan negara.
Tetapi jika anda biarkan masalah seperti kemahiran yang tidak sesuai
atau gaji yang rendah berterusan, tidak ramai yang akan berminat. Dalam
fikiran ibu bapa, "Saya banyak mengeluarkan belanja untuk ijazah TVET
ini tetapi anak saya tiada pekerjaan yang baik, sijil pun tidak
diiktiraf".
Ini adalah masalah yang perlu dibaiki dulu sebelum kita dapat
menjadikan TVET lebih baik atau di tahap sama dengan pemegang ijazah.
Malaysiakini: Apakah yang anda mungkin akan bentangkan dalam laporan kepada kabinet?
Nurul Izzah: Saya perlu siapkannya dalam masa
setahun. Untuk tiga bulan pertama, kita akhirnya berjaya mendapatkan
dokumen OSA. Ia benar-benar membantu kami untuk memberikan respons yang
lebih mendalam. Saya sudah gariskan banyak program dan acara.
Sekian lama saya tertumpu kepada pemegang ijazah dang graduan,
kemudian saya lihat dalam sistem tidak formal, ada setengah juta anak
muda yang tidak berada bawah sistem pendidikan formal. Jadi bagaimana?
Anda dapat lihat ramai di kalangan mereka yang benar-benar bergantung
kepada TVET. Ia mengejutkan dan menyedarkan saya bahawa inilah
jalannya. Malah di United Kingdom dan Jerman, kerjaya ini adalah sesuatu
yang dibanggakan. Anda memberi kepakaran kepada juruteknik.
Kita perlu mula berusaha agar sistem, ijazah dan imbuhannya menepati jangkaan.
No comments:
Post a Comment