Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, July 27, 2018

Adakah surat CIA turut dihantar ke negara lain? - Guan Eng


 


Published on Jul 26, 2018
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada surat
serupa yang dihantar kepada Pengarah CIA, Gina Haspel turut dikirimkan ke
negara lain menjelang pilihan raya umum yang lalu.

"Kami tidak mahu ini menjadi seperti 1MDB. Pada
mulanya, tiada siapa yang mahu mengakui tetapi kemudian, ia telah didedahkan
beberapa orang menerima dana tersebut.

"Adakah terdapat lebih banyak surat? Ini mesti disiasat
juga," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Lim berkata pihak berkuasa perlu melakukan siasatan
menyeluruh berhubung surat yang dihantar kepada CIA memandangkan ia melibatkan
kedaulatan negara.

"Akan timbul banyak soalan, tentang surat ini.
Bagaimana surat ini boleh dikeluarkan, atas arahan siapa dan bolehkah seorang
pegawai buat surat demikian tanpa arahan daripada orang atas.

"Ini adalah suatu isu yang harus disiasat dengan lebih
teliti kerana ia menyentuh kedaulatan negara," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa surat
berkenaan ditulis oleh Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Hasanah Ab Hamid.

Surat berkenaan bertujuan mendapatkan sokongan Amerika
Syarikat (AS) sekiranya BN memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei dengan
majoriti tipis.

Berikutan itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
menafikan beliau mengarahkan supaya surat itu ditulis, malah mengakui terkejut
dengan kewujudannya.
Category
News & Politics

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...