Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, July 23, 2018

Dr M jawab Zahid di Parlimen





Dr M jawab Zahid di Parlimen: Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangkan ‘high...

 Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun
bagi mengurangkan ‘high cost of money’ kerana kadar faedah hutang yang
diambil pentadbiran terdahulu terlalu tinggi iaitu sebanyak enam
peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau
berkata nilai wang Yen Jepun lebih murah berbanding Ringgit, dengan Yen
bernilai AS$1 sen, manakala RM1 bernilai AS$ 25 sen, dan membayar balik
hutang negara dengan Yen Jepun bermakna negara tidak dibebani dengan
kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus.

Katanya kerajaan juga hanya akan meminjam Yen sebanyak nilai AS$ atau jumlah Ringgit yang dihutang.

Menjawab
soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal
jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Dr Mahathir turut
mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini membayar komisyen 10 peratus
kepada Goldman Sachs daripada hutang yang diambil.

“Ini bermakna
kerajaan dahulu mendapat hanya 90 peratus daripada wang yang dihutang
tetapi membayar faedah ke atas 100 peratus wang dihutang. Faedah ke atas
90 peratus meningkat kepada 6.6 peratus,” katanya.

Mengulas
lanjut, Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia pernah
menerima tawaran pinjaman mudah daripada kerajaan Jepun pada kadar
faedah 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.

“Kita
tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh memberikan kadar faedah
serendah itu lagi, membayar balik hutang dengan Yen berfaedah serendah
itu lagi, tetapi membayar balik hutang dengan Yen berfaedah rendah
bermakna kita tidak lagi dibeban dengan faedah lebih tinggi dari enam
peratus hutang asal.

“Hutang Yen akan mengganti hutang AS$ atau
Ringgit. Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Inilah sebabnya
yang kita cuba mendapat pinjaman Yen daripada kerajaan Jepun,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...