Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, July 26, 2018

Najib diasak media, 'Saya tak boleh sahkan atau nafi' @ UMNO Khianat Melayu dan Negara

Wah, banyak surat2 rahsia kerajaan.
Adakah dgn meminta bantuan drp CIA @ Amerika syarikat merupakan satu
kehalalan buat kjaan UMNO/BN. UMNO kutuk PH konon kuncu Amerika
Syarikat. Rupa2nya UMNO sendiri pengkhianat negara. Sanggup minta
bantuan negara asing utk terus berkuasa. InsyaAllah, rakyat akan tahu
terus menerus ttg krcurangan UMNO/BN. Tun Mahathir yg dituduh khianat
org melayu TETAPI tepuk air ke dulang balik ke muka sendiri. UMNO/BN lah
yg kha]ianat yg nyata utk Melayu dan negara.




Najib diasak media, 'Saya tak boleh sahkan atau nafi': Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat, isu kebocoran kandungan surat kepada Agens...




 

2018-07-26 15:28:24

Bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat, isu kebocoran
kandungan surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) tidak wajar berlaku.

Malah,
beliau juga berkata, secara polisinya perkara seperti itu tidak wajar
diberikan komen memandangkan ia merupakan rahsia kerajaan.

"Saya
tida tahu (isu surat kepada CIA), surat itu dibuat oleh badan perisik
kita. Dan bukan dasar kita nak dedahkan surat tersebut. Ini rahsia
kerajaan, kalau dedahkan maknanya tak ada apa-apa lagi yang boleh
dianggap sebagai rahsia dalam negara," katanya kepada pemberita di lobi
parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas
soalan pemberita berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang
akan melakukan siasatan berhubung surat tersebut.

Selain itu,
bekas menteri kewangan itu sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak
boleh memberi sebarang pengesahan berhubung surat yang didakwa memohon
sokongan Amerika Syarikat (AS) itu.

"Saya tidak boleh mengesahkan
atau menafikan. Saya tidak tahu apa yang ditulis. Secara dasarmya tidak
patut memberikan komen terhadap perkara ini dan mengulas mengenai
kebocoran seperti ini kerana ia sangat 'bad presidential'," ujarnya
lagi.

Beliau berkata demikian kepada media di lobi parlimen hari ini.

Malaysiakini
sebelum ini mendedahkan, lima hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei,
bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang disebut sebagai unit
risikan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel.

Surat
sebanyak tiga halaman yang dilihat Malaysiakini itu menyatakan Najib
dijangka memenangi pilihan raya dengan hanya undi yang secukupnya untuk
membentuk kerajaan.

Surat itu meminta AS menyatakan sokongan
terhadap pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan 'majoriti mudah
atau hanya satu kerusi'.

Bagaimanapun sebelum ini, Najib telah menafikan dan tidak tahu menahu mengenai surat berkenaan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/63820O74#y1KpddMXD1deiR3L.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...