Sila layari http://www.astroawani.com
PM beri gambaran sistem pendidikan ala Sekolah Wawasan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran kemungkinan
untuk mengetangahkan sistem pendidikan yang membolehkan semua jenis
sekolah dalam negara - kebangsaan, Tamil, dan Cina - diletakkan di dalam
satu kompleks yang sama bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia.
Dr Mahathir dipetik berkata demikian dalam laporan Malay Mail yang mengulas tentang sistem pendidikan negara yang menurut perdana menteri itu masih menggunakan konsep lama dan perlu diubah.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan terpaksa meneruskan sistem sekolah yang ada hari ini kerana "itu yang dimahukan rakyat".
"Kita ada tiga jenis sekolah, untuk mencapai perpaduan dan integrasi sukar kerana situasi politik berdasarkan keperluan kaum.
"Kerajaan tak dapat mengubah sistem sekolah ini kecuali rakyat mahukan hal itu," katanya dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut mengenai cadangan meletakkan ketiga-tiga jenis
sekolah di dalam satu kompleks, Dr Mahathir berkata masing-masing
sekolah itu boleh mengekalkan penggunaan bahasa masing-masing Sebagai
medium utama namun boleh berkongsi aktiviti sukan kokurikulum tambahan.
Konsep berkenaan serupa dengan Sekolah Wawasan yang diketengahkan Dr
Mahathir pada 2000 dan dilaksanakan ketika pertama kali menjadi perdana
menteri.
Konsep itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada segelintir Anggota
masyarakat yang bimbang ia akan meminggirkan hak kumpulan minoriti
menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan dan memaksa
penggunaan satu bahasa untuk semua.
Dr Mahathir dilapor berkata demikian dalam kunjungan rasmi pertama ke
Indonesia sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 ketika pertemuan dengan
rakyat Malaysia yang tinggal di republik itu.
Pada majlis itu, Dr Mahathir juga menyorot keperluan mengubah sistem pendidikan agar tidak terlalu bergantung kepada guru.
Ini kerana, menurutnya, guru-guru tidak mempunyai kebolehan yang sama
maka usaha perlu dilakukan agar peranan mereka lebih sebagai
fasilitator.
"Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita ketinggalan zaman dan tidak
sesuai dengan dunia moden. Kita masih terlalu bergantung dengan guru
namun tidak semua guru mempunyai kebolehan yang sama. Jika guru itu
bagus, muridnya juga bagus. Tapi jika guru itu lemah, di situ lah
masalah akan timbul.
"Kita mahukan pakar mengajar anak-anak kita menggunakan cakera keras
(discs) atau thumb drives yang mengandungi bahan pembelajaran. Maka
semua pelajar diajar mengikut piawai yang sama. Guru-guru akan menjadi
fasilitator," katanya dipetik sebagai berkata.
[Baca berita penuh]
PM kata Najib didakwa tak lama lagi, Altantuya bicara semula
Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Dr Mahathir berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan
mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia,
Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.
"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,"
katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap
di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.
Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.
Kerosakan pentadbiran sebelum ini
"(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada
tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan
Perdana Menteri.
"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," katanya.
Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman bekas perdana
menteri adalah bernilai RM1 billion dan ia tidak termasuk rampasan wang
tunai.
Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan
sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerlukan masa
tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment