Gurauan Bijan dieja Najib
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Netizen hari ini menjadikan jenama beg tangan Bijan sebagaibahan gurauan dengan mengeja nama jenama itu secara terbalik.
Jika dieja secara terbalik, Bijan akan disebut sebagai Najib, individu
dikaitkan sebagai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bijan? Apa itu? Jenama Najib kalau dieja terbalik haha?,” tulis @eLmiE_92 di Twitternya.
“Bijan, diterbalikkan adalah Najib. Apa yang peliknya. #bijan #worldsmostexpensivestore,” kongsi pengguna Twitter @Vijandren.
“Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang
ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan,” kata Amar Singh. Bijan ???
Najib ??? Bijan???,” @paH1m pula menulis.
Sarawak Report, portal luar negara yang sentiasa mendedahkan salah laku
pemerintahan BN sebelum ini terutamanya skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) turut sama berjenaka.
“Bijan? Kedai paling mahal di dunia yang membuat beg tangan dirampas
dari Najib. Menariknya Bijan jika dieja terbalik adalah Najib,” tulis
Sarawak Report.
Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang medianya mendedahkan 567
beg tangan membabitkan lebih 37 jenama seperti Prada, Bijan dan Chanel
telah dirampas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 272 beg berjenama Hermes dianggar
bernilai RM51.3 juta dan proses penilaian harga beg berkenaan mengambil
masa selama lapan hari.
Bijan merupakan beg tangan paling mahal yang dianggarkan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan beg tangan buatan tangan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas bernilai RM6.4j antara paling mahal dirampas]
No comments:
Post a Comment