Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, June 24, 2018

Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali umum keluar Umno dan BN


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

  
Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
mengumumkan keluar daripada Umno bagi menyatakan sokongan terhadap
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan negeri dan
Pakatan Harapan.


"Saya dengan ini umumkan, bahawa mulai saat ini saya keluar dari Umno
dan BN, dan isytiharkan sokongan saya kepada Tun M dan kerajaan Pakatan
Harapan (serta) MB Perak, Faisal Azumu,"  kata Azmi pada sidang
akhbar yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian.


Noor Azmi berkata beliau pada masa ini akan menjadi anggota parlimen
bebas dan merancang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).


Keputusan beliau keluar daripada Umno menyebabkan parti itu kini
hanya memiliki 53 kerusi parlimen, manakala BN memiliki 56 kerusi secara
keseluruhan.


Noor Azmi memenangi perlimen Bagan Serai dengan majoriti tipis 172
undi berbanding pencabarnya dari PAS, Rohaya Bakar pada pilihan raya
umum (PRU) lalu.


Ditanya sama ada beliau keluar dari parti itu kerana kecewa dengan
keputusan PRU, Azmi berkata beliau sebelum ini sentiasa dianggap sebagai
'penghalang' dalam Umno.


"Dalam lima tahun ni saya memang tak diterima oleh ahli bahagian,"
katanya yang menjelaskan beliau juga tidak diterima memegang jawatan
dalam bahagian.


Noor Azmi turut mendakwa pada PRU lalu, terdapat usaha oleh Umno Bagan Serai untuk mensabotaj pencalonannya.


Terus berkhidmat kepada rakyat


Bagaimanapun, Noor Azmi berulang kali menegaskan bahawa tindakan
beliau menyokong HARAPAN adalah supaya dapat berkhidmat kepada rakyat
dengan lebih baik.


"Tanya rakyat Bagan Serai. Saya bukan YB Datuk Dr Azmi. Saya Doktor Azmi. Saya yang sunatkan anak cucu-cucu tuan.


"Saya kerja doktor dah 30 tahun. Klinik saya dah hampir 27 tahun," katanya.


Noor Azmi juga berharap dengan sokongan terhadap HARAPAN, kerajaan akan memberikan bantuan kepada penduduk Bagan Serai.


"Tanpa kuasa dan peruntukan yang kuat, kita tak dapat tolong rakyat," katanya.


Menurut Noor Azmi, masalah dihadapi di Bagan Serai melibatkan isu 
pendidikan, pertanian dan sosioekonomi, serta kemudahan bekalan air di
kawasan pedalaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...