Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, May 22, 2018

Sidang Media Khas Menteri Kewangan


 

Guan Eng: Tiada lagi ‘fail sulit merah’ kewangan negara

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan mendakwa mereka dihalang
daripada mengakses "fail sulit merah" tertentu oleh pentadbiran BN
sebelum ini ketika menjalankan kewajipan profesional mereka dengan
integriti.


Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang
berkata beliau menerima aduan itu semasa beberapa siri mesyuarat awal
hari ini dengan semua pegawai kanan perbendaharaan, yang diketuai oleh
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Siti
Zauyah Mohd Desa.


Sejak memulakan tugas pada hari pertama di pejabat pagi ini, Lim
berkata beliau juga berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah
Mohamad dan pasukan pegawainya.


"Kedua-dua mereka memberi taklimat kepada saya mengenai status semasa
kewangan negara dan apa yang mengejutkan adalah bahawa mereka dilarang
mengakses akaun dan laporan tertentu.


"Terdapat juga aduan bahawa 'fail sulit merah' tertentu hanya boleh
diakses oleh orang tertentu, yang menghalang pegawai dan juruaudit
menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti," kata Lim
pada sidang akhbar di kementerian kewangan hari ini.


Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah memperdaya orang awam
mengenai beberapa perkara kontroversi terutama berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), malah telah menyalahlaporkan mengenai
kedudukan kewangan negara di Dewan Rakyat.


"Siasatan dan pencarian yang mendalam serta menyeluruh masih
dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kewangan yang berkenaan.


"Saya juga telah mengarahkan supaya semua akaun dibuka kepada
perbendaharaan dan ketua audit negara bagi membolehkan mereka
menjalankan tugas dengan telus dan berkesan.


"Kedua-dua perbendaharaan dan ketua audit negara akan meneruskan
pencarian fail berkenaan bagi memberi gambaran lebih jelas kepada
kerajaan persekutuan mengenai kedudukan kewangan negara," katanya.


Mengulas lanjut, Lim berkata di sebalik semua cabaran, beliau optimis dan yakin untuk memulihkan kembali kewangan negara.


"Kewangan Malaysia dan sistem perbankan kekal meyakinkan dan berdaya
tahan. Tambahan, pinjaman tidak berbayar (NPL) mewakili kurang satu
peratus daripada keseluruhan portfolio pinjaman.


"Asas ekonomi negara kekal kukuh, justeru sebaik sahaja kita mampu
membersihkan kewangan kerajaan, kita akan mampu mengukuhkan lagi
keyakinan pelabur dan orang awam kepada Malaysia," katanya.


[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...