cara untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion
daripada jumlahnya sekarang sebanyak RM1 trilion.
Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America, perdana menteri berkata rancangan itu sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapannya yang memerintah.
"Kerajaan sebelumnya telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari
negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan.
"Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah
untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba
mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam," katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaannya kini menghadapi isu hutang besar
kerana ia telah mewarisi sistem kewangan yang telah "dimusnahkan" oleh
pendahulunya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Nah, semasa saya selama 22 tahun menjadi PM dahulu adalah agak mudah. Saya mewarisi sistem yang sudah ada.
"Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baru
supaya kita dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.
"Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah," tegasnya.
Katanya, sistem kerajaan telah diabaikan dan tidak digunakan dan satu
sistem baru, atau sebaliknya sistem autoritarian, telah diperkenalkan.
Menurut Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng, hutang negara -
yang mengikut takrifannya termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran
hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan - kini berjumlah
RM1,087.3 bilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK, pada 31 Dis 2017.
Kadar hutang Putrajaya meningkat dengan pesat sejak Datuk Seri Najib
Razak mengambil alih kuasa pada 2009. Bagaimanapun, beliau mendakwa
nisbah hutang kepada KDNK yang dibekalkan oleh pentadbirannya adalah
tepat dan mematuhi piawaian antarabangsa.
Beliau juga menuduh pentadbiran sekarang mentakrifkan semula hutang
negara untuk tujuan politik dengan mengorbankan keyakinan pelabur.
Menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa dia memikirkan
semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar, iaitu
janji utama pakatan Harapannya menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media untuk mengelak berlaku ketegangan kaum.
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment