Anwar gesa media berhenti mengampu k'jaan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media supaya menjadi
suara rakyat dan bukan pengampu kerajaan dalam memainkan peranan semak
dan imbang di negara ini.
"Memang baru-baru ini rasa sangat gembira semua sokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Tapi setelah keadaan reda media berhak menegur dan mengkritik
kerajaan negeri dan persekutuan," katanya pada ceramah pertamanya di
Permatang Pauh sejak mendapat pengampunan diraja 15 Mei lalu.
Kata Anwar lagi, media sebelum ini mengampu pemimpin dengan memberi gambaran palsu tentang isu seperti pendidikan dan ekonomi.
“Pemimpin terbaik di dunia. Ekonomi terbaik di dunia. Pendidikan?
Terbaik di dunia. Kesihatan? Terbaik di dunia. Pertanian? Terbaik di
dunia. Kilang? Terbaik di dunia. Gaji? Terbaik di dunia.
“Haprak, penipu semuanya. Sebab itu kita mesti terima kenyataan…
media seperti mana suara rakyat harus bebas untuk memberikan pandangan
dan teguran dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti
pemimpin Umno,” katanya.
Anwar berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada kritikan apabila
media melaporkan beliau menaiki kapal terbang kerajaan untuk ke
Kelantan bersama isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.
Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar menemani Wan
Azizah kerana bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul
Hamid menjemput mereka sekeluarga berkunjung ke istana di Kota Bahru.
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment