Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 19, 2016

Umno pun 'Tak Puas Hati' Persempadanan Semula @ SPR


Suasana pilihan raya 

PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dahulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.

"Contohnya di Ampang, kalau dahulu, satu kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno bertanding.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Lepas persempadanan semula BN menang lebih baik']

"Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak dapat tiga kerusi itu di Ampang," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya kecil di Selangor berikutan usul persempadanan itu.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.
Sementara itu, pihak SPR menyangkal tuduhan pembangkang.Susulan kritikan pada syor persempadanan semula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan pihak berkelayakan dalam bidang perundangan membuat bantahan. 
 
Bantahan patut dibuat pada masa ditetapkan dan "bukannya membuat tuduhan melulu" terhadap badan itu, kata pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

"SPR mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun begitu ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan," katanya.

Syor persempadanan semula yang dikeluarkan Isnin lalu didakwa hanya memberi kelebihan kepada Umno.
Ia dikatakan boleh mengurangkan kerusi campuran akibat peralihan pengundi, meningkatkan majoriti Melayu dan mengurangkan perwakilan bukan Melayu di kawasan berkenaan.

Antara contoh, pengundi bukan Melayu dilambakkan dalam satu kawasan seperti di Damansara dengan jumlah pengundi sebanyak 150,439 berbanding di Parit, Perak yang ditandingi Umno dengan pengundi seramai 33,368.

Sementara itu, Mohd Hashim juga berkata SPR tidak akan membuat kenyataan lanjut berkaitan dakwaan-dakwaan dilontarkan.

"Syor-syor yang dipamerkan itu adalah cadangan awal dan bukannya muktamad kerana ia perlu melalui proses siasatan tempatan dan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum boleh dikuatkuasakan," katanya.

SPR juga menolak dakwaan persempadanan semula dibuat demi kepentingan pihak tertentu.
"...dakwaan tersebut adalah tidak benar," kata Mohd Hashim.

Sep 19, 2016
Sektetariat Pakatan Harapan hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor secara keseluruhannya membuat bantahan terhadap persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketua setiausahanya, Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang media di ibu pejabat PKR berkata cadangan itu akan menjadi satu daripada 10 hasil mesyuarat yang bakal dikemukakan kepada mesyuarat majlis presiden gabungan itu.
"Ada kemungkinan bahawa kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang ... saya kata bahawa ada kemungkinan kerana ini adalah cadangan kami (untuk menentang persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR).
"Oleh kerana mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan, kerajaan negeri boleh membantahnya (persempadanan semula)," kata Saifuddin.
Katanya, sekretariat itu juga akan mencadangkan kepada majlis tempatan untuk membuat bantahan yang sama.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, dilaporkan berkata Umno akan meneliti usul persempadanan itu dan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...