Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan akan
meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di
Sabah tidak lama lagi.
meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di
Sabah tidak lama lagi.
Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata
ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat
kelulusan pihak yang berkneaan.
ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat
kelulusan pihak yang berkneaan.
Ditemui media di pejabat Pedaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya hari
ini bekas menteri itu berkata pengumuman mengenai parti itu akan dibuat
selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.
ini bekas menteri itu berkata pengumuman mengenai parti itu akan dibuat
selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.
"Alhamdulillah hari ini kita berpeluang mengemukakan (cadangan perubahan ke ROS) tetapi bukan (untuk) pendaftaran parti baru.
"Ia parti sedia ada, cuma ada perubahan dari segi nama, logo dan juga
beberapa kandungan dalam parti itu yang perlu diselaraskan agar ia
dapat memenuhi perjuangan kita," katanya.
beberapa kandungan dalam parti itu yang perlu diselaraskan agar ia
dapat memenuhi perjuangan kita," katanya.
Malah Shafie dilaporkan pernah mendapat gelaran "kereta kebal Umno" daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun kedudukannya dalam kerajaan diketepikan ekoran
perselisihan pendapat serta kritikan yang dibuatnya terhadap Najib dalam
isu 1MDB.
perselisihan pendapat serta kritikan yang dibuatnya terhadap Najib dalam
isu 1MDB.
Anggota Parlimen Semporna itu kemudian digantung keahliannya atas tuduhan melakukan kesalahan disiplin.
Dua lagi tokoh kanan dalam Umno - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir - dipecat pada 24 Jun 2016.
Shafie akhirnya mengumumkan keluar dari Umno pada 4 Julai lalu.
Ditanya mengenai butiran lanjut parti itu Shafie berkata masanya akan tiba untuk beliau mengumumkannya.
"Nantilah, tunggulah dulu. Waktunya akan sampai dan saya akan umumkan
kemudian. Sekarang kita beri masa kepada ROS untuk uruskan apa yang
perlu mereka lakukan," kata Anggota Parlimen Semporna itu.
kemudian. Sekarang kita beri masa kepada ROS untuk uruskan apa yang
perlu mereka lakukan," kata Anggota Parlimen Semporna itu.
Sebelum itu Shafie menghabiskan masa kira-kira dua jam di pejabat ROS berkenaan.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Shafie tiba di pejabat ROS kira-kira 9.30 pagi selepas media dimaklumkan mengenainya malam tadi.
Beliau ditemani anggota parlimen Penampang, Darrell Liking dan anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.
Mengulas lanjut Shafie berkata ROS dijangka tidak akan mengambil masa
yang lama untuk membuat keputusan terhadap cadangannya kerana mereka
mematuhi segala kehendak dan peraturan badan pendaftar itu.
yang lama untuk membuat keputusan terhadap cadangannya kerana mereka
mematuhi segala kehendak dan peraturan badan pendaftar itu.
Diminta mengulas tujuan memimpin parti baru itu Shafie menegaskan matlamatnya tetap sama iaitu melakukan perubahan dalam negara.
"Tujuan dan matlamatnya sama - kita nak menang dan ada perubahan dalam kerajaan," kata Shafie.
Tambah Shafie tindakannya itu juga dibuat kerana yakin dengan
sokongan yang diterimanya di Sabah selain sedia bekerjasama dengan
mana-mana pihak yang berada pada matlamat sama.
sokongan yang diterimanya di Sabah selain sedia bekerjasama dengan
mana-mana pihak yang berada pada matlamat sama.
"Saya ingat rakyat faham bahawa di Sabah banyak parti dan banyak
kerusi yang ditambah tapi apa yang penting rakyat tahu siapa yang akan
mereka pilih siapa. Tak apalah, kita akan pastikan (mendapat sokongan).
kerusi yang ditambah tapi apa yang penting rakyat tahu siapa yang akan
mereka pilih siapa. Tak apalah, kita akan pastikan (mendapat sokongan).
"Kita kerjasama dengan semua pihak dan kita lihat atas landasan apa
supaya ada perubahan di peringkat negeri Sabah sendiri," katanya.
supaya ada perubahan di peringkat negeri Sabah sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment