*Kepada Bangsa Johor sila baca betul-betul kerana titah DYMM Sultan Johor adalah mustahak untuk semua rakyat.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke
Majlis Jamuan Teh Bersama Pemimpin Masyarakat Tionghua negeri Johor di
Dewan Cina, Istana Besar Johor Bahru pada 21hb September 2016.
Antara
kandungan titah ucapan baginda pada majlis tersebut adalah;
•
Kewujudan masyarakat Tionghua di negeri Johor yang telah bermula lebih
200 tahun yang lalu dan mereka telah sama-sama membangunkan negeri ini
dan menjalani kehidupan berkeluarga dan beranak-pinak di negeri Johor.
• Kaum Cina di Johor telah sebati dengan budaya orang Johor iaitu
dengan sikap bertolak ansur, hormat menghormati, patuh kepada
undang-undang, sentiasa hormat dan taat setia kepada Raja.
•
Hubungan baik antara pemimpin masyarakat Cina dan pihak istana telah
wujud sejak tahun 1875 antara Almarhum Sultan Abu Bakar dan
Kapitan-kapitan Cina pada masa itu. Major Cina Dato' Tan Hiok Nee dan
Kapitan Cina Seah Thye Heng telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri
untuk membantu sistem pentadbiran dan pembangunan ekonomi negeri Johor.
• Berpandukan sejarah, Almarhum Abu Bakar telah belayar ke negara China
bagi mengadakan hubungan dua hala dan baginda telah dikurniakan "Order
of The Double Dragon" pada tahun 1892. Itu antara sebab ramai orang Cina
terus tinggal di Johor serta ramai pelabur dari sana kerana mereka
yakin dengan kestabilan politik dan pemerintahan di negeri Johor.
• Sejak saya hidupkan semula semangat 'Bangsa Johor' yang telah
diasaskan oleh Armarhum Sultan Ibrahim sejak tahun 1920an, saya dapat
merasakan semangat perpaduan antara kaum di Negeri Johor semakin
meningkat.
• Semua masyarakat di Johor berbangga kerana mereka
bernaung di bawah satu payung yang tidak membezakan kaum, keturunan atau
asal usul mereka. Inilah semangat perpaduan yang mesti dikukuhkan.
• Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu konsep Bangsa
Johor dan mengatakan ianya hanya membawa kepada perpecahan. Bukankah
penyatuan pelbagai kaum ini telah menghasilkan perpaduan? Bukankah
perbalahan politik dengan agenda tersendiri yang membawa perpecahan?
• Apa yang penting adalah kita semua mesti berbangga menjadi Bangsa
Johor yang bersatu padu dan sentiasa menjaga hubungan yang harmoni
antara kaum dan agama yang berbeza. Tunjukkan nilai dan budaya Bangsa
Johor yang beradab sopan, tolong menolong dan hormat menghormati antara
satu sama lain. Usah biarkan perbezaan fahaman politik memecahbelahkan
Bangsa Johor.
• Saya percaya semua masyarakat inginkan hidup yang
selesa dan sejahtera dalam negeri yang maju dan makmur. Ini boleh
dicapai sekiranya kita bersikap jujur dan amanah terhadap setiap kerja
yang kita buat.
• Apa yang saya lihat sekarang, rakyat mula
merasakan kestabilan ekonomi dan politik negara semakin merosot. Ini
mungkin disebabkan perbalahan yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin
politik yang mempunyai agenda tersendiri untuk merebut kuasa
pemerintahan. Mereka sering membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh
menggugat kesejahteraan masyarakat. Mereka berjuang bukan lagi untuk
kepentingan umum tetapi lebih untuk kepentingan peribadi.
•
Mereka menggunakan apa juga cara untuk mencapai matlamat mereka, malah
sanggup melakukan huru hara. Tetapi apabila keadaan tidak boleh dikawal
dan rusuhan berlaku, saya pasti mereka akan lari meninggalkan negara ini
dan membiarkan rakyat menanggung derita.
• Saya berharap agar
rakyat saya bijak membuat pilihan dan tidak terikut-ikut dengan fahaman
politik yang sempit dan boleh merunguhkan perpaduan hidup masyarakat
negeri ini.
• Generasi muda masa kini mestilah tahu tentang
sejarah negeri dan Bangsa Johor agar tidak terpengaruh dengan hasutan
yang merosakkan masa depan dan menggugat kesejahteraan hidup generasi
akan datang.
• Kita sering bercakap tentang perpaduan antara kaum
masih belum berjaya sepenuhnya kerana masih wujud pendidikan asas atau
sekolah rendah yang dipisahkan mengikut jenis kaum.
• Jika kita
hendak menghasilkan generasi baru yang bersatu padu, mereka perlu
dicampurkan dalam satu pendidikan asas yang seragam, tidak boleh
diasingkan mengikut kaum atau agama.
Pendidikan asas inilah yang amat
penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat
berbilang bangsa.
Kita Mesti Bersatu, Kita Semua Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan.
---------
HM SULTAN OF JOHOR SPEECH ON HISTORY OF BANGSA JOHOR AND POLITICS
DURING THE SWEARING THE OATH OF ALLEGIANCE BY BANGSA JOHOR OF CHINESE
DESCEND.
HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
attended a tea party with Johor's Tionghua community leaders at the
Chinese Hall of Istana Besar, Johor Bahru on September 21st 2016. Here
are some of the key points of His Majesty's speech at the event;
•
The Tionghua community has existed in Johor since over 200 years ago
and together they have helped build this state and had their families
and settled in Johor.
• The Chinese in Johor have blended with
the culture of mutual understanding, mutual respect, law-abiding, and
being respectful and loyal to the Sultan.
• The good
relationship between the Chinese community leaders and the palace has
existed since 1875 between Almarhum Sultan Abu Bakar and Chinese
Kapitans. Chinese Major Dato' Tan Hiok Nee and Chinese Kapitan Seah Thye
Heng were appointed as members of the state council to assist in the
administrative and economic development of Johor.
• According to
history, Almarhum Abu Bakar set sail for China to form a bilateral
relation and was awarded with the Order of The Double Dragon in 1892.
That was why many Chinese people choose to remain in Johor. There were
many investors from China who choose to invest in Johor because they are
confident with Johor's political stability and administration.
•
Ever since I revived the spirit of "Bangsa Johor" which was established
by Almarhum Sultan Ibrahim since the 1920's, I can feel the spirit of
unity amongst the different races in the state of Johor is increasing.
• All communities in Johor are proud because they live under one
umbrella without distinguishing the different races, ethnicity and
origin. This is the spirit of unity that must be preserved.
•
Perhaps there are politicians from outside Johor who are envious of the
Bangsa Johor concept and have said that it will lead to discord. The
unification of all races has created unity and in fact the political
differences with personal agendas has led to disunity.
• We have
to be proud to be Bangsa Johor who are united and always maintaining
harmonious relations between different ethnic and religion. Show the
Bangsa Johor values and culture of being polite, helpful and respectful
with each other. Do not let political differences divide the Bangsa
Johor.
• I believe that all people want to have a comfortable and
prosperous life in a developed and thriving state. This can be achieved
if we are honest and trustworthy in every duty that we carry out.
• What I see today, the people have seemingly begun to feel the
pressures of the deteriorating economic and political stabilities of the
country due to discord among political leaders with their own agendas
to wrest the power from the current administration. They often raise
sensitive issues that could threaten the welfare of society. Their
struggle is no longer in the public interest but more for personal
interest
• They will use any means to achieve their goals, even
willing to create chaos. When the situation is beyond their control and
the riots happened, I'm sure they will flee the country and let the
people suffer.
• I hope that the people will be smart in making
decisions and not be swayed by political views that are narrow-minded
and can destroy the unity of the people.
• Today's younger
generations must know about the state's history and Bangsa Johor in
order not to be influenced by anything that can destroy our future and
threaten the well-being of future generations.
• The unity among
races is still not fully successful because vernacular education in
primary schools still exist and students are separated according to
their race.
• If we want to produce a new generation that is
united, they should be mixed with basic education that is uniform and
should not be segregated by race or religion. Basic education is very
important to teach about values and culture of living in a
multicultural society
We Must Stay United, We Are Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan.
No comments:
Post a Comment