Umum mengetahui,Pas mengunakan simbol bulan yang berlatarbelakang warna
hijau sebagai logo rasmi parti itu yang mendakwa memperjuangankan Islam
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.Namun kehadiran logo yang sama,tetapi
mengunakan latar belakang hitam,amat menarik perhatian ramai khususnya
para petugas jentera pilihanraya di Sungai Limau.Antaranya di kawasan
Sedaka,Dulang Besar,Dulang Kecil,Sungai Dedap,Bukit Choras dan kawasan
sekitar.Namun yang paling banyak boleh dilihat adalah di sekitar kawasan
pekan Sungai Limau Dalam.Menurut salah seorang petugas jentera Pas yang
ditemui mengatakan,bendera tersebut adalah merupakan lambang Pas yang
mewakili pengikut fahaman Syiah yang semakin berleluasa di dalam parti
itu.
Pas sebelum ini pernah di desak oleh pelbagai pihak yang meminta agar
kepimpinan parti itu mengambil tindakan tegas terhadap ahli mereka yang
menganut fahaman sesat itu.Sebagai contoh salah seorang aktivis
Pas,Mohd. Riza Kamaruddin sebelum ini berkata,ancaman daripada kegiatan
Syiah tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan tindakan serius
daripada parti itu untuk memecat ahli yang terbabit dalam fahaman itu.
“Ini adalah soal akidah,fahaman Syiah diperangi umat Islam dari zaman
berzaman dan pemimpin Pas tidak boleh melihatnya mengikut kepentingan
politik.Saya cabar mana-mana perwakilan Pas terutamanya Pas negeri Kedah
untuk mengemukakan usul pembersihan Syiah dalam muktamar Pas tahun ini
agar kita semua tahu perkara ini dibendung secara serius,” katanya.
Pas juga sebelum ini dilihat berbeza pendapat berhubung isu Syiah,kerana
pada satu ketika mereka membenarkan fahaman sesat itu memasuki parti
itu.Namun di ketika yang lain,mereka mendakwa tiada ahli Syiah di dalam
Pas.Malah apa yang peliknya,mengikut undang-undang tubuh Pas sebenarnya
telah mengharamkan ahli parti itu menganut fahaman selain daripada Ahli
Sunnah Wal Jamaah.Sekiranya sebelum ini,parti itu menerima siapa sahaja
yang ingin menyokong mereka kerana ingin menang pilihanraya, namun di
masa yang sama mereka sebenarnya telah menyebabkan parti itu ‘musnah’ secara diam-diam.Ini kerana,pengikut sesat Syiah sebelum diketahui mengamalkan ‘takiyyah’ (berpura-pura).
Ibarat anai-anai,mereka akan mula memakan sedikit demi sedikit yang
akhirnya akan meruntuhkan parti itu.Berbalik kepada isu di Sungai
Limau,Pas sebenarnya terperangkap dengan sendiri.Contohnya sokongan
Syiah sesat di Sungai Limau jelas membuktikan semua dakwaan terhadap
parti itu sebelum ini.Malah beberapa kejadian seperti
pergaduhan,merosakkan bendera BN dikatakan berpunca dari ahli Pas yang
berfahaman Syiah.Hinggakan patung potong kaki yang digantung di sekitar
kawasan kempen turut dikaitkan dengan mereka.Malah menurut sumber
risikan yang diperolehi,parti itu akan membawa pasukan bermotor Pulau
Pinang untuk menimbulkan huru hara.Ia antara lainnya bertujuan untuk
memastikan jentera BN tidak dapat menembusi beberapa kawasan yang
menjadi kubu kuat mereka.tetapi apa yang terjadi adalah wanita UMNO
berjaya tembusi kawasan mereka selepas perbincangan.kenapa takut sangat
yeekkk ??? hari ini adalah hari penentuan,kepada pengundi yang masih
berada di rumah,jangan pedulikan perayu undi PAS.dengar cerita PAS akan
membuat kecoh beberapa tempat dan seterusnya akan menyalahkan
UMNO.jangan pedulikan mereka,pangkah kepada calon yang boleh buat kerja
untuk rakyat serta calon yang memberikan segalanya untuk rakyat
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment