Kita tergelak besar apabila membaca laporan berita kenyataan Mat Sabu, orang nombor 2 PAS mengenai isu gereja haram DUMC.
Kita semua tahu PAS tertekan dek wayang kulit mereka sepanjang minggu ini sehinggakan ahli-ahli PAS sendiri terpaksa memberanikan diri tampil ke hadapan menyatakan sokongan mereka kepada JAIS.
Di antara laporan tersebut :-
Mat Sabu menyatakan agensi itu (JAIS) harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.Yang lawaknya ialah kenyataan Mat Sabu seterusnya :-
“Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, "TIDAK"Jika kita membaca kenyataan di atas, ternyata Mat Sabu adalah seorang pemimpin yang tidak arif dan faham tentang undang-undang dan enakmen Agama Islam. Beliau hanya tahu hentam sembarang ikut suka mulut beliau sahaja.
Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang.
Dan sikap ini sungguh memalukan dan menyerlahkan lagi tahap kedangkalan ilmu beliau.
Pertama, gereja DUMC tidak 'diserbu' oleh JAIS tetapi pihak JAIS terpaksa menunggu di ruang legar sebelum penganjur membuka pintu dewan. Tiada serbuan berlaku.
Inilah masaalahnya apabila ahli-ahli politik pembangkang terlalu jumud dan sempit analisis mereka dan bergantung kepada media-media pembohong seperti MalaysiaKini, Malaysian Insider, Harakah dan sebagainya.
Dan sebagai seorang pemimpin, Mat Sabu sepatutnya dapat menilai dengan lebih luas tentang isu ini.
Kedua, pihak JAIS menjalankan tugas mereka berlandaskan kepada hak dan kuasa jabatan yang telah termaktub di dalam Enakmen Syariah Negeri Selangor. Mereka yang tidak arif dan tidak mahu tahu tentang Enakmen itu akan melompat melenting tak tentu hala sama seperti Mat Sabu.
Ketiga, pemeriksaan di sesuatu premis yang disyaki adalah sangat penting untuk membolehkan pihak JAIS mendapatkan maklumat dan bukti. Tanpa pemeriksaan sedemikian rupa, bagaimana pihak JAIS akan dapat mengumpul bukti jika tindakan mereka itu dicabar di dalam mahkamah?
Ucapan YB Zulkifli Nordin Anti Murtad
Dalam jenayah pun, pihak polis dan mahkamah akan pasti merujuk kepada lokasi sesuatu jenayah itu dilakukan, sama seperti kes khalwat Mat Sabu. Takkan Mat Sabu tahu?
Pihak polis dan mahkamah tentu mahu tahu kondisi dalam bilik tersebut untuk mencari bukti jika Mat Sabu tertinggal apa-apa sahaja yang kita boleh fikirkan apabila dua merpati bersendirian di dalam bilik tidur.
Dan kepada Mat Sabu,
1. Apakah beliau fikir seseorang yang mahu memurtadkan orang Islam akan tampil ke hadapan dan menyerah diri mereka?
2. Apakah selama ini wujud proses murtad secara terbuka dan menyenangkan pihak JAIS mendapatkan buktinya?
Mat Sabu tidak usah lagi berlakon wayang kulit dan play safe hanya untuk menyedapkan hati parti DAP! Buruk nampaknya!
No comments:
Post a Comment