Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, May 26, 2018

TERKINI:ANWAR IBRAHIM-"DIBEBASKAN KERANA AGONG YAKIN SAYA DIZALIMI"


 
TERKINI,TERBARU 2018:ANWAR IBRAHIM-"DIBEBASKAN KERANA AGONG YAKIN SAYA DIZALIMI"

Rakyat kena buktikan kita bukan manusia pelupa

Rakyat kena buktikan kita bukan manusia pelupa: ULASAN | Penting ada kumpulan pendesak daripada rakyat - tidak kiralah mahasiswa, aktivis sosial atau rakyat biasa.

Rahman Imuda  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Sudah hampir tiga minggu Malaysia menerima kerajaan baru dan harapan rakyat untuk Pakatan Harapan (HARAPAN)menggunung.


Selepas sahaja keputusan PRU14 dikeluarkan, masa seperti berlalu dengan cukup pantas.


Kerajaan baru melakukan beberapa pengumuman penting seperti
menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar,
menamatkan kontrak pekerja lantikan politik - dan yang paling mendapat
perhatian - melakukan siasatan ke atas beberapa individu yang dulunya
seperti kebal daripada undang-undang.


Jumlah rampasan yang dilakukan di kediaman mantan perdana menteri dan
pengerusi Tabung Haji memperkukuhkan tanggapan kita bahawa pihak
pemerintah sebelum ini terlibat dalam skandal wang rakyat.


Namun saya fikir Malaysia “kepincangan” satu elemen penting setelah PRU14 tamat – pihak pembangkang.


Jika anda masih ingat, beberapa hari selepas keputusan PRU14
diumumkan, berlaku sedikit pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Rafizi Ramli kerana masalah pembahagian jawatan menteri.


Kemudian tidak lama selepas itu Dr Mahathir mengumumkan dirinya sebagai menteri pendidikan.


Sengaja saya memetik dua peristiwa siginifikan ini supaya anda boleh membayangkan reaksi penyokong fanatik HARAPAN.


Tak boleh ditegur


Walaupun saya tidak nafikan salah satu elemen penting yang
menyebabkan HARAPAN menang ialah kerana faktor “Mahahtir”, namun ia
bukanlah sesuatu yang sihat untuk terlalu memuja beliau.


Memuja yang dimaksudkan ialah dalam konteks bersetuju dengan semua
keputusan yang beliau lakukan tanpa mempertimbangkan sudut-sudut
munasabah lain.


Lihatlah bagaiman Rafizi begitu mudah dilupakan jasa-jasanya oleh
sekelompok penyokong fanatik HARAPAN hanya kerana mempersoalkan
keputusan Dr Mahathir.


Begitu juga ketika Dr Mahathir dikritik kerana mahu memegang jawatan
menteri pendidikan sedangkan ia bercanggah dengan manifesto HARAPAN.


Maka bangkit kumpulan ini yang menyerang dengan agresif pengkritik Dr Mahathir.


Akhirnya Dr Mahathir mengakui manifesto itu dan memberikan jawatan berkenaan kepada orang lain.


Dr Mahathir mengiktiraf teguran adalah proses demokratik yang perlu
diraikan, mengapa ada sesetengah penyokong melihat ia sebagai
penghinaan?


Kita tidak boleh menjadi bangsa Malaysia yang lupa kenapa kerajaan
sebelum ini terlalu sukar untuk ditegur dan akhirnya tersungkur.


Perubahan kerajaan seharusnya diikuti dengan perubahan mentaliti dan sikap rakyat terhadap parti yang memerintah.


Konsep “kerajaan tahu segalanya” harus dikikis daripada kepala setiap
rakyat. Kita harus terlibat secara aktif dalam proses memeriksa
kerajaan agar mereka tidak terlalu selesa dalam membuat keputusan.


Sifat selesalah yang telah menyebabkan kerajaan sebelum ini mengambil
tindakan sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada rakyat.


Kita harus mengakui, BN masih lagi belum “biasa” dengan peranan
mereka sebagai pembangkang. Barangkali mereka sedang dalam proses
“reformasi” untuk memastikan gabungan politik itu kekal relevan dan
mampu menguggat kerajaan semasa.


Berusaha kekal relevan


Peristiwa di Perlis beberapa hari lepas tidak membantu proses penjenamaan semula Umno, bahkan ia memburukkan keadaan.


Umno yang terkenal dengan semangat Melayu tiba-tiba berlaku tidak sopan kepada raja yang merupakan payung Melayu.


Lebih malang lagi, beberapa individu penting dalam BN sedang berada
dalam siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).


Bagi yang tidak disasat pula, bagaimana sesetengah mereka boleh
mewakili pembangkang dengan baik jika khuatir 'kain buruk' mereka akan
diselak oleh pemerintah?


PAS pula pada pandangan saya sedang selesa dengan kemenangan dua negeri di Pantai Timur.


Setelah berpisah daripada Pakatan Rakyat, saya tidak melihat mereka
sering mengkritik BN secara keras. Lebih malang, pernah ada laporan yang
mengatakan wakil mereka berpuas hati dengan penerangan ketua pegawai
eksekutif 1MDB yang jelas bermasalah.


Beberapa hari lepas saya ada membaca wakil mereka memberikan masa
sehingga 1 Jun 2018 untuk kerajaan mengemukakan Indeks Prestasi Utama
(KPI) kepada rakyat.


Bagi saya ia tempoh yang terlalu singkat dan tidak berasas. PAS telah
ditolak di kebanyakan tempat di Malaysia (melalui keputusan PRU14)
kecuali di Pantai Timur dan Kedah.


Ini bermakna mereka juga perlu bekerja untuk menjadi relevan semula kepada rakyat Malaysia.


Atas sebab inilah saya fikir pentingnya ada kumpulan pendesak
daripada rakyat - tidak kiralah mahasiswa, aktivis sosial atau rakyat
biasa. Kekosongan ini perlu diisi supaya kerajaan sentiasa dapat disemak
imbang.




Masalahnya, kebanyakan pengkritik kerajaan terdahulu adalah penyokong
kerajaan pada hari ini, bermakna kebarangkalian untuk mereka bangkit
mengkritik kerajaan amatlah rendah.


Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai jawatan, pastinya mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan itu.


Dr Mahathir pernah berkata, Melayu mudah lupa. Saya fikir Melayu atau
rakyat Malaysia pada hari ini tidaklah lagi boleh menjadi kelompok
pelupa.


Kita harus ingat mengapa pada PRU14 HARAPAN dipilih sebegai
pemerintah. Pastinya kerana inginkan perubahan yang lebih baik.
Perubahan itu sukar berlaku jika kita mewarisi sifat pelupa.



RAHMAN IMUDA ialah aktivis mahasiswa.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Dr M rancang kurangkan hutang negara sebanyak 20 peratus

Dr M rancang kurangkan hutang negara sebanyak 20 peratus: Langkah pertama adalah memastikan Malaysia mampu bayar hutang itu dan kurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam, katanya



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya beliau telah menemui
cara untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion
daripada jumlahnya sekarang sebanyak RM1 trilion.


Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America, perdana menteri berkata rancangan itu sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapannya yang memerintah.


"Kerajaan sebelumnya telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari
negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan.


"Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah
untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba
mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam," katanya.


Dr Mahathir berkata kerajaannya kini menghadapi isu hutang besar
kerana ia telah mewarisi sistem kewangan yang telah "dimusnahkan" oleh
pendahulunya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


"Nah, semasa saya selama 22 tahun menjadi PM dahulu adalah agak mudah. ​​Saya mewarisi sistem yang sudah ada.


"Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baru
supaya kita dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.


"Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah," tegasnya.


Katanya, sistem kerajaan telah diabaikan dan tidak digunakan dan satu
sistem baru, atau sebaliknya sistem autoritarian, telah diperkenalkan.


Menurut Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng, hutang negara -
yang mengikut takrifannya termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran
hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan - kini berjumlah
RM1,087.3 bilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK, pada 31 Dis 2017.


Kadar hutang Putrajaya meningkat dengan pesat sejak Datuk Seri Najib
Razak mengambil alih kuasa pada 2009. Bagaimanapun, beliau mendakwa
nisbah hutang kepada KDNK yang dibekalkan oleh pentadbirannya adalah
tepat dan mematuhi piawaian antarabangsa.


Beliau juga menuduh pentadbiran sekarang mentakrifkan semula hutang
negara untuk tujuan politik dengan mengorbankan keyakinan pelabur.


Menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa dia memikirkan
semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar, iaitu
janji utama pakatan Harapannya menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei.


Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media untuk mengelak berlaku ketegangan kaum.


[Baca berita penuh]


Anwar Ibrahim: Pidato Perdana Di Permatang Pauh


 

Anwar gesa media berhenti mengampu k'jaan

Susan Loone  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media supaya menjadi
suara rakyat dan bukan pengampu kerajaan dalam memainkan peranan semak
dan imbang di negara ini.


"Memang baru-baru ini rasa sangat gembira semua sokong Pakatan Harapan (HARAPAN).


"Tapi setelah keadaan reda media berhak menegur dan mengkritik
kerajaan negeri dan persekutuan," katanya pada ceramah pertamanya di
Permatang Pauh sejak mendapat pengampunan diraja 15 Mei lalu.


Kata Anwar lagi, media sebelum ini mengampu pemimpin dengan memberi gambaran palsu tentang isu seperti pendidikan dan ekonomi.


“Pemimpin terbaik di dunia. Ekonomi terbaik di dunia. Pendidikan?
Terbaik di dunia. Kesihatan? Terbaik di dunia. Pertanian? Terbaik di
dunia. Kilang? Terbaik di dunia. Gaji? Terbaik di dunia.


“Haprak, penipu semuanya. Sebab itu kita mesti terima kenyataan…
media seperti mana suara rakyat harus bebas untuk memberikan pandangan
dan teguran dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti
pemimpin Umno,” katanya.


Anwar berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada kritikan apabila
media melaporkan beliau menaiki kapal terbang kerajaan untuk ke
Kelantan bersama isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.


Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar menemani Wan
Azizah kerana bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul
Hamid menjemput mereka sekeluarga berkunjung ke istana di Kota Bahru.


[Baca berita penuh]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...