Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, June 4, 2018

UiTM, sentimen kaum dan hakikat sejarah

UiTM, sentimen kaum dan hakikat sejarah: ULASAN | Mereka yang mengkaji dasar afirmatif terhadap mana-mana kaum pasti belajar tentang penyalahgunaan dasar oleh golongan kaya kaum itu sendiri.



Mohd Nazim Ganti Shaari  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Penasihat Undang-undang
UiTM Professor Madya Dr Haidar Dyizauddin telah menukilkan pandangan
bernas dalam isu mengenai UiTM baru-baru ini, bertajuk “UiTM untuk
bumiputera: Kenapa perlu dipolemikkan?”


Tokoh akademik ini berkata, “Kita memandang sejarah bukanlah untuk
melangkah ke belakang tetapi untuk menilai di mana kita berada sekarang
dan mencorak masa hadapan”.


Ini kenyataan terpuji untuk melihat hubung kait seseuatu perkara dengan sejarahnya pada masa lampau.


Oleh itu wajar untuk kita melihat sebab-sebab Perkara 153 dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Adakah Perkara 153 ini bertujuan untuk memberikan hak istimewa kepada
semua orang yang mengaku dan diakui berbangsa Melayu, atau adakah hak
istimewa di dalam Perkara 153 ini adalah hanya untuk orang Melayu yang
susah dan miskin?


Ramai yang beranggapan hak istimewa (atau "kedudukan istimewa”) orang
Melayu seperti yang dirujuk oleh Perkara 153 dijanjikan penjajah
British atas dasar Orang Melayu merupakan kaum pribumi di negara ini.


Dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Cadangan Perlembagaan Bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Report of the Working Committee on the Constitutional Proposals for the Federation of Malaya Agreement 1948),
pernyataan “...adalah menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya Tinggi British
untuk menjaga kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah
kaum-kaum lain” telah dirangka buat pertama kalinya dalam sejarah.


Maksud dan ruang lingkup peruntukan ini terkandung alam perenggan 143
yang menyatakan jawatankuasa kerja ini mengesyorkan negeri-negeri untuk
menawarkan dan menggalakkan pendidikan dan latihan kepada Orang Melayu,
bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perkhidmatan kerajaan
dan kehidupan umum di negara ini.


Ramai yang merujuk perkara ini dan juga kepada pernyataan-pernyataan
yang dikeluarkan oleh pegawai kanan British pada zaman penjajahan
bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Melayu.


Ia telah dijadikan alasan untuk mengatakan peruntukan “kedudukan
istimewa Orang Melayu” ini adalah satu warisan keistimewaan untuk orang
Melayu sedari zaman penjajahan British.


Tetapi sejarah juga menunjukkan apa yang dilindungi penjajah British
hanyalah kepentingan mereka sendiri dan kepentingan kaum pemodal atau
peniaga kapitalis Barat, dan kaum pemodal lain-lain di Malaya dan juga
kepentingan bangsawan Melayu.


Dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara penjajah dan
Istana, tiada langsung tercatat apa-apa pun mengenai keperluan penjajah
untuk menjaga “kedudukan istimewa Orang Melayu”.


Ada juga yang menyalahkan Raja-raja Melayu di zaman tersebut ekoran
perkara ini, tetapi perlu diingat mustahil bagi Raja-raja Melayu untuk
bertindak di dalam zaman tersebut tanpa persetujuan pembesar-pembesar
Istana. Perkara ini dihuraikan dalam buku Palace, Political Party and Power: A Story of the Socio Political Development of Malay Kingship oleh Dr Kobkua Suwannathat-Pian, yang pernah menjadi penyarah tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Semasa zaman penjajahan British, orang Melayu terbanyak langsung
tidak dipedulikan asalkan mereka dapat diperah dan dipergunakan bagi
kepentingan ekonomi penjajah.


Bukan sahaja British memaksa orang Melayu untuk tinggal di kampung
untuk bertanam padi, malah ada juga bangsawan Melayu yang menyokong
sikap Penjajah British, contohnya ada yang tidak mahu orang Melayu
terlibat dalam penanaman pokok getah atas alasan orang Melayu perlu
menjaga identiti dan adat resam sebagai penanam padi.


Sistem pendidikan orang Melayu pula hanyalah untuk melahirkan para
petani dan nelayan yang lebih baik daripada orang tua mereka, bukan
wadah pendidikan yang sebenar-benarnya seperti sistem di sekolah-sekolah
Inggeris.


Mereka yang mengkaji sejarah sistem Pendidikan negara dan sejarah
ekonomi bangsa Melayu tidak dapat sekali-kali menafikan perkara ini.


Dasar afirmatif bukan untuk perkauman


Agak menarik apabila kita merujuk pula kepada Laporan Suruhanjaya
Reid 1957 kerana perenggan 163 menyatakan terdapat kesulitan di dalam
memberikan taraf istimewa hanya kepada satu kaum sahaja dan perkara ini
juga diakui oleh wakil parti-parti Perikatan seperti yang terkandung di
dalam perenggan yang sama.


Seterusnya, apabila kita merujuk kepada Kertas Putih Kerajaan
Malaysia bertajuk “Ka Arah Negara Harmoni” yang diterbitkan pada tahun
1971, perenggan 13 menegaskan bahawa tujuan Perkara 153 adalah untuk
memberikan kekuatan atau lonjakan kepada orang Melayu untuk maju dengan
lebih cepat - kerana diakui kemajuan orang Melayu tidak berkadar dengan
kaum yang lain.


Perenggan ini juga menyatakan kerajaan telah mangambil jalan itu
untuk mempercepat rentak kemajuan orang Melayu agar mereka dapat
bersaing pada tahap yang sama dengan kaum lain.


Bagaimanapun Kertas Putih itu langsung tidak memberi ruang kepada
sentimen perkauman. Jelas bahawa peruntukan “kedudukan istimewa” Orang
Melayu" dalam perlembagaan adalah untuk membantu mencapai keseimbangan
ekonomi, bukannya atas dasar warisan keistimewaan bangsa.


Professor Madya Dr Haidar yang bernas ini seterusnya menulis, “Agak
malang jika ada individu berhujah melihat peruntukan undang-undang
mengenai perkara ini secara tekstual tanpa mengambil kira keseluruhan
aspek secara pandangan prismatik”.


Pendapat ini penting dalam menegaskan kita tidak boleh
sewenang-wenangnya mengatakan Perkara 153 adalah untuk orang Melayu
sahaja, kerana kita juga perlu melihat perkara-perkara lain berhubung
dengan Perlembagaan.


Berkenaan dengan “kedudukan istimewa Orang Melayu”, pelajar berakal
sempurna yang mengkaji sistem sosial dan ekonomi sesuatu kaum yang
berkait rapat dengan keistimewaan yang diberikan kepada kaum itu (dasar
afirmatif) tidak akan dapat lari daripada mengkaji penyalahgunaan
keistimewaan oleh golongan kaya kaum itu sendiri.


Dalam soal ini, banyak buku-buku ilmiah bertaraf dunia contohnya The Wretched of the Earth, Mitos Pribumi Malas dan Konsep Hero Dalam Masyarakat Melayu
merekodkan masyarakat perlu sentiasa memantau “keistimewaan” yang
diberikan kepada kaum yang terpilih kerana ia mungkin disalah guna dan
dibolot oleh golongan kaya dan berpengaruh dari kaum itu sendiri.


Justeru Perenggan 16 dalam Kertas Putih itu jelas menyatakan niat
kerajaan hanya untuk membantu orang Melayu yang layak dari keluarga yang
kurang berkemampuan sahaja.


UiTM diwujudkan melalui akta di Parlimen Malaysia dan ia telah
diselenggarakan dengan menggunakan wang pembayar cukai di Malaysia.
Kemajuan dan kecemerlangan UiTM juga hasil daripada biaya mereka.


Akta UiTM ini juga tidak dapat lari daripada kekangan bawah
Perlembagaan Persekutuan kerana perkara yang bercanggah dengan
Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah.


Justeru dasar untuk kemasukan bumiputera di dalam institusi itu perlu
dilakukan dalam perkadaran yang munasabah - tanpa mengira dalam bentuk
apa dasar itu dirangka dan apa pun tafsirannya.


Banteras sentimen segera


Kuota ini pula perlu dipastikan hanya untuk mereka yang layak
berdasarkan faktor ekonomi. Malang jika anak pembesar negara yang kaya
dibenarkan belajar di UiTM.


Sentimen kaum juga dapat dilihat dari segi keterlibatan kakitangan
universiti dalam politik. Selama ini terdapat undang-undang yang
melarang pensyarah dan pentadbiran tertinggi universiti untuk terlibat
aktif di dalam politik.


Akan tetapi undang-undang ini tidak dipedulikan apabila mereka
terlibat aktif dalam Umno atas alasan “demi perpaduan bangsa Melayu”.


“Kesetiaan kepada kerajaan” telah sewenang-wenangnya disalah tafsir untuk menghalalkan “kesetiaan kepada Umno”.


Terdapat kakitangan universiti yang bertanding memegang jawatan serta
berkempen di dalam dan di luar universiti untuk parti itu. Mereka yang
dilihat menyokong pembangkang pula dizalimi dan dilayan secara tidak
adil.


Ada juga pensyarah yang diminta untuk berjanji tidak akan melawan
mana-mana kakitangan universiti yang aktif dalam Umno. Mereka yang
bergiat aktif dalam politik ini telah diberi pangkat dan keistimewaan
walaupun ia bersalahan dengan undang-undang.


Inilah bahayanya jika sentimen dibiarkan berakar umbi apatah lagi dalam universiti awam.


Saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini agar
pegawai kerajaan tulus dan ikhlas bekerja dalam menyokong kerajaan perlu
dilihat secara serius.


Di universiti awam, sudah tiba masa untuk membanteras sentimen ini dan mengenakan tindakan kepada mereka yang terlibat.


Kita tidak mahu lagui mendengar ada professor beralasan “saya tidak
boleh menolong anda kerana parti pemerintah sedang menekan saya. Saya
juga tidak dapat menolong kerana anda tidak menyokong Agenda Perpaduan
Melayu”.



MOHD NAZIM GANTI SHAARI adalah pensyarah undang-undang UiTM.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Terus Terang Khas bersama Anwar Ibrahim

Terus Terang Khas bersama Anwar Ibrahim

 

Ada hikmah juga saya bukan PM sekarang - Anwar

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau
terlepas daripada mengalas tugas berat untuk memperbetulkan segala yang
ditinggalkan kerajaan BN terdahulu.


Katanya, segala proses peralihan kerajaan baru yang diusahakan oleh
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keuntungan kepada
dirinya.


“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana
tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama,
rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan
kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr
Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya
juga, tidak merugikan,” katanya ketika diwawancara dalam segmen Terus
Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini.


Mengikut perancangan Pakatan Harapan yang menumbangkan BN pada
pilihan raya umum 9 Mei lalu, Anwar bakal menggantikan Dr Mahathir
sebagai perdana menteri kelapan.


[Berita penuh menyusul]


Hadi jumpa Dr M di Putrajaya


 

Hadi, MB Terengganu kunjung Dr Mahathir

Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Kepimpinan Perdana,
di Putrajaya.


Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin veteran, Datuk Mustafa Ali.


PAS menawan kerajaan negeri di Terengganu selepas pilihan raya umum 9
Mei ini.Mereka turut kekal sebagai kerajaan negeri di Kelantan.


Walau bagaimanapun, butiran di sebalik pertemuan itu tidak diketahui.
Kunjungan  itu dimaklumkan oleh Dr Mahathir menerusi catatan di laman
Facebook beliau.



Sebelum ini, turut membuat kunjungan hormat kepada perdana menteri adalah Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB).


Berbeza dengan Umno, pemimpin PAS tidak terlalu kritikal terhadap
pentadbiran Pakatan Harapan sejak PRU14, walaupun kedua-dua Hadi dan
Mahathir kerapa bertikam lidah semasa dan sebelum kempen pilihan raya.


[Baca berita penuh]


Najib tenang, yakin pertolongan Allah amat dekat

Najib tenang, yakin pertolongan Allah amat dekat: Bekas PM menciap dengan memetik sebahagian ayat dari surah al-Baqarah sempena Ramadan.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tidak lagi menjadi sorotan seperti sebelum ini Datuk Seri Najib Razak lebih banyak membuat kenyataan yang kurang ranggi.


Pernah menempelak musuh politik Umno dan BN dengan gaya yang tegas,
anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu akhir-akhir ini bersikap
lebih sederhana.


Pagi ini beliau menciap di Twitter dengan memetik ayat al-Quran.


"Walau betapa perit dugaan, ingatlah firman Allah SWT dalam Surah
al-Baqarah ayat 214, mafhumnya: Ketahuilah sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat," katanya.


Najib meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN
beberapa hari selepas namanya serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor
disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sebagai langkah menghalang mereka
meninggalkan negara ini.


Pada 16 Mei pula kediaman pasangan terbabit digeledah oleh sekumpulan
pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Turut digeledah, tiga unit kondominium yang terletak di kawasan segi
tiga emas Kuala Lumpur, Pavilion Residence. Dua daripada kediaman mewah
itu adalah milik anak Najib dan Rosmah, manakala satu lagi kepunyaan
seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri.


Dapat reaksi pelbagai


Penggeledahan polis turut menemukan sejumlah jongkong emas, wang tunai berjuta ringgit serta beg tangan berjenama mewah.


Esok Rosmah dikehendaki hadir
ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
memberi keterangan dalam siasatan syarikat SRC International Sdn Bhd
yang dikaitkan dengan 1MDB.


Rosmah diarah hadir ke Putrajaya pada jam 11 pagi.


Sebelum ini Najib hadir memberi keterangan di SPRM selama dua hari, masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu.


Beliau menghabiskan masa kira-kira tujuh jam pada hari kedua di SPRM.
Bagaimanapun tidak seperti dijangkakan sesetengah pihak, beliau tidak
ditahan selepas itu.


Kata Najib Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa.


"Bulan Ramadan selain bulan berpuasa dan penuh rahmat, juga adalah bulan penginsafan dan menilai erti kesyukuran," katanya.




Ciapan itu mengundang reaksi yang pelbagai. Walaupun kebanyakannya
bersifat sinis dan mengecam, ada juga pengguna Twitter tampil membela
beliau.


Pengguna dikenali sebagai @Sipotzz misalnya menciap balas: "Datuk
Seri Najib juga yang bantu tahfiz, sekolah agama, program uama &
umara', taja orang kampung pergi haji, pujuk Arab Saudi bagi rakyat
pergi haji dengan cepat dan selesa. Mahathir? Dengan kroninya sahaja.
Setakat bersaf dengan marhaen di masjid, tapi di belakang keji Islam
& rakyat."


Ciapan balas lain ialah: "Semoga dipermudahkan esok... amin. Jika di
pihak benar, tiada apa hendak ditakutkan..." kata pengguna Twitter
@healogix.


Pemaju tanah Felda Jalan Semarak saman Shahrir RM100j

Pemaju tanah Felda Jalan Semarak saman Shahrir RM100j: Synergy Promenade mendakwa bekas pengerusi Felda itu membuat kenyataan mengelirukan terhadap mereka.

Hafiz Yatim  |
Diterbitkan  |
Dikemaskini

  •  
  •  
  •  

  •  
  •  











Synergy Promenade Sdn Bhd - syarikat yang terlibat dalam skandal
penukaran tanah Felda di Jalan Semarak dan projek Kuala Lumpur Vertical
City - hari ini memfailkan saman RM100 juta kepada bekas pengerusi Felda
Tan Sri Shahrir Samad.


Syarikat itu mendakwa Shahrir telah membuat kenyataan yang
mengelirukan (misleading) terhadap mereka antara November 2017 hingga
Mac 2018.


saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Synergy Promenade diwakili peguam Mohamed Reza Rahim.


Sebelum ini, syarikat itu didakwa memiliki tanah Felda di Jalan Semarak bernilai RM270 juta melalui traksaksi meragukan pada tahun 2015 dan 2016.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...