Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, October 11, 2016

Datuk Jamal Tinju terus terkutuk @ "Jangan jadikan kami alat politik dan kambing hitam," tegas NGO Melayu

                         

Seramai 300 pemimpin Sekretariat Gabungan NGO Melayu Islam menyatakan
pendirian mereka bahawa NGO tidak sepatutnya terlibat dengan aktiviti
berlandaskan politik yang membawa perpecahan dan merosakkan perpaduan
kaum di Malaysia.

Ia ekoran penglibatan NGO dalam isu demonstrasi
dan provokasi di antara perhimpunan Baju Merah dan Baju Kuning Sabtu
lalu, di Sabak Bernam.

Pendirian tegas ini dizahirkan dalam satu
pertemuan khas di ibu negara dan menegaskan mereka tidak suka digunakan
sebagai alat untuk kepentingan mereka sendiri.

Kenyataan ini
dibuat menerusi Norashikin Abd Ghani, Paduka Ibunda Pertubuhan Kebajikan
Insaniah SRIKANDI Malaysia dan juga Abdul Halim Ali, Presiden
Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayanda Malaysia, PERMAS.

"Sejak bila Jamal dan Ali Tinju jadi ketua kami?" soal NGO Melayu

                        

Oct 10, 2016

"Sejak bila Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ali Tinju menggelar mereka ketua dan pengerusi NGO Melayu?"

Persoalan
ini dilontarkan Ketua Pengarah Keselamatan PERMAS, Khairul Husni dalam
satu pertemuan khas NGO Melayu-Islam di ibu negara malam tadi.

Sambil
menafikan kedua-dua orang itu menjadi ketua mereka, beliau berkata
selama sesi santai dan majlis kenduri-kendara yang dianjurkan jemaah NGO
mereka, tidak pula nampak muka kedua-duanya.

Beliau seterusnya
mencabar Jamal dan Ali Tinju berdialog secara berhemah dan tentukan
tempat serta tarikhnya bagi membuktikan keahlian NGO dipimpin mereka
seperti didakwa.

Monday, October 10, 2016

Tun M cakap pasal duit haram dalam PRU14

     

             



Wang (tunai) itu Raja. Maka ramailah yang menyembah Raja ini.


Wang boleh diperolehi secara halal melalui gaji, upah dan keuntungan perniagaan.


Tetapi wang juga boleh didapati melalui pencurian, penipuan dan
rasuah. Wang yang didapati dengan cara ini tidak halal, bahkan haram.
Sudah tentu perolehan ini salah dari segi undang-undang.


Al-Quran
menyebut berkenaan dosanya perolehan secara haram seperti mencuri,
menipu (apabila menjual beli) dan sogokan kepada hakim.


Islam tidak melarang kekayaan asalkan kekayaan itu datang dari punca
yang halal. Zakat mesti ditunaikan dari kekayaan yang diperolehi. Amal
jariah dan sedekah juga digalakan.


Jika kekayaan itu adalah hasil dari pencurian atau rasuah, apakah
yang haram boleh dihalalkan dengan membayar zakat atau membiayai kerja
haji?


Alim ulama perlu kaji dengan teliti dan beri pendapat mereka atau keluar fatwa.


Manusia tamak


Apakah pula jika zakat yang diwajibkan tidak dibayar sama sekali dari
perolehan haram? Sekali lagi kajian perlu dibuat oleh alim ulama secara
jujur berpandu kepada Al-Quran dan hadis.


Namun ramai orang Islam yang sanggup menerima wang rasuah (haram) dari wang yang didapati secara haram.


Kalau pun punca wang itu halal tetapi jika diguna untuk rasuah, untuk
sogokan, wang yang diterima tetap haram. Ini tidak boleh ditakrif
sebagai rezeki. Apa kata alim ulama.


Manusia tamak. Walaupun sudah kaya, sudah jadi jutawan, sudah
mendapat perolehan yang banyak, tetapi jika berpeluang menambah
kekayaan, manusia tidak menolak.


Jika penambahan ini halal puncanya, ia tidak dilarang, tidak haram, tidak berdosa, asalkan zakat dibayar dan sedekah dibuat.


Tetapi jika tambahan kekayaan ini datang dari punca yang haram, dari
hasil pencurian atau sogokan, ia dilarang, haram dan berdosa.


Di antara pendapatan yang haram ini, tidak ada yang lebih buruk dari
sogokan. Ia merosakan masyarakat dan menjadi beban yang berat kepada
anggotanya. Kehidupan menjadi amat tidak selesa.


Biasanya yang terlibat dengan jenayah sogokan ialah mereka yang berkuasa atau memiliki pengaruh yang amat berkesan.


Lebih tinggi kuasa atau lebih besar pengaruh maka lebih besarlah
sogokan. Tidak ada yang terlalu tinggi yang tidak boleh disogok. Hanya
yang boleh membendung nafsu sahaja yang selamat dari rasuah.


Bangsa, agama, negara boleh dijual


Inilah yang kita lihat apabila terdapat orang yang percaya bahawa
wang itu raja. Daif atau kaya, wang boleh mempengaruhi pendirian.


Bangsa, agama, negara boleh dijual jika sogokan setanding dengan ketamakan.


Dalam pilihanraya kecil baru-baru ini ramai pengundi menerima wang
dan alatan elektrik untuk dapur. Mereka anggap ini adalah rezeki mereka.


Sebenarnya ini bukan rezeki. Pemberian ini ialah sogokan untuk mendapat undi mereka.


Penerimaan oleh mereka ialah berdosa. Sama ada mereka beri atau tidak beri undi menerima, sogokan masih berdosa.


Dalam PRU 14 duit haram ini akan ditabur dengan lebih banyak. Tabung
untuk sogokan ini sudah pun diadakan oleh pihak tertentu dari punca yang
haram.


Penerima harus tahu duit ini duit haram dan menerima sogokan juga berdosa.


Jika ingin beri duit kepada yang daif, buat sedekah dari sekarang. Tetapi sedekah patut dibuat dengan duit yang halal.


Ada kerajaan negeri yang meringankan tanggungjawab mereka yang miskin
dengan duit halal. Alhamdulillah. Inilah cara yang terabit.


Tetapi menyembah wang tunai sebagai Raja yang boleh menjayakan apa
sahaja yang dikejar, menyembah wang sehingga sanggup berdosa dengan
melakukan jenayah rasuah bukan perbuatan yang sejajar dengan ajaran
Islam atau pun agama-agama lain.



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri. Arikel ini pertama kali dimuat-naikkan di blognya.

Shafie tak tahu menahu skandal rasuah Sabah

                      


UMNO SABAH AKAN PUPUS!!~ "ROS akan Umumkan Parti Baru Shafie Afdal"

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua peruntukan untuk
kementeriannya - ketika beliau masih berkhidmat sebagai Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah - disalurkan melalui kerajaan negeri sebelum
tiba kepada mana-mana jabatan kerajaan.




Justeru kata anggota parlimen Semporna itu, beliau menafikan sebarang
tuduhan yang mengaitkannya dengan skandal rasuah menggemparkan negara
di Sabah baru-baru ini.


"Setakat yang saya tahu saya tidak menerima sebarang laporan mengenai hal itu," katanya kepada media di Kota Kinabalu hari ini.




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Oktober lalu
dilaporkan merampas RM112 juta wang tunai ekoran penahanan dua pegawai
kanan Jabatan Air Sabah.




Ia dianggap rampasan terbesar SPRM setakat ini.




Selain wang tunai, turut disita ialah sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah.




Semua empat suspek kes yang melibatkan dana RM3.3 bilion untuk projek kerajaan Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.




Mohd Shafie yang kini bergerak sebagai pemimpin parti baru
berpangkalan di Sabah selepas beliau meninggalkan Umno berkata
kementerian lain juga mungkin memberikan peruntukan kepada kerajaan
negeri dan digunakan Jabatan Air Sabah.




"Saya menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan atau pembabitan saya
dan bekas kementerian saya dalam dakwaan rasuah sebuah jabatan di bawah
Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan," katanya dipetik akhbar New Straits Times hari ini.




Beliau sekali lagi menggesa semua pihak membiarkan SPRM menjalankan
siasatan menyeluruh sebelum mana-mana pihak menuding jari menyalahkan
sesiapa.


[Baca berita asal]


Tanpa baju merah, BERSIH di Pulau Pinang aman

Tanpa baju merah, BERSIH di Pulau Pinang aman:



 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata BERSIH 5 dilancarkan
secara aman di Pulau Pinang hari ini tanpa kejadian yang tidak diingini
berlaku dengan ketidakhadiran kumpulan Baju Merah.

Turut serta
pada majlis pelancaran itu Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah,
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen DAP-Bukit
Mertajam, Steven Sim.

Dalam ucapannya, Lim mengutuk Umno kerana
menimbulkan keganasan dan gangsterisme terhadap perhimpunan Bersih,
terutama di Selangor.


Lim membidas Umno berhubung keganasan dan lagak samseng yang dipamerkan terhadap peserta perhimpunan BERSIH.



Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu sebarang
masalah dan hanya mahu membuat tuntutan supaya pilihan raya yang bersih
dan aman diadakan di negara ini.


Turut serta pada majlis pelancaran ini adalah Pengerusi BERSIH, Maria
Chin Abdullah, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli
Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.




Dalam
ucapannya, Lim membidas Umno berhubung keganasan dan lagak samseng yang
dipamerkan terhadap peserta perhimpunan BERSIH, terutama di Selangor.




"Mereka memukul orang tetapi tidak berdepan sebarang tindakan,"
katanya kepada kira-kira 100 orang yang berkumpul di Dewan Bandaran di
Georgetown untuk menyaksikan obor BERSIH yang diserahkan kepada Lim.




Beliau merujuk kepada insiden terbaru di mana tiga penyokong baju
merah ditahan oleh polis kerana menerajang seorang aktivis BERSIH di
Sabak Bernam. Insiden ganas itu berjaya dirakamkan dan video berkenaan
kini tersebar meluas di media sosial.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...