Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 23, 2016

SYARIKAT PROTON (TUN M) VS SYARIKAT 1MDB (DS NAJIB)

Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB

Idea Siapa untuk Menghasilkan kereta Nasional buatan anak Bangsa Malaysia ?

Idea siapa berniaga dengan berhutang dan akhirnya menjual negara ?


PROTON


1.Ogos 1983 mula pembinaan kilang kereta Proton di Shah Alam pinjam wang Kerajaan sebanyak Rm 480 juta.

2.Julai 1985 kereta pertama Proton Saga keluar dari kilang.

3. Disember 1996 Proton berjaya mengeluarkan sejumlah 1 juta kereta.

4.Perolehan/Turnover 1993 : Rm 2,286,500,000 1994 : Rm 3,087,000,000 1995 : Rm 3,708,400,000 1996. : Rm 5,166,700,000

5.Untung sebelum cukai 1993 : Rm 311,200,000 1994 : Rm 282,000,000 1995 : Rm 307,900,000 1996 : Rm 454,600,000 1997 : Proton umum untung sebelum cukai telah melepasi RM 1 Bilion pada tahun kewangan berakhir 31.3.1997.

6. Cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan dari Proton dalam tempoh 10 tahun ialah sebanyak Rm 18 Bilion.

7. Model kereta Proton yang telah dipasarkan ialah Proton Saga, Waja, Iswara, Satria, Gen 2, Arena, Juara, Perdana, Exora, Inspira, Preve, Suprima dan Iriz.

8. Memberi perkerjaan kepada 30 ribu orang dan majoritinya ialah bumiputera.
Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB

1MDB

Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB
1. 2009 bermula dengan nama Trengganu Investment Authority@TIA dan seterusnya ditukar nama ke 1Malaysian Development Berhad @1MDB

2. Modal Rm 1 juta

3. Pinjam melalui terbitan bon sebanyak Rm 42 Bilion

4. Beli asset stesen janakuasa letrik@IPP dari Syarikat Genting dan Tanjong berjumlah Rm 18 Bilion

5. Beli tanah TRX,Kem Tudm Sg Besi dan Air Hitam, Penang Rm 1.7 Bilion.

6. Pelaburan diluar negara, UAE, ARAB SAUDI, CAYMAN ISLAND DAN BRITISH VIRGIN Rm 15.4 Bilion

7. Perbelanjaan Kewangan @Finance Charges Rm 5.5 Bilion

8. Kerugian pertukaran mata wang asing ( forex losses ) Rm 1 Bilion.

9. Jumlah rugi yang dilapor pada tahun kewangan berakhir 2013/2014 ialah Rm 665 juta.

10. Laporan kewangan tahun 2015 dan 2016 belum boleh dikeluarkan lagi.


Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB

11.Terkini hutang telah meningkat ke Rm 50 bilion.

12. Janakuasa Letrik @IPP telah dijual kepada syarikat negara Cina dengan harga Rm 9.5 Bilion.

13. Tanah Kem TUDM Sg Besi pun telah dijual kepada syarikat negara Cina.
Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB

Siapa sebenarnya penipu, penyangak dan penyamun?



Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia... 
Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB
Mangsa Banjir - Rakyat Sukarelawan
Rakyat Yg Menderma-
Rakyat Yg Risau-
Rakyat Yg Bantu Pemimpin-
Rakyat Yg Kena Berjimat Cermat-
Rakyat Yg Kena Tipu-
Rakyat Yg Disuruh Bersyukur-
Rakyat Yg Selalu Susah-
Rakyat Yg Kena GST-
Rakyat Yg kena bayar Tol -
Rakyat Yg kena bayar hutang -
Rakyat Yg menanggung beban -
Rakyat Yg mengikat perut-
Rakyat Yg tanggung Biawak hidup-
Rakyat.. Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni..
Semua Rakyat Didahulukan


Hasil carian imej untuk PROTON VS 1MDB 

Thursday, September 22, 2016

Shafie Afdal : Guna Parti Sabah Yg Dah Berdaftar TAPI Nama Baharu



Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan akan
meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di
Sabah tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata
ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat
kelulusan pihak yang berkneaan.

Ditemui media di pejabat Pedaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya hari
ini bekas menteri itu berkata pengumuman mengenai parti itu akan dibuat
selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.

"Alhamdulillah hari ini kita berpeluang mengemukakan (cadangan perubahan ke ROS) tetapi bukan (untuk) pendaftaran parti baru.

"Ia parti sedia ada, cuma ada perubahan dari segi nama, logo dan juga
beberapa kandungan dalam parti itu yang perlu diselaraskan agar ia
dapat memenuhi perjuangan kita," katanya.



Shafie adalah antara tokoh yang banyak menyumbang membawa Umno ke Sabah kira-kira 25 tahun lalu.

Malah Shafie dilaporkan pernah mendapat gelaran "kereta kebal Umno" daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun kedudukannya dalam kerajaan diketepikan ekoran
perselisihan pendapat serta kritikan yang dibuatnya terhadap Najib dalam
isu 1MDB.

Anggota Parlimen Semporna itu kemudian digantung keahliannya atas tuduhan melakukan kesalahan disiplin. 

Dua lagi tokoh kanan dalam Umno - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir - dipecat pada 24 Jun 2016.

Shafie akhirnya mengumumkan keluar dari Umno pada 4 Julai lalu.


Ditanya mengenai butiran lanjut parti itu Shafie berkata masanya akan tiba untuk beliau mengumumkannya.

"Nantilah, tunggulah dulu. Waktunya akan sampai dan saya akan umumkan
kemudian. Sekarang kita beri masa kepada ROS untuk uruskan apa yang
perlu mereka lakukan," kata Anggota Parlimen Semporna itu.

Sebelum itu Shafie menghabiskan masa kira-kira dua jam di pejabat ROS berkenaan.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Shafie tiba di pejabat ROS kira-kira 9.30 pagi selepas media dimaklumkan mengenainya malam tadi.

Beliau ditemani anggota parlimen Penampang, Darrell Liking dan anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Mengulas lanjut Shafie berkata ROS dijangka tidak akan mengambil masa
yang lama untuk membuat keputusan terhadap cadangannya kerana mereka
mematuhi segala kehendak dan peraturan badan pendaftar itu.

Diminta mengulas tujuan memimpin parti baru itu Shafie menegaskan matlamatnya tetap sama iaitu melakukan perubahan dalam negara.

"Tujuan dan matlamatnya sama - kita nak menang dan ada perubahan dalam kerajaan," kata Shafie.

Tambah Shafie tindakannya itu juga dibuat kerana yakin dengan
sokongan yang diterimanya di Sabah selain sedia bekerjasama dengan
mana-mana pihak yang berada pada matlamat sama.



"Saya ingat rakyat faham bahawa di Sabah banyak parti dan banyak
kerusi yang ditambah tapi apa yang penting rakyat tahu siapa yang akan
mereka pilih siapa. Tak apalah, kita akan pastikan (mendapat sokongan).



"Kita kerjasama dengan semua pihak dan kita lihat atas landasan apa
supaya ada perubahan di peringkat negeri Sabah sendiri," katanya.

Sumber

TITAH UCAPAN DYMM SULTAN JOHOR BERKENAAN SEJARAH BANGSA JOHOR DAN POLITIK SEMASA MAJLIS ANGKAT SUMPAH IKRAR TAAT SETIA OLEH BANGSA JOHOR BERKETURUNAN CINA.


*Kepada Bangsa Johor sila baca betul-betul kerana titah DYMM Sultan Johor adalah mustahak untuk semua rakyat.
 
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Pemimpin Masyarakat Tionghua negeri Johor di Dewan Cina, Istana Besar Johor Bahru pada 21hb September 2016. 
Antara kandungan titah ucapan baginda pada majlis tersebut adalah;
• Kewujudan masyarakat Tionghua di negeri Johor yang telah bermula lebih 200 tahun yang lalu dan mereka telah sama-sama membangunkan negeri ini dan menjalani kehidupan berkeluarga dan beranak-pinak di negeri Johor.
• Kaum Cina di Johor telah sebati dengan budaya orang Johor iaitu dengan sikap bertolak ansur, hormat menghormati, patuh kepada undang-undang, sentiasa hormat dan taat setia kepada Raja.
• Hubungan baik antara pemimpin masyarakat Cina dan pihak istana telah wujud sejak tahun 1875 antara Almarhum Sultan Abu Bakar dan Kapitan-kapitan Cina pada masa itu. Major Cina Dato' Tan Hiok Nee dan Kapitan Cina Seah Thye Heng telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri untuk membantu sistem pentadbiran dan pembangunan ekonomi negeri Johor.
Hasil carian imej untuk Almarhum Sultan Abu Bakar 
Hasil carian imej untuk Major Cina Dato' Tan Hiok Nee 
 
• Berpandukan sejarah, Almarhum Abu Bakar telah belayar ke negara China bagi mengadakan hubungan dua hala dan baginda telah dikurniakan "Order of The Double Dragon" pada tahun 1892. Itu antara sebab ramai orang Cina terus tinggal di Johor serta ramai pelabur dari sana kerana mereka yakin dengan kestabilan politik dan pemerintahan di negeri Johor. 
• Sejak saya hidupkan semula semangat 'Bangsa Johor' yang telah diasaskan oleh Armarhum Sultan Ibrahim sejak tahun 1920an, saya dapat merasakan semangat perpaduan antara kaum di Negeri Johor semakin meningkat.
• Semua masyarakat di Johor berbangga kerana mereka bernaung di bawah satu payung yang tidak membezakan kaum, keturunan atau asal usul mereka. Inilah semangat perpaduan yang mesti dikukuhkan.
 
• Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu konsep Bangsa Johor dan mengatakan ianya hanya membawa kepada perpecahan. Bukankah penyatuan pelbagai kaum ini telah menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik dengan agenda tersendiri yang membawa perpecahan?
• Apa yang penting adalah kita semua mesti berbangga menjadi Bangsa Johor yang bersatu padu dan sentiasa menjaga hubungan yang harmoni antara kaum dan agama yang berbeza. Tunjukkan nilai dan budaya Bangsa Johor yang beradab sopan, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. Usah biarkan perbezaan fahaman politik memecahbelahkan Bangsa Johor.
Hasil carian imej untuk Sultan Abu Bakar
Hasil carian imej untuk bangsa johor
• Saya percaya semua masyarakat inginkan hidup yang selesa dan sejahtera dalam negeri yang maju dan makmur. Ini boleh dicapai sekiranya kita bersikap jujur dan amanah terhadap setiap kerja yang kita buat. 
• Apa yang saya lihat sekarang, rakyat mula merasakan kestabilan ekonomi dan politik negara semakin merosot. Ini mungkin disebabkan perbalahan yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai agenda tersendiri untuk merebut kuasa pemerintahan. Mereka sering membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat. Mereka berjuang bukan lagi untuk kepentingan umum tetapi lebih untuk kepentingan peribadi.
Hasil carian imej untuk Sultan Abu Bakar
• Mereka menggunakan apa juga cara untuk mencapai matlamat mereka, malah sanggup melakukan huru hara. Tetapi apabila keadaan tidak boleh dikawal dan rusuhan berlaku, saya pasti mereka akan lari meninggalkan negara ini dan membiarkan rakyat menanggung derita.

• Saya berharap agar rakyat saya bijak membuat pilihan dan tidak terikut-ikut dengan fahaman politik yang sempit dan boleh merunguhkan perpaduan hidup masyarakat negeri ini.

• Generasi muda masa kini mestilah tahu tentang sejarah negeri dan Bangsa Johor agar tidak terpengaruh dengan hasutan yang merosakkan masa depan dan menggugat kesejahteraan hidup generasi akan datang.

• Kita sering bercakap tentang perpaduan antara kaum masih belum berjaya sepenuhnya kerana masih wujud pendidikan asas atau sekolah rendah yang dipisahkan mengikut jenis kaum.

• Jika kita hendak menghasilkan generasi baru yang bersatu padu, mereka perlu dicampurkan dalam satu pendidikan asas yang seragam, tidak boleh diasingkan mengikut kaum atau agama. 

Pendidikan asas inilah yang amat penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.
Kita Mesti Bersatu, Kita Semua Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan.
---------
HM SULTAN OF JOHOR SPEECH ON HISTORY OF BANGSA JOHOR AND POLITICS DURING THE SWEARING THE OATH OF ALLEGIANCE BY BANGSA JOHOR OF CHINESE DESCEND.
HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar attended a tea party with Johor's Tionghua community leaders at the Chinese Hall of Istana Besar, Johor Bahru on September 21st 2016. Here are some of the key points of His Majesty's speech at the event;
• The Tionghua community has existed in Johor since over 200 years ago and together they have helped build this state and had their families and settled in Johor.
• The Chinese in Johor have blended with the culture of mutual understanding, mutual respect, law-abiding, and being respectful and loyal to the Sultan.
• The good relationship between the Chinese community leaders and the palace has existed since 1875 between Almarhum Sultan Abu Bakar and Chinese Kapitans. Chinese Major Dato' Tan Hiok Nee and Chinese Kapitan Seah Thye Heng were appointed as members of the state council to assist in the administrative and economic development of Johor.
• According to history, Almarhum Abu Bakar set sail for China to form a bilateral relation and was awarded with the Order of The Double Dragon in 1892. That was why many Chinese people choose to remain in Johor. There were many investors from China who choose to invest in Johor because they are confident with Johor's political stability and administration.
• Ever since I revived the spirit of "Bangsa Johor" which was established by Almarhum Sultan Ibrahim since the 1920's, I can feel the spirit of unity amongst the different races in the state of Johor is increasing.
• All communities in Johor are proud because they live under one umbrella without distinguishing the different races, ethnicity and origin. This is the spirit of unity that must be preserved.
• Perhaps there are politicians from outside Johor who are envious of the Bangsa Johor concept and have said that it will lead to discord. The unification of all races has created unity and in fact the political differences with personal agendas has led to disunity.
• We have to be proud to be Bangsa Johor who are united and always maintaining harmonious relations between different ethnic and religion. Show the Bangsa Johor values and culture of being polite, helpful and respectful with each other. Do not let political differences divide the Bangsa Johor.
• I believe that all people want to have a comfortable and prosperous life in a developed and thriving state. This can be achieved if we are honest and trustworthy in every duty that we carry out.
• What I see today, the people have seemingly begun to feel the pressures of the deteriorating economic and political stabilities of the country due to discord among political leaders with their own agendas to wrest the power from the current administration. They often raise sensitive issues that could threaten the welfare of society. Their struggle is no longer in the public interest but more for personal interest
• They will use any means to achieve their goals, even willing to create chaos. When the situation is beyond their control and the riots happened, I'm sure they will flee the country and let the people suffer.
• I hope that the people will be smart in making decisions and not be swayed by political views that are narrow-minded and can destroy the unity of the people.
• Today's younger generations must know about the state's history and Bangsa Johor in order not to be influenced by anything that can destroy our future and threaten the well-being of future generations.
• The unity among races is still not fully successful because vernacular education in primary schools still exist and students are separated according to their race.
• If we want to produce a new generation that is united, they should be mixed with basic education that is uniform and should not be segregated by race or religion. Basic education is very important to teach about values ​​and culture of living in a multicultural society
We Must Stay United, We Are Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan.

Wednesday, September 21, 2016

AG Dapat Kebenaran Mulakan Prosiding Komital Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng



AG dapat kebenaran mulakan prosiding komital pada Lim

Apandi mohon kebenaran supaya Lim dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah.

Hasil carian imej untuk peguam negara

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memperoleh kebenaran untuk
memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng berhubung kenyataannya berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu di dalam
kamarnya hari ini selepas mendengar penghujahan oleh Peguam Kanan
Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili Peguam Negara Tan Sri
Mohamed Apandi Ali.

Tiga lagi Peguam Kanan Persekutuan yang hadir ialah Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Alice Yoke.

Hasil carian imej untuk peguam negara 

Baca selanjutnya DI SINI



Tuesday, September 20, 2016

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT POLITIK TERASA @ KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

in Politik/Utama & Sensasi

SECARA umum, perkataan ‘adios’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Selamat Jalan’. Kita mungkin pernah dengar ungkapan ‘adios’ disebut dalam filem koboi atau gengster Hollywood.

Walaupun ‘adios’ membawa maksud itu, bunyinya lazim disebut dalam pertuturan dialog yang agak kasar. Maka dalam konteks memberi ucapan kepada orang yang sudah meninggal dunia, ia tentu agak mengguriskan hati.

Maka tidak hairanlah PAS berasa marah apabila Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi (gambar atas) tulis di Twitter mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din pada Jumaat: ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.

Dari segi pemahaman orang politik ia dilihat ada maksud lain! Sebelum itu akaun laman sosial Twitter milik Jeff itu telah mendapat teguran daripada ramai penyokongnya sendiri. Beliau kemudian memadamkan kicauan berkenaan.

Jeff sebaliknya menjelaskan menerusi Twitter itu untuk mempertahankan dirinya bahawa konon maksud ‘adios‘ dalam bahasa Sepanyol ialah ‘farewell’ dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Malaysia ialah ‘selamat jalan’.

Baca: Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Namun di Twitter itu juga sebelumnya, Jeff ada tulis kicauan biadap: ‘Went through news archives about #HaronDin’s role and stand that caused Pakatan Rakyat to finally breakup. He influenced Hadi or vice versa?’

Beliau jelas cuba mengungkit dakwaan konon allahyarham Haron memainkan peranan dalam usaha memecahkan Pakatan Rakyat yang menyebabkan DAP bubar blok pembangkang itu dan mewujudkan serpihan iaitu PAN pula.

Jadi apabila campur dua Twitter itu, kita boleh buat andaian sendiri mengenai maksud di hati ‘otai’ DAP Pulau Pinang tersebut yang kemudian disokong menjadi ikutan pula oleh ramai penyokong tegar parti pembangkang.

Mereka bukan sahaja kurang ajar menghina allahyarham Haron, malah mengaitkan pula ulama berkenaan dengan pelbagai gelaran hina, hanya kerana dendam terhadap PAS yang enggan mengikut telunjuk DAP sejak tahun lalu.

Ia jauh berbeza sikap sekutunya, PAN apabila pengarah komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sanggup hadir solat jenazah ghaib dengan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pagi Sabtu.

Acara yang berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor itu turut disertai presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa pemimpin PKR lain yang beragama Islam.
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhil Saari dalam kenyataan keras pagi Sabtu menyifatkan Jeff seorang yang paling kurang ajar apabila sanggup mengeluarkan perkataan itu pada waktu sangat tidak sesuai.

Beliau mendakwa ia sebenarnya sekali gus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti diwakili Jeff apabila langsung tidak ada sebarang teguran daripada pimpinan parti cauvinis Cina tersebut sendiri terhadap sikapnya.

Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Jeff memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru atas kenyataan kicauan biadapnya di Twitter berhubung kematian Mursyidul Am PAS tersebut semalam:

KENYATAAN BIADAP: JEFF OOI SERLAHKAN SIKAP ANTI-ISLAM DAP!

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “Adios Harun Din. Let there be peace’’ sekali gus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.

2. DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.

3. Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh mendiang Karpal Singh di Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

4. Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.

5. Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.

6. Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.

Sekian.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
17/9/2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...