Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, March 26, 2013

SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan  kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!

Bersambung...(Kepada pembaca mymassa, jika anda mahu kami postkan salah satu sms Individu Pembangkang Malaysia itu, kami masih berfikir ianya mesti didedahkan kepada RCI, tetapi jika anda mendesak, kami akan memutuskan. Terima kasih).



Lahad Datu Update ... POLIS KENALPASTI PEMBERI DANA PENGGANAS JAMALUL KIRAM III

| Tuesday, March 26, 2013
Pihak polis sedang mengawasi pergerakan mereka yang terlibat dan akan didakwa atas tuduhan pengkhianatan kepada negara - ABN NEWS, 26 MAC 2013


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti beberapa individu di Sandakan dan Semporna di Sabah yang telah menghantar wang ke Pulau Jolo di Filipina untuk menyokong pengganas Jamalul Kiram III.

Pihak polis sedang mengawasi pergerakan mereka yang terlibat dan akan didakwa atas tuduhan pengkhianatan kepada negara.

Ini adalah kesalahan paling serius mereka yang terlibat akan ditangkap di bawah Keselamatan Kesalahan Akta (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jika didapati bersalah, hukuman adalah penjara seumur hidup dan hukuman mati disabitkan kesalahan.




Media Filipina, MANILA TIMES pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah.

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.


Penubuhan RCI perlu disegerakan untuk membongkar pengkhianat-pengkhianat ini yang sering bermain dengan ayat sandiwara.

Anwar Jumpa Misuari Di Jakarta - RPK !!!

Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Anwar dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik Sabah.

Dakwanya pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Jul 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat MAS.

"Dalam pertemuan itu Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan PR pada PRU akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah. Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan pusat dan bagi memastikan perkara itu berlaku, Anwar memerlukan pertolongan pengundi Muslim di Sabah" katanya.

Menurutnya Anwar berjanji kepada Nur Misuari apabila PR memerintah, kerajaan pusat akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin mengesahkan Anwar telah beberapa kali bertemu Nur Misuari sebelum berlaku insiden pencerobohan berdarah oleh pengganas Kiram.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah sebenar pertemuan tersebut kerana pihak berkuasa masih meneliti dengan terperinci setiap maklumat yang diperoleh sebelum mendedahkannya kepada rakyat. - sumber

PKR Dakwa 'ejen Umno-BN' Tunjuk Video Seks Palsu Anwar, Nurul.Saifuddin Nasution Ismail SAHKAN Sudah Tonton Video Tersebut..

Kecoh Video Seks Nurul Izzah Tersebar

   

Apa yang Saifuddin Nasution merepek ni? dia kata dia dah tengok ke klip video Nurul Izzah tu? Sure Pudin tengah tangkap leleh, tupasal dia tak sabar-sabar nak buat sidang media pasal video seks Nurul Izzah (Gelojoh punya Pudin).


Sendiri yang sahkan klip video tu Nurul Izzah... lepas tu nak salahkan Umno pulak. Agak-agakla... kalau nak tabur fitnah pun....
Saifuddin dakwa ada agen Umno menjemputnya untuk menyaksikan tanyangan perdana video lucah Nurul Izzah.. bila ya dan dimana..

Kenapa sehinga kini Saifuddin tak buat laporan polis mengenai jemputan agen tersebut dan mendedahkan siapa agen yang menjemputnya...

Tolong nyatakan! Rakyat mahukan kebenaran.... Jangan buat tuduhan tidak berasas pudin...

Bro kita orang ingat video tu hanya khabar angin untuk menjatuhkan nama Nurul Izzah.. tapi tak sangka pula berita itu betul...
Terima Kasih lah kepada Saifuddin kerana menyebarkan tentang video seks Nurul Izzah... 


Yang terbaru ialah kenyataan di bawah.


PKR dakwa 'ejen Umno-BN' tunjuk video seks palsu Anwar, Nurul

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya.

Malah Saifuddin mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain telah dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks melibatkan Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurut Saifuddin lagi, mereka juga turut didedahkan dengan video kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR mendakwa ada pihak yang 'menjemput beliau' untuk melihat beberapa keping gambar video terlarang Nurul Izzah. Beliau juga mendakwa tidak tahu siapa 'pihak' itu tetapi mereka didakwa 'kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video'.

Tetapi yang musykilnya ialah di dalam usaha pemimpin pembangkang begitu tekun cuba membongkar identiti blogger pro-UMNO, Saifuddin enggan menamakan 'agen Umno-BN' itu padahal sebagai seorang pemimpin, beliau akan dilihat berbohong mencipta cerita tanpa bukti-bukti yang sah.

Apa tidaknya, politik hari ini penuh dengan persepsi yang belum tentu benarnya. Dan sesiapa pun boleh mengeluarkan kenyataan kononnya ada agen 'Pakatan Pembangkang' menjemput pemimpin Umno untuk melihat keping gambar video terlarang pemimpin Umno yang lain.

Dan cerita itu tergantung begitu sahaja tanpa kesudahan tetapi menimbulkan persepsi kurang enak kepada pemimpin Umno. Dan hairannya ialah buat apa agen 'Umno-BN' itu 'menjemput pemimpin pembangkang untuk melihat keping gambar video terlarang pemimpin pembangkang yang lain'?

Jika benar pun, apakah mereka peduli dengan pendedahan tersebut?

Sedangkan isu ultimate iaitu kalimah suci umat Islam Allah SWT pun mereka tidak tegur Lim Guan Eng DAP yang mencetuskan polemik kalimah Allah, apa lagikan perkara seperti video terlarang rakan mereka.

Makanya, apabila kita membaca keterangan Setiausaha Agung PKR di bawah, kita pastinya akan tersenyum sinis dan tergelak. Dan biarlah rakyat yang menilaikan kebenaran aksi terlarang tersebut tanpa perlu dipre-emp oleh pembangkang yang awal-awal lagi mendakwa gambar dan video itu adalah palsu.

Sila baca spin di bawah :

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini. 
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya. 
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain. 
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita. 
Keburukan calon pemimpin perlu didedah
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini. 
Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.
Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.
"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah. 
Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak. 
"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit. 
"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan." 
Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas - MI


WARTAWAN ASING "Global Reserach" DEDAH KOMPLOT ANWAR/AMERIKA.

PANAS!!!! WARTAWAN ASING DEDAH KOMPLOT ANWAR/AMERIKA.

  artikel daripada MPP On Selasa, 26 Mac 2013 
Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.

Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.

Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.

Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..



Dalam link ini (http://www.globalresearch.ca/us-spon...sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..


Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia. - MyMedia

AL-FATIHAH !!! PERGINYA SEORANG ILMUAN AGAMA TANAHAIR ! Subhanallah!!! Dr Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaca... Al-Fatihah

 
Dr. Muhammad 'Uthman - LGBT mengundang bala ALLAH


Semasa hidupnya, beliau mungkin tidak pernah mendapat pendidikan formal dari Timur Tengah atau Universiti Al-Azhar yang tersohor di Mesir, namun tidak mungkin ada sesiapa pun dapat menafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanannya di dalam bidang dakwah di rantau ini.

Beliau yang saya maksudkan ialah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang ilmuan atau ulama terkenal negara yang meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Duta, petang tadi (7.30 malam semalam), Al-Fatihah.

Allahyarham mesra disapa dengan panggilan Ustaz sahaja. 

Kezuhudan dan akhlak anak kelahiran Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan itu membuatkan beliau sangat dihormati dan disegani oleh seluruh umat Islam di rantau Asian Tenggara.

Ustaz Muhammad dilahirkan pada 1 Februari 1943. 

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) hingga ke Tingkatan 5.

Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pengajian Islam di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian di universiti berkenaan sehingga ke peringkat ijazah sarjana sambil bekerja sebagai tutor di situ pada tahun 1969.

Pada tahun 1973, beliau memutuskan untuk berhenti menjadi pensyarah di UM dan kembali ke kampung halamannya di Kelantan untuk memberi fokus pada minatnya iaitu menulis buku agama sambil berdakwah ke jalan Allah SWT.

Beliau pernah menterjemah Al-Quran Al-Karim dan menghuraikan maksud kalamullah. 

Malah buku-bukunya seperti “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud” dan “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” pernah diterbitkan Majlis Agama Islam Kelantan.

Semasa hayatnya diabdikan pada bentuk penulisan ke jalan Allah SWT itu, dilaporkan bahawa beliau telah menghasilkan ratusan buah buku ilmu dan dakwah mengenai Islam serta tersebar di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

Maka tidak hairanlah apabila Ustaz Muhammad Uthman kemudiannya dikurniakan anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) dari USM kerana jasa usaha dan penulisannya yang syumul dalam pemikiran Islam serta gerakan dakwah di negara ini.

Setelah itu, beliau telah menerima gelaran ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dr. Muhammad Uthman pernah dilantik sebagai Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1995 hingga 2008 dan perlantikannya itu kemudiannya disambung semula hingga 2010.

Jawatan terakhri yang disandang beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Menariknya tentang Allahyarham, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2005 dan pernah menjawat jawatan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Diantara jasa beliau semasa hayatnya, Dr. Muhammad Uthman begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan tentang fahaman sesat, Pluralisme, yang dipercayai disebarkan oleh Anwar Ibrahim melalui Insititut Kajian Dasar (IKD). 

Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas - Ustaz 'Uthman El-Muhammady


Menurut ulama terbilang itu, Pluralisma perlu dibanteras segera dari terus menular di kalangan rakyat dan memfatwakan fahaman tersebut sebagai sesat. 

Ketegasan beliau pernah ditegaskan di sebuah majlis anjuran Mykmu.net tidak lama dulu.

Sebagai seorang “pelajar tidak formal” kepada Ustaz Muhammad Uthman, saya merasakan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar pada umat Islam di negara ini.

Selain itu, sebagai seorang tokoh ilmuan yang sering dijemput ke program-program anjuran Mykmu.net sebelum ini, saya percaya kehilangan beliau yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu sangat dirasai oleh kami.

Justeru itu, saya memunajatkan doa kepada Allah SWT supaya mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham Dr Muhammad Uthman dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan anbiya’ RA. 

Semoga damai beliau disana… Amin. - MyKMU.net

Monday, March 25, 2013

Jika Anwar Menjadi Perdana Menteri, Akan Ikut Telunjuk Kuasa-kuasa Besar Itu.

Anwar akan ikut telunjuk Amerika, jika jadi PM


SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datu Seri Anwar Ibrahim gemar dirinya dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia, kata Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Justeru katanya, adalah tidak mustahil sekiranya Anwar sekali lagi menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri, beliau akan mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar itu.

Daim kemudiannya mengimbas kembali peranan yang dimainkan Anwar ketika negara mengalami krisis kewangan pada 1997. Anwar ketika itu sangat bersetuju dengan pendekatan Tabung Mata Wang (IMF) dan Bank Dunia.

Namun beliau tidak berjaya mempengaruhi Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Dr Mahathir faham, beliau berkata "Apa yang kita bina akan dimusnahkan. Pembangunan dan kestabilan yang dinikmati bertahun-tahun akan hilang begitu sahaja.

"Jika kita tidak berhati-hati, akan berlaku rusuhan seperti di Indonesia, Thailand dan Korea, mungkin lebih buruk lagi"," kata Daim yang mengulang kembali pandangan Tun Mahathir.

Daim berkata Amerika mempunyai pengaruh yang besar terhadap IMF dan Bank Dunia.

Timbalan Setiausaha Amerika, Robert Zoellick pada masa itu memberitahu syarikat negara itu boleh memasuki negara yang menerima bantuan dari IMF dan Bank Dunia dan membeli syarikat-syarikat yang ada dengan harga rendah.

"Ini berlaku pada Indonesia apabila mereka masuk dan ambil semua yang mereka mahu. Mereka juga bunuh Thailand. Kita menyaksikan apa yang telah berlaku," kata Daim.

Bagaimanapun Anwar tidak dapat mengesan muslihat itu kerana beliau pada hakikatnya tidak mempunyai pengetahuan mengenai kewangan negara.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan Pengajian Melayu.

"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.

"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengahari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara Berita Harian.

Daim juga menceritakan perihal tiga nama yang disebut-sebut akan menggantikan Tun Mahathir bagi menduduki kerusi perdana menteri.

Ketiga-tiga nama itu adalah, Menteri Kewangan baru tatkala itu, Tan Sri Sanusi Junid, Ketua Wanita Umno ketika itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Anwar.

"Tun Mahathir tidak begitu yakin dengan Anwar. Beliau berkata: "Saya tidak rasa Anwar mampu menguruskan Kementerian Kewangan jika melihat latar belakang akademiknya. Anwar berkelulusan Pengajian Melayu".

"Hujah balas saya lebih kurang begini: "Saya rasa jika anda mahu jadikan beliau pengganti anda, anda perlu melatih beliau. Saya boleh bantu dia dan beri tunjuk ajar, beri nasihat". Akhirnya saya berjaya yakinkan Tun Mahathir," ujar Daim. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...