LIVE: Perutusan Khas Covid-19 oleh PM Muhyiddin Yassin
Perintah kawalan pergerakan itu adalah seperti berikut:
1.
Melaksanakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai dalam
semua keadaan dan tempat di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan,
sukan, sosial dan budaya
2. Melaksanakan sekatan menyeluruh semua
perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Rakyat Malaysia yang baru
pulang dari luar negarea dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan
dikuarantin di rumah selama 14 hari.
3. Melaksanakan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Melanjutkan tempoh cuti persekolahan ke atas semua sekolah di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.
5.
Menangguhkan sesi pengajian di semua institusi pendidikan tinggi (awam
dan swasta) di seluruh negara. Walau bagaimanapun IPT boleh melaksanakan
sesi pengajian secara atas talian.
6. Menggalakkan kerja dari
rumah bagi semua pejabat kerajaan dan swasta kecuali
perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti kesihatan, farmasi,
keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi),
pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.
8.
Premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan
pusat-pusat hiburan ditutup dan melaksanakan proses sanitasi dalam
tempoh tersebut.
9. Kemudahan pengangkutan awam termasuk
hab pengangkutan akan terus beroperasi. Semua operator digesa
melaksanakan proses sanitasi di fasiliti dan kenderaan masing-masing.
Ceramah Sempena Makan Malam Muafakat Nasional Negeri Johor
Tempat : Mutiara Hotel Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Penceramah Jemputan :
1.Ustaz Abdullah Husin - Pesuruhjaya PAS Johor
2.Yb R. Vidyananthan - Pengerusi MIC Johor
3.Dato' Ng Keng Heng - Setiausaha MCA Johor
4.Datuk Ir Hasni Mohamad - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Merangkap Pengerusi BN Johor dan Adun Benut
5.YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar - Menteri Besar Terengganu Merangkap Naib Presiden PAS
ceramah isu semasa berkaitan politik dan berita terkini mengupas dan mengulas isu terkini panas dan sensasi ceramah muafakat nasional perpaduan ummah dan isu semasa berita politik berita sensasi berita panas malaysia.
Anwar memang 'gila-gila' nak jadi Perdana Menteri kata Tun Mahathir
Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.
Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada hari ini, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).
“Anwar ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi (Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”
Dr Mahathir menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu membolehkan Anwar untuk bertanding.
"Tetapi kalau orang hendak saya bertanding, saya bertanding. Kalau saya dapat lebih (sokongan), saya baliklah," ujarnya.
Dr. Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut Mahathir, Anwar telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka ditemu ramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.
"Jika tidak, saya sudah dapat 92 undi (sokongan ahli Parlimen). Saya boleh dapat lagi 60 undi, dan boleh dapat majoriti.
"Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak boleh dapat (sokongan majoriti).
"Dia tuntut nak jadi calon (perdana menteri). Orang macam tu percaya benda tak betul, sebab dia nak (jadi) Perdana Menteri," kata Mahathir.
Anwar dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas, dan beberapa parti lain.
Tan Sri Muhyiddin Yasin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pagi tadi..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya. Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan K…
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.
Mahathir
berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di
Yayasan Kepimpinan Perdana pada Ahad, yang disiarkan secara langsung di
laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).
“Anwar
ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi
(Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia,
sekarang ini ramai sokong saya.”
Dr Mahathir menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu membolehkan Anwar untuk bertanding.
“Tetapi kalau orang hendak saya bertanding, saya bertanding. Kalau saya dapat lebih (sokongan), saya baliklah,” ujarnya.
Dr.
Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya
untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah krisis
itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut
Mahathir, Anwar telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan
Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri
apabila mereka ditemu ramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.
“Jika tidak, saya sudah dapat 92 undi (sokongan ahli Parlimen). Saya boleh dapat lagi 60 undi, dan boleh dapat majoriti.
“Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak boleh dapat (sokongan majoriti).
“Dia
tuntut nak jadi calon (perdana menteri). Orang macam tu percaya benda
tak betul, sebab dia nak (jadi) Perdana Menteri,” kata Mahathir.
Anwar
dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas
Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen
Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas, dan beberapa parti lain.
Tan Sri Muhyiddin Yasin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pada pagi Ahad.
Kredit; ASTROAwani
AM: Anjang dapat macam-macam analisa dari ‘Pakar- pakar Penganalisa Politik’ Tanah Air, antaranya:
1. Saya tidak fikir Tun M tidak sedar dengan tindakan-tindakan luar jangkaan yg dilakukannya.
2. Saya juga tidak fikir Tun M tidak sedar akan implikasi yang bakal terjadi hasil dari tindakan ini.
3. Semua orang tahu bagaimana telitinya insan yang bernama Mahathir
dalam menilai, memutuskan dan melaksanakan sesuatu agenda atau misi.
4. Tetapi kenapa tindakan beliau kali ini seolah2 seperti budak2 main
masak-masak atau seperti orang tua yang berpenyakit alzheimer?
5. Saya berkeyakinan semua tindakan yang beliau lakukan ini memang
disengajakan dan dibuat secara “terancang berganda” atau diluar kotak
yang berlapis-lapis. Kelihatan sangat sangat bodoh tapi strategi beliau
untuk misi ini mungkin memang bertujuan agar dilihat bodoh oleh semua
pihak.
6. Beliau lakukan semua ini untuk matikan langkah dan gerakan semua musuh di pelbagai peringkat secara serentak.
5. Nampak tindakan tidak waras tapi sangat sistematik dan terancang.
6. Hasilnya:
6.1. Menafikan Anwar sebagai PM8. Saya kira ini matlamat utama beliau.
6.2. Menafikan dan pada masa yg sama berjaya mengawal kemas Anwar
tanpa manouvre apa2. Malah Anwar terpaksa pula merayu agar Tun M jadi
PM8 semula.
6.3. Apabila Tun M meletak jawatan, beliau dapat membebaskan dirinya dari ikatan perjanjian peralihan kuasa.
6.4. Beliau berjaya menaikkan wakil Bersatu sebagsi PM8 dan pada masa
yang sama berjaya memastikan Najib dan Zahid duduk tepi dalam
perundingan.
6.5. Umno juga terpaksa akur dengan terma rundingan yang dijalankan oleh TSMY dan Azmin serta wakil2nya.
6.6. Beliau berjaya merobohkan kekuatan Anwar melalui geng kartel.
6.7. Berjaya mengelirukan pelbagai pihak dengan mempamerkan tindakan
bodoh dengan cara mengeluarkan kenyataan untuk memanggil sidang parlimen
pada 2hb untuk menentukan siapa PM8 pilihan. Bukan dia tak tahu perkara
itu diluar bidangkuasa PM interim. Tapi saja buat-buat bodoh. Kaedah
ini telah berjaya mengalihkan fokus semua pihak kepada isu tindakan
bodohnya ini. Semua pihak terlalai dan membuat telahan Mahathir memang
tamak kuasa dan pelbagai lagi tuduhan.
6.8. Dalam tempoh lalai inilah beliau membiarkan TSMY dan Azmin
mengumpul sokongan. Mana pernah Tun M kalah kalau dia mahukan sesuatu.
Tp dia buat2 kalah kepada Muhyiddin dalam persaingannya merebut jawatan
PM8. Kekalahan yang disengajakan.
6.9. Beliau membiarkan dirinya menjadi sasaran dengan tuduhan masih
mahu lagi jadi PM. Hari tu apasal letak jawatan. Sekarang mahu balik.
Mcm2 lagi serangan dituju kepada beliau samada dari pihak PH mahupun
pihak UMNO.
7. Sebenarnya, semua ini dilakukan demi untuk melindungi gerakan TSMY dan Azmin dalam misi mengumpul sokongan.
8. Panjang lagi kronologi strategi buat tindakan dilihat bodoh oleh
Tun M ni, tapi cukuplah setakat ini ditulis.. Ia sudah memadai untuk
memahami keseluruhan plot buat2 bodoh yg dilakukan oleh politikus paling
bijak ini.
9. Mana mungkin hilang grip dlm Bersatu. Mana mungkin 36 MP bersatu
ini berpakat mengkhianati Tun M. Mana mungkin mereka boleh bertindak
keras kepala terhadap Tun M dengan meninggalkan Tun M seolah2 terkonteng
keseorangan.
10. Ini semua utk kelirukan semua keadaan dan kontrol semua peringkat musuh.
11. Cakaplah apa pun, Tun M hakikatnya telah berjaya mencapai matlamat sebenar yang diingininya terjadi. Ia benar2 terjadi.
12. Bukankah Tun M selalu ungkapkan ayat, ” saya sedia dipandang hina
asal negara ini tidak dipimpin oleh pemimpin yang rosak moral, perasuah
dan kleptokrat.
13. Siapa yang kenal Mahathir, pasti tahu prinsip dan pegangannya.
Tidak mungkin beliau akan gila talak apabila dia sudah buat keputusan
dan menghantar surat perletakan jawatannya, apatah lagi dihujung usia
dan telah ratusan kali mengulangi kata2 akan pegang jawatan untuk hanya
sekitar 2 tahun.
13. Tercapaikan matlamat eh….?
Satu lagi ulasan menarik:
PENGORBANAN SEORANG NEGARAWAN ( By : Din Burasa Albugisi)
Situasi kemelut politik negara seperti sudah berada di garis penamat.
Keputusan rasmi sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Seni Politik Tun bersama rakan PPBM sangat luar biasa. Meskipun
mereka parti baru tapi mampu merangkul 2 kejuaraan berturut² menjadi
Perdana Menteri. Namun perlu di ingat meskipun parti ini baru beberapa
pemimpin dalaman parti adalah pemain² yang bertaraf sifu di gelanggang
politik.
Perhatikan percaturan Tun M bermula dengan peletakan jawatan PM agar
kabinet terbubar biar para menteri secara automatik tak berfungsi dan
mereka tak boleh memanipulasi kementerian untuk kepentingan politik. Dan
menariknya situasi bermula pada hari cuti di waktu pejabat tidak
beroperasi. Langkah Tun M meletak jawatan perdana menteri adalah untuk
mengelak daripada melakukan pembubaran Parlimen. Percaturan Tun M yang
cukup halus untuk memastikan bangsa Melayu memenangi game politik tanpa
PRU maka beberapa pemainnya cuba diajak mengeluarkan beberapa kenyataan
politik dan UMNO memohon untuk pembubaran seolah² memberi gambaran
bahawa Tun M akan kehilangan majoriti mandat di Dewan Rakyat. Susulan
itu, puak PH mengeluarkan kenyataan terbaharu menyokong DSAI sehingga
secara tidak langsung Tun M mahu memperlihatkan pada rakyat bahawa puak
DAP, PKR Dan Amanah adalah parti yang tidak boleh dipercayai.
Bermula dengan itu maka Tun M memasuki step ke 2 dalam percaturan
ini. Permainan yang cukup berseni. Bila Tun M melihat puak PH mengatur
strategi dan melihat kedudukan Melayu mula tergugat semula Tun M
berusaha memastikan bahawa kubu yang bertembung seharusnya sesama
mereka. Dan akhirnya Tun M kembali ke kubu PH bersama beberapa pemimpin
dan dalam waktu yg sama nama DSMY cuba di tonjolkan. Dan dikhuatiri DSMY
tidak mampu bersaing dengan DSAI maka Tun M cuba menampilkan diri
semula di Kubu PH. Tun M mengambil opsyen ini agar apapun keputusan
pemilihan Perdana Menteri yang menang pasti PPBM dan rakan sekutu
Melayu. Inilah yang saya katakan mesej Tun M dalam ucapan khasnya
seperti memberi gambaran bahawa akan ada parti kecil yang menjadi besar
dan parti besar akan menjadi kecil.
Dalam kemelut ini, Tun M juga mengajak rakyat melihat institusi
beraja sangat berkuasa. Agar jangan ada bangsa lain cuba bermain dgn
institusi beraja yang menjadi simbol ketuanan Melayu. Sekali lagi Tun M
menjadi Hang Tuah modern yang menjadikan institusi beraja sebagai simbol
beradaban bangsa. Tun M juga mengajak rakyat Malaysia untuk memahami
serba sedikit kandungan perlembagaan agar bangsa Melayu tidak hanyut
dengan permainan politik kepartian tapi turut memahami kuasa politik
yang terdapat dalam perlembagaan.
Tun M sebenarnya bukan hanya menjadi Hang Tuah tapi beliau cuba
memainkan watak Tun Perak era modern. Tahniah Tun M seorang negarawan
yang sanggup mengorbankan kedudukannya terus menjadi Perdana Menteri
demi melihat maruah bangsanya kembali di persada politik perdana.
Meskipun beliau menyedari bahawa akan ramai rakyat yang akan menghina
dan mengkritik tindakannya. Tapi ayahanda Tun M tidak melihat semua itu.
Kerana baginya terjun kegelangan politik yang penting adalah bangsanya
dan agamanya. Sebagaimana ucapannya bahawa para orang politik harus
memikirkan bangsa dan negara bukan kepentingan parti POLITIK. Kuasa
telah diberikan semula maka sekarang giliran DSMY bersama teamnya perlu
meneruskan bahtera selanjutnya, Kerana Tun M akan meninggalkan gelangan
Politik buat selamanya.
Terima Kasih ayahanda Tun M Dan Insya Allah satu saat seni Politik mu
akan dikenang dan cukup dihargai oleh generasi akan datang.
Ikuti ucapan sulung Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Kami juga bawakan kepada anda Agenda AWANI Khas bersama Kamarul Bahrin Haron untuk membincangkan secara terperinci intipati ucapan sulung beliau selepas mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020.
Sidang media oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary.
Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan
Muhyiddin Yassin yang menurutnya sengaja mencari alasan untuk mewujudkan
krisis politik agar dilantik sebagai perdana menteri.
Mahathir
juga berkata beliau sedih kerana tidak sempat mencukupkan jumlah
sokongan untuk dilantik semula sebagai perdana menteri kerana PKR, DAP
dan 92 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar Ibrahim.
Mahathir
berkata demikian dalam mesyuarat tertutup ahli Bersatu di Putrajaya yang
disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Amanah, mungkin
secara tidak sengaja.
Mahathir berkata Muhyiddin memperalatkan Anwar untuk mewujudkan krisis politik dalam PH.
Beliau berkata salah seorang setiausaha politiknya telah
memberitahunya bahawa Anwar mahu menuntut jawatan timbalan perdana
menteri semasa majlis presiden PH yang berlangsung 21 Feb lalu.
Ia membuat Mahathir dan pemimpin parti sangat marah, tetapi senario itu tidak pernah menjadi kenyataan.
"Sebaliknya,
(yang tidak berlaku) semua pemimpin (PH) menyokong saya. Beliau
(Muhyiddin) memerlukan alasan untuk mewujudkan krisis.
"Bila parti keluar daripada PH itu jadi sebab krisis," kata Mahathir, menjawab soalan yang bertanya tentang Muhyiddin dan Anwar.
Mahathir
mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk
dilantik semula sebagai perdana menteri di tengah-tengah krisis itu
telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut Mahathir, Anwar telah
mendapat sokongan daripada 92 ahli parlimen PH untuk menjadi perdana
menteri apabila mereka ditemuramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu
lepas.
Pada masa itu, Mahathir mencadangkan untuk menerajui
kerajaan perpaduan. PH menolak cadangan itu kerana menganggap kerajaan
perpaduan tidak akan komited dengan manifesto pilihan raya mereka dan
memberikan terlalu banyak kuasa pada perdana menteri.
"Saya sangat
sedih kalah, kerana dia (Anwar) dapat sokongan PH untuk dicalonkan
(sebagai perdana menteri). Dia mempunyai 92 (sokongan ahli parlimen).
Saya mempunyai 60 atau lebih, kami boleh memperoleh majoriti.
"Dia mahu menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak dapat memperolehnya (sokongan majoriti).
"Dia
tuntut nak jadi calon (perdana menteri), orang macam tu percaya benda
tak betul sebab dia nak (jadi perdana menteri," kata Mahathir.
Anwar
dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas
Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli parlimen
Bersatu untuk bekerjasama dengan Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan
beberapa parti kecil.
Walaupun sehingga saat akhir PH masih
berusaha mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen, Istana Negara
mengumumkan bahawa Muhyiddin telah berjaya memperoleh jumlah berkenaan.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pagi ini.
Mahathir
menyifatkan Muhyiddin sebagai pengkhianat kerana kesediaannya
bekerjasama dengan Najib Abdul Razak, yang kini menghadapi perbicaraan.
"Muhyiddin sanggup membantu kerana dia mahu menjadi perdana menteri," kata Mahathir.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur kira-kira jam 10.33 pagi.
Takdir Muhyiddin, kejayaan yang tertangguh: Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Muhyiddin Yassin kini cukup manis.
Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada
siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini
cukup manis.
Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk
jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan
jawatan itu pada 24 Feb lepas.
Namanya hanya timbul apabila
disebut oleh Dr Mahathir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi
2020 pada 27 Feb, dan sehari selepas itu, segalanya berubah.
Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan
Perdana Menteri Malaysia kelapan di Istana Negara.
Figura berusia
72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan
politiknya, dan paling terkesan ialah disingkir daripada Umno dan
dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Barisan
Nasional (BN) berikutan kelantangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika
itu.
Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin
yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima
penggal sejak 1978.
Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama
terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu
juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.
Beliau
berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang
pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei
2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Menteri (2009-2015); Menteri
Pendidikan (2009-2015); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(2004-2008); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(1999-2004), Menteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran
sebelum ini.
Memiliki
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya
(UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor
(1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit
Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.
Kerjaya
Muhyiddin bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor pada 1970
dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar pada 1981; dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1982.
Muhyiddin
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah
Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar, Johor, sebelum
melanjutkan pengajian ke UM.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan
Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada 1972 dan dikurniakan empat cahaya
mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan.
Jawatan
terakhir beliau ialah Menteri Dalam Negeri di bawah kabinet Dr Mahathir
di bawah kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu yang melibatkan
PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14
menewaskan Barisan Nasional.
Muhyiddin juga pernah memegang
jawatan naib presiden UMNO (1993-1996 dan 2000-2007), dan dipilih
sebagai timbalan presiden UMNO pada 2008 sebelum dipecat pada 2016
kerana pendiriannya yang tegas dan berani menentang arus demi
kepentingan parti.
Selain politik, Muhyiddin juga aktif dan banyak
terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan iaitu pernah dilantik menjadi
Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (1986-1995); dan Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri
Johor (1986-1996).
Muhyiddin juga merupakan pengasas TSM Charity
Golf, yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat
membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma
daripada sukan golf.
TSM yang ditubuhkan pada 2002 telah sedikit
sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan golf dengan
menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan
menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru.
Perkara
itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad
Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Ahmad Fadil berkata, ia selepas Istana Negara menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua-ketua parti politik.
Ia sebagai lanjutan proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat pada Selasa dan Rabu lalu.
"Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik
yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas,
pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat
kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin
Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh.
"Sehubungan itu, Seri
Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin
(Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Ahmad Fadil berkata majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok (1 Mac).
"Seri
Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan perdana menteri tidak
boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan
rakyat dan negara yang kita cintai bersama.
"Seri Paduka Baginda
bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda
menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir," katanya lagi.
Pelantikan
itu dibuat tidak lama selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau
mempunyai sokongan anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan
kerajaan.
Ia selepas PH mengisytiharkan sokongan kepadanya. Sokongan Warisan menyusul tidak lama kemudian.
Muhyiddin berusaha menguasai Bersatu tetapi beberapa anggota Parlimen parti itu kekal menyokong Mahathir.
Agong lantik Muhyiddin Yassin PM ke-8: Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru.Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.Ahmad Fadil berkata, ia selepas Istana Negara menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua-ketua parti politik.Ia sebagai lanjutan proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat pada Selasa dan Rabu lalu.'Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143)'Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin (Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,' katanya.Ahmad Fadil berkata majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok (1 Mac).'Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.'Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,' katanya lagi.
Sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Sebahagian daripada petikan rakaman percakapan berkenaan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.
Rakaman telefon yang dihantar kepada SPRM mendedahkan bahawa susulan
saman pelucutanhak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat pada tahun
2016, bekas perdana menteri Najib Razak cuba untuk melindungi anak
tirinya, Riza Aziz.
SPRM yakin bahawa rakaman yang diterimanya itu adalah tulen.
Menurut
suruhanjaya itu, Najib membuat dua panggilan telefon pada 22 Julai 2016
kepada Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al
Nahyan.
Dalam rakaman yang dimainkan kepada media, Najib didengar membuat "permintaan peribadi" kepada Mohammed berhubung dengan Riza.
"Saya juga memohon permintaan peribadi Yang Mulia, mengenai Riza dan filemnya.
"Masalahnya
kecil sahaja, mungkin boleh ada perjanjian dengan Sheikh Mansour untuk
menandatangani perjanjian. Dia (Riza) akan membayar mengikut jadual,
yang akan menunjukkan bahawa ini adalah pakej pembiayaan yang sah, bukan
pengubahan wang haram," katanya.
Sheikh berkenaan merujuk kepada
Mansour bin Zayed al Nahyan, yang merupakan pengerusi International
Petroleum Investment Company (IPIC) ketika itu.
Najib kemudiannya berkata: "Buat masa ini dia (Riza) di bawah sedikit tekanan, dia dijadikan kambing hitam."
"Saya
amat menghargai jika perjanjian itu boleh ditandatangani secepat
mungkin dengan Sheikh Mansour, supaya dia dapat mula membayar, jadi ini
akan kelihatan sebagai perjanjian pinjaman yang sah.
"Kerana apabila dia (Riza) menerimanya, bank-bank membersihkan sumber wangnya. Dia tidak tahu dari mana asalnya.
"Saya
tidak mahu dia menjadi mangsa sedangkan dia benar-benar percaya bahawa
wang itu adalah dari Aabar, juga ingat ketika kami berjumpa semasa makan
tengah hari ... Yang Mulia juga bercakap tentang mahu membantunya,"
tambah Najib.
Sebelum ini pada 2016, DOJ mendakwa syarikat Red
Granite Pictures menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB untuk
membiayai filem-filemnya, termasuk The Wolf of Wall Street.
Dalam
panggilan telefon sebelum ini pada 22 Julai 2016, Najib memberitahu
Putera Mahkota Mohammed bahawa pengumuman DOJ telah meletakkan "awan
gelap" menyelubungi Malaysia.
Najib kemudian berkata adalah
penting bagi Malaysia dan UAE untuk menyelesaikan kebuntuan mengenai
1MDB dan, yang dipercayai berkaitan dengan kegagalan 1MDB untuk membayar
bon yang dijamin oleh IPIC.